Friday, May 1, 2020

Pertandingan Kuih Tradisional

23 April 2020 (Khamis)

Alhamdulilah..sebelum menyambut ramadhan esok hari, pihak pengurusan darwa mengadakan pertandingan memasak kuih tradisional melayu di antara sesama pelatih bagi memberi peluang kepada semua untuk mengasah bakat masing-masing. Ternyata semua kuih yang dibuat sedap-sedap dan menjadi belaka dan "TAHNIAH". Dengan cara ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka semua. Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama manusia. Dan ucapan terima kasih kepada Pn. pengurus menyumbangkan makan tengah hari pada hari ini untuk semua. Semoga dimurahkan rezeki dan dibalas dengan kebaikan dan semoga para pelatih kami sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1441 H DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..🤲🤩








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...