Friday, May 1, 2020

Sukarelawan Musim PKP COVID 19

*SUKARELAWAN MUSIM PKP COVID -19*
Pelatih Darul Wardah juga turut diberi kesempatan menyumbang khidmat bakti membantu proses packaging sumbangan "topeng muka" daripada pihak kerajaan untuk diagihkan kepada penduduk Dun Sg.kandis. Hanya melalui khidmat bakti ini sahaja yang kami mampu lakukan. Diharapkan semua masyarakat dapat menjaga kesihatan diri dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada semua pelatih darul wardah yang sanggup meluangkan masa untuk melakukan khidmat bakti ini. Semoga memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat dan dibalas dengan kebaikan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. juga dalam hadis-hadis Baginda menggalakkan umatnya untuk melakukan kebajikan kepada orang lain. Salah satu hadis Baginda yang boleh dijadikan dorongan kepada kita semua untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela ini ialah sepotong hadis yang bermaksud, “Yang paling disukai Allah s.w.t ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkahlaku yang paling disukai ialah yang menggembirakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya".







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...