Selain
dari program Bahagia Menjadi Gadis (BMG), kami di Darul Wardah juga merasa
terpanggil untuk menjalankan satu program pendidikan khusus kepada
remaja-remaja lelaki sebagai satu langkah menangani masalah sosial. Kebejatan akhlak dan keruntuhan nilai remaja sekarang benar-benar
berada di tahap yang membimbangkan.
Melihatkan
masalah sosial terutamanya ketagihan dan gangsterisme melibatkan kebanyakannya
remaja lelaki, kami telah merangka satu Program Motivasi Jatidiri Remaja: Aku
Teruna Terhebat (ATT). Program yang bertunjangkan kepada nilai-nilai agama
diharapkan dapat membentengi diri remaja-remaja dari terjebak ke kancah
kemungkaran. Kami amat berharap program ini akan mendapat dokongan dan sokongan
padu dari semua pihak dalam usaha membentuk remaja-remaja yang bersahsiah,
berketrampilan dan berperanan dalam membangunkan agama, bangsa dan negara.
Keadaan
remaja lelaki yang semakin meruncing ini memerlukan tindakan yang amat segera.
Ia sebenarnya tidak mencukupi dengan hanya mendengar harapan dan doa dari
pelbagai pihak, sebaliknya, kita perlu mengembleng tenaga untuk memastikan apa
yang diharapkan berubah menjadi kenyataan. Kerjasama dan perhatian dari semua
pihak amat diharapkan untuk memastikan agenda membangun rakyat khasnya generasi
pewaris dan golongan belia akan tercapai.
OBJEKTIF
- Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam.
- Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat.
- Memahami dan mempraktikkan sikap
asertif dalam situasi tertentu.
- Melindungi diri dari terjebak dengan
perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam .
Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Mohd Zawawi Hj Mughni. Dalam program ini, hal-hal berkaitan dengan lelaki akan diberi keterangan khusus dan lebih mendalam, memberi penekanan kepada peranan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada negara, masyarakat, keluarga, isteri dan anak-anak serta memberi kesedaran kepada remaja lelaki untuk menjadi pelindung kepada kaum wanita dan sekali gus dapat mencegah atau mengelakkan gejala zina yang semakin berleluasa kini.
Seandainya berminat untuk bekerjasama dengan pihak kami, anda boleh menghubungi:
Pihak Pengurusan : 03-5166 1273
No comments:
Post a Comment