Alhamdulillah pada
bulan Ramadhan yang lalu, Allah S.W.T telah melimpahkan rezekiNya yang tidak
terhingga kepada Darul Wardah. Pelbagai pihak telah datang memberikan sumbangan
sama ada dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan mahupun perkongsian ilmu.
Pada 9 Julai yang
lalu, pihak MBSA telah datang menyerahkan sumbangan kepada para penghuni Darul
Wardah. Mereka bukan sahaja datang ke Darul Wardah malah beberapa juga rumah
kebajikan yang lain.
*Perkongsian
ringkas daripada Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina mengenai latar belakang dan matlamat Darul Wardah
*Wakil
daripada MBSA bersalaman dan berkenal-kenalan dengan penghuni Darul Wardah
sekaligus memberikan sumbangan
*Alhamdulillah, semua penghuni menerima al-Quran dan kain sembahyang, moga-moga mereka lebih
semangat untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T
Sesungguhnya,
sumbangan daripada kalian amat bermakna kepada kami dan itu menjadi bukti serta
kekuatan kepada para penghuni bahawa mereka masih diterima oleh masyarakat di
luar sana. Masih juga ada pihak yang sudi memandang dan prihatin dengan mereka.
Terima kasih atas
sumbangan yang dihulurkan. Moga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan. J
No comments:
Post a Comment