Pada 13 Februari
yang lalu, pihak Muslimat Masjid An-Naim yang diketuai oleh Ustazah Hazlina Abd
Razak telah menganjurkan satu program iaitu Kuliah Dhuha Muslimat.
Kuliah Dhuha
Muslimat pada kali ini membincangkan berkaitan “Cinta Manusia vs Cinta Illahi”
yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Roslan bin Mohamad Isa yang merupakan Pengetua
Pertubuhan Baitul Islah. Pertubuhan Baitul Islah Malaysia merupakan sebuah NGO
yang turut mengendalikan kes remaja perempuan yang terlibat dengan masalah
sosial, zina dan juga murtad.
Ustaz Roslan telah
menghuraikan secara panjang lebar dan terperinci berkaitan tajuk yang diberikan
kepada beliau. Teringat isi kandungan ceramah beliau yang telah memetik
kata-kata daripada Imam al-Ghazali:
“Manusia
pada hakikatnya mati, kecuali orang yang berilmu...
Manusia
yang berilmu walaupun hidup pada hakikatnya tidur, kecuali orang yang
mengamalkan ilmunya..
Dan
manusia yang mengamalkan ilmunya banyak yang tertipu, kecuali orang yang ikhlas”
Apa yang boleh
difahami adalah semua manusia pasti akan mati kecuali orang yang berilmu kerana
org yg berilmu akan tetap dikenang. Orang yang berilmu juga pada hakikatnya
tidur kecuali yang diamalkannya. Maksudnya ilmu yang tidak diamalkan tidak akan
bermanfaat bagi orang lain dan yang terakhir, setiap ilmu yg diamalkan ramai yang
tertipu kerana menyangka akan diterima oleh Allah tetapi rupa-rupanya ditolak
oleh Allah kecuali yang ikhlas dalam mengamalkan ilmunya. ilmu yang diamalkan
dengan niat yang salah tidak akan ada nilainya di mata Allah.
Maka hanya amalan
yang ikhlas sahaja yang pasti diterima oleh Allah S.W.T di akhirat sana. Ilmu
tanpa amal boleh diibaratkan seperti pokok yang tidak berbuah. Setiap perbuatan
yang dilakukan hendaklah semata-mata kerana Allah S.W.T bagi meraih redhaNya.
*Para
pelatih Darul Wardah yang tekun mendengar kuliah yang disampaikan.
Di akhir kuliah
yang disampaikan, antara pengajaran penting yang dapat dijadikan pedoman adalah
sekiranya kita terlalu mencintai manusia kita pasti akan kecewa kerana suatu
hari nanti manusia itu akan pergi sama ada mati atau meninggalkan kita tetapi
sekiranya kita mencintai Allah S.W.T melebihi seisi makhlukNya, maka kita pasti
akan bahagia di dunia dan akhirat.
Kerana apa?
Kerana Allah itu
kekal abadi.
Dia tidak akan
meninggalkan kita melainkan kita yang melupakanNya.
Tepuk dada, tanya
iman J
No comments:
Post a Comment