Friday, May 1, 2020

Khatam Quran Bulan Sya'ban 2020

21 April 2020 (Selasa)

(27 Sya'ban 1441 H)
Syukur Alhamdulilah..selesai Majlis Khatam Al Quran antara staff dengan pelatih darul wardah "Tahniah". Bermula 18 Mac hingga 20 April 2020 staff bersama pelatih mula bertadarus menghabiskan 30 Juz Al Quran dengan menyahut seruan Qurantime musim PKP covid- 19. Terima kasih kepada semua staff darwa (Pn.Nisha, Pn.Baizura, Pn.Azie, cikgu Yunis, cikgu Hajar dan Cikgu Gina) yang menyumbang makanan untuk majlis pada hari ini, semoga dibalas dengan kebaikan.

"Ya ALLAH, jadikan Al Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di kubur sebagai kawan bermanja, pada hari kiamat sebagai pembantu, di titian menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping dan semasa menuju kebaikan jadikan Al Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah kurnia kemuliaanMu Ya Allah Ya Karim."










No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...