Friday, May 1, 2020

Senyumlah Wahai puteri-puteri Darwa, Masih Ramai yang Menyayangi Anda

Ibadah yang dilakukan manusia bukan hanya ibadah yang bersifat habluminaullah atau hubungan terhadap Allah, melainkan yang berhubungan dengan manusia. Hubungan sesama manusia ini pun harus dilakukan dan bernilai di mata Allah. Salah satunya adalah ibadah sedekah, iaitu ibadah yang berorientasi sosial, membawakan kebaikan dan manfaat kepada sesama manusia. Sedekah juga merupakan implementasi dari Rukun Islam, Dasar Hukum Islam, Fungsi Iman Kepada Allah SWT, Sumber Syariat Islam, dan Rukun Iman.
Terima kasih diucapkan pada Pn.Yus sedekahkan juadah berbuka puasa untuk pelatih hari ini "nasi ayam penyet" dan juga tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada petugas darwa yang sangat prihatin. Semoga semuanya dibalas dengan kebaikan. Amin..🤲






Sinari Hidupmu dengan Al-Quran Kareem

Penuhkan Ramadhan dengan amalan-amalan seperti tahajud, solat tarawih berjemaah bersama keluarga, bertadarus mengkhatamkan Al Quran dan sebagainya. Moga kita semua mendapat keredhaan Allah swt.
Membudayakan pembacaan al-Quran adalah suatu amalan yang sangat dituntut. Allah S.W.T menjanjikan kepada orang yang membaca al-Quran ini dengan pelbagai ganjaran dan darjat yang tinggi.
Oleh itu, menjadi amalan bagi semua pelatih darul wardah di bulan ramadhan mulia ini untuk sama sama bertadarus mengkhatamkan 30 juz Al Quran..Alhamdulilah..🤲😍






Rezeki Iftar Ramadhan dari para Hamba Allah yang Dermawan

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah swt untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:
‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)

Terima kasih diucapkan kepada ;
Team Dapur Panas
Dapur Kasih
Yayasan Kasih Tauhid
Jiran darwa
Staf darwa








Sambutan Hari Buku Sedunia

28 April 2020 (Selasa)
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ . الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. (Surah Al ‘Alaq : 3 – 4)
Hari Buku Sedunia yang diwartakan pada 23 April setiap tahun oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk meningkatkan minat masyarakat dunia terhadap budaya membaca dan mencintai buku.
Anak-anak darwa juga tidak terkecuali menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian bagi mereka walau di mana pun berada dalam musim PKP ini bagi menambah ilmu pengetahuan.👍👍👍👍👍



Sumbangan Iftar daripada Pn Hidayah

24 April 2020..(Jumaat)
Selamat berbuka puasa. Sebarkanlah kebaikan kepada siapapun. Insyaallah kebaikan akan datang menghampirimu. Salam Iftar..Terima kasih kepada Pn.Hidayah (ALP darwa) dan keluarga telah menaja makanan berbuka puasa pada semua penghuni dan staf pada hari ini "nasi ambeng". Semoga dimurahkan rezeki dan dibalas dengan kebaikan..🤲





Salam Ramdhan al-Mubarak 2020

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1441 H.
Perkataan yang indah adalah ALLAH,
Lagu yang merdu adalah AZAN,
Media yang terbaik adalah AL-QURAN,
Senaman yang sihat adalah SOLAT,
Diet yang sempurna adalah PUASA,
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU,
Perjalanan yang indah adalah HAJI,
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-mudahan di Bulan Ramadhan yang suci ini hadir membawa Iman dan Takwa. ÀMIN..🤲

💗Marhaban ya Ramadhan. Semoga di bulan suci ini kita diberikan petunjuk-Nya dan selalu dalam lindungan Allah SWT.💗


Pertandingan Kuih Tradisional

23 April 2020 (Khamis)

Alhamdulilah..sebelum menyambut ramadhan esok hari, pihak pengurusan darwa mengadakan pertandingan memasak kuih tradisional melayu di antara sesama pelatih bagi memberi peluang kepada semua untuk mengasah bakat masing-masing. Ternyata semua kuih yang dibuat sedap-sedap dan menjadi belaka dan "TAHNIAH". Dengan cara ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mereka semua. Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama manusia. Dan ucapan terima kasih kepada Pn. pengurus menyumbangkan makan tengah hari pada hari ini untuk semua. Semoga dimurahkan rezeki dan dibalas dengan kebaikan dan semoga para pelatih kami sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 1441 H DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA..🤲🤩








Sumbangan Prihatin daripada Pn Lyn & Pn Fiza


21 April 2020

Syukur alhamdulilah masih ada insan yang prihatin memberi sumbangan kepada pelatih darul wardah. Terima kasih kepada Pn.Lyn memberi sumbangan pakaian bayi dan wang tunai dan juga terima kasih kepada Pn. Fiza memberikan pulut kuning kepada semua staff dan pelatih darwa sempena majlis khatam Al Quran pada hari ini. Jazakaallahu khairan..




Sukarelawan Musim PKP COVID 19

*SUKARELAWAN MUSIM PKP COVID -19*
Pelatih Darul Wardah juga turut diberi kesempatan menyumbang khidmat bakti membantu proses packaging sumbangan "topeng muka" daripada pihak kerajaan untuk diagihkan kepada penduduk Dun Sg.kandis. Hanya melalui khidmat bakti ini sahaja yang kami mampu lakukan. Diharapkan semua masyarakat dapat menjaga kesihatan diri dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada semua pelatih darul wardah yang sanggup meluangkan masa untuk melakukan khidmat bakti ini. Semoga memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat dan dibalas dengan kebaikan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. juga dalam hadis-hadis Baginda menggalakkan umatnya untuk melakukan kebajikan kepada orang lain. Salah satu hadis Baginda yang boleh dijadikan dorongan kepada kita semua untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukarela ini ialah sepotong hadis yang bermaksud, “Yang paling disukai Allah s.w.t ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkahlaku yang paling disukai ialah yang menggembirakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya".







Khatam Quran Bulan Sya'ban 2020

21 April 2020 (Selasa)

(27 Sya'ban 1441 H)
Syukur Alhamdulilah..selesai Majlis Khatam Al Quran antara staff dengan pelatih darul wardah "Tahniah". Bermula 18 Mac hingga 20 April 2020 staff bersama pelatih mula bertadarus menghabiskan 30 Juz Al Quran dengan menyahut seruan Qurantime musim PKP covid- 19. Terima kasih kepada semua staff darwa (Pn.Nisha, Pn.Baizura, Pn.Azie, cikgu Yunis, cikgu Hajar dan Cikgu Gina) yang menyumbang makanan untuk majlis pada hari ini, semoga dibalas dengan kebaikan.

"Ya ALLAH, jadikan Al Quran kepada kami semasa hidup di dunia sebagai rakan, di kubur sebagai kawan bermanja, pada hari kiamat sebagai pembantu, di titian menjadi penyuluh, semasa menuju syurga sebagai pendamping dan semasa menuju kebaikan jadikan Al Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan. Dengan limpah kurnia kemuliaanMu Ya Allah Ya Karim."










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...