Friday, January 12, 2018

PERTANDINGAN MEMASAK CITA RASA 4 NEGERI



Pertandingan memasak cita rasa 4 negeri PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR...
pada tarikh 27 Oktober 2017

Semoga usaha murni Ustazah Hazlina Razak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat


IN SYAA ALLAH

Kerjasama dari pihak pengurusan :
* Nisha Roslan
* Aizadina Rohaizad
* Zumrotus
* Wasiatul

Dan juga tidak lupa kepada pelatih pelatih kami yang turut sama menjayakan pertandingan cita rasa 4 negeri ini..

Semoga jalinan ukhuwah kita berkekalan sehingga ke jannah..




Aamiin...












OPENDAY : PERJUMPAAN IBU BAPA DENGAN PIHAK PENGURUSAN DARWA

OPENDAY : Perjumpaan ibubapa dengan pihak pengurusan Darwa sangat penting untuk membina komunikasi dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan.
Seringkali terjadi cerita ular lidi menjadi naga..cerita sepuluh sen jadi seringgit..
Dalam mengurus situasi yang mencabar seperti ini, semua pihak mesti bekerjasama dan saling bantu-membantu supaya kekusutan dapat dirungkaikan.



HARI MINGGU DARWA

Hari Minggu Darwa.
Pelatih DARWA bukan sahaja dibimbing dengan ilmu agama, malahan turut dilengkapi dengan ilmu-ilmu kemahiran yang berguna untuk kelangsungan hidup mereka selepas keluar dari Darul Wardah kelak. 

Aktiviti hari minggu kali ini ialah membuat poskad dan popia bersama seorang sukarelawan, Cik Rahah Ramlan. Beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyantuni adik-adik Darwa dengan aktiviti2 kemahiran utk memantapkan semula jatidiri dan harga diri insan bergelar wanita.

Terima-kasih daun keladi, semoga berjumpa lagi.



CURAHAN ILMU DARI KETUA SALWA WADAH SELANGOR

Kunjungan Ketua Salwa WADAH Selangor, Puan Hajah Rosma Tazilah ke Darwa untuk berkongsi ilmu dan beramah mesra dgn warga Darwa.
Semoga lebih ramai masyarakat yang peduli dengan anak-anak Darwa yang perlukan curahan ilmu dan kasih-sayang anda.

*Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk mencurahkan ilmu atau apa jua perkongsian untuk kebaikan bersama..


anak-anak WARDA tekun mendengar penyampaian dari Puan Hajah Rosma

Visit from The Star Reporter

6 Feb 2017,
Ms Claire & Ms Wen
Reporter from The Star
Thanks for coming and highlighting the issues
Hope our society aware about this issues since this is not a small problem.



Wednesday, August 16, 2017

SIARAN LANGSUNG RANCANGAN WANITA HARI INI DI SRI PENTAS (TV3)..

Pada 13 Julai 2017 (khamis), Ustazah Hazlina Abd Razak dijemput untuk menjadi salah seorang ahli panel dalam Rancangan Wanita Hari Ini (WHI TV3). Tajuk perbincangan adalah "PASTI ADA CAHAYA".

Terima-kasih WHI - Wanita Hari Ini yang memberikan laluan kepada Darul Wardah Selangor untuk tampil ke permukaaan untuk berkongsi pandangan & pengalaman kepada penonton.
Banyak maklum balas positif diterima dari para penonton yang mengikuti perkembangan Darwa. Terima-kasih daun keladi..






Wednesday, May 18, 2016

GOTONG ROYONG MEMASAK IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK DAN PERKONGSIAN DARI TUAN BAHAROM BIN ABU BAKAR@PAK OM

Pada 14 Februari yang lalu, pihak Darul Wardah telah menganjurkan gotong royong memasak ikan patin masak tempoyak yang dikendalikan oleh Puan Zaizi yang datang dari Kuala Tembeling Pahang.


Aktiviti memasak secara beramai-ramai ini diadakan dua minggu sekali bagi memastikan para pelatih di Darul Wardah dibiasakan dengan aktiviti rewang sesama masyarakat apabila keluar dari Darul Wardah nanti. Selain itu, aktiviti seperti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama pelatih dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.

*tu diaa.. ikan patin berenang ke Jalan Kebun. :)

*sambal hitam Pahang... J

*Alhamdulillah.. siap untuk dihidangkan

* Para pelatih masing-masih dah tak sabar nak merasa ikan patin masak tempoyak..

*Chef yang dijemput khas dari Pahang, Kak Zaizi dan Kak Azizah

Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina turut makan tengahari bersama para pelatih.. Diam ta terkata menikmati hidangan tengahari yang disediakan J

*Pak Om dan Mak Om juga turut hadir ke Darul Wardah

Alhamdulillah, selesai menjamu selera dan solat Zuhur berjemaah, satu program perkongsian diadakan yang disampaikan oleh Tuan Baharom bin Abu Bakar@Pak Om. Pak Om merupakan bekas pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Malaya (UM) dan sering memberi ceramah motovasi di kaca tv serta sering memberi perkongsian di dada-dada akhbar. Beliau kini hadir ke Darul Wardah untuk memberi perkongsian kepada para pelatih di sini.


*Ucapan aluan dari Ustaz Zawawi untuk mengalu-alukan kehadiran tetamu ke Darul Wardah

*Perkongsian daripada Pak Om umpama pesanan dan peringatan dari seorang bapa kepada anak-anak

Pak Om yang merupakan seorang kaunselor berdaftar juga telah mengadakan aktiviti bersama pelatih dengan bertanyakan beberapa perkara yang perlu dijawab oleh para pelatih. Para pelatih juga berpeluang untuk bertanya soalan-soalan atau tips-tips yang diperlukan apabila keluar dari Darul Wardah dan berhadapan dengan masyarakat suatu hari nanti. Pak Om yang berpengalaman dalam menangani kes-kes berprofil tinggi amat berminat untuk terus membantu para pelatih di Darul Wardah pada masa akan datang dengan lebih kerap lagi.


  
*Cik pengurus Darul Wardah turut membantu para pelatih memahami kehendak soalan

*Cik penolong pengurus Darul Wardah juga sibuk melayan soalan-soalan pelatih


*Pak Om dan Mak Om bersama salah seorang anak pelatih di Darul Wardah

*Pak Om yang sangat suka dengan anak-anak syurga 

*Atuk mithali.. bersama si kembar di Darul Wardah

*Acah-acah manja J

*Para pelatih bergambar kenangan bersama Pak Om dan Mak Om..


Alhamdulillah, perkongsian yang padat daripada Pak Om. Banyak tips-tips kehidupan yang dikongsikan bersama para pelatih kami. Moga ilmu yang disampaikan bermanfaat buat semua.

InsyaAllah, moga ketemu lagi di lain masa. J

Thursday, March 31, 2016

KULIAH DHUHA MUSLIMAT MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN




Pada 13 Februari yang lalu, pihak Muslimat Masjid An-Naim yang diketuai oleh Ustazah Hazlina Abd Razak telah menganjurkan satu program iaitu Kuliah Dhuha Muslimat.


Kuliah Dhuha Muslimat pada kali ini membincangkan berkaitan “Cinta Manusia vs Cinta Illahi” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Roslan bin Mohamad Isa yang merupakan Pengetua Pertubuhan Baitul Islah. Pertubuhan Baitul Islah Malaysia merupakan sebuah NGO yang turut mengendalikan kes remaja perempuan yang terlibat dengan masalah sosial, zina dan juga murtad.


Ustaz Roslan telah menghuraikan secara panjang lebar dan terperinci berkaitan tajuk yang diberikan kepada beliau. Teringat isi kandungan ceramah beliau yang telah memetik kata-kata daripada Imam al-Ghazali:
“Manusia pada hakikatnya mati, kecuali orang yang berilmu...
Manusia yang berilmu walaupun hidup pada hakikatnya tidur, kecuali orang yang mengamalkan ilmunya..
Dan manusia yang mengamalkan ilmunya banyak yang tertipu, kecuali orang yang ikhlas”

Apa yang boleh difahami adalah semua manusia pasti akan mati kecuali orang yang berilmu kerana org yg berilmu akan tetap dikenang. Orang yang berilmu juga pada hakikatnya tidur kecuali yang diamalkannya. Maksudnya ilmu yang tidak diamalkan tidak akan bermanfaat bagi orang lain dan yang terakhir, setiap ilmu yg diamalkan ramai yang tertipu kerana menyangka akan diterima oleh Allah tetapi rupa-rupanya ditolak oleh Allah kecuali yang ikhlas dalam mengamalkan ilmunya. ilmu yang diamalkan dengan niat yang salah tidak akan ada nilainya di mata Allah.



Maka hanya amalan yang ikhlas sahaja yang pasti diterima oleh Allah S.W.T di akhirat sana. Ilmu tanpa amal boleh diibaratkan seperti pokok yang tidak berbuah. Setiap perbuatan yang dilakukan hendaklah semata-mata kerana Allah S.W.T bagi meraih redhaNya.




*Para pelatih Darul Wardah yang tekun mendengar kuliah yang disampaikan.


Di akhir kuliah yang disampaikan, antara pengajaran penting yang dapat dijadikan pedoman adalah sekiranya kita terlalu mencintai manusia kita pasti akan kecewa kerana suatu hari nanti manusia itu akan pergi sama ada mati atau meninggalkan kita tetapi sekiranya kita mencintai Allah S.W.T melebihi seisi makhlukNya, maka kita pasti akan bahagia di dunia dan akhirat.

Kerana apa?

Kerana Allah itu kekal abadi.

Dia tidak akan meninggalkan kita melainkan kita yang melupakanNya.

Tepuk dada, tanya iman J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...