Pada 14 Februari yang lalu, pihak Darul Wardah telah
menganjurkan gotong royong memasak ikan patin masak tempoyak yang dikendalikan
oleh Puan Zaizi yang datang dari Kuala Tembeling Pahang.
Aktiviti memasak secara beramai-ramai ini diadakan dua
minggu sekali bagi memastikan para pelatih di Darul Wardah dibiasakan dengan
aktiviti rewang sesama masyarakat apabila keluar dari Darul Wardah nanti. Selain
itu, aktiviti seperti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama
pelatih dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah.
*tu diaa.. ikan
patin berenang ke Jalan Kebun. :)
*sambal hitam
Pahang... J
*Alhamdulillah.. siap untuk dihidangkan
* Para pelatih masing-masih dah tak sabar
nak merasa ikan patin masak tempoyak..
*Chef yang dijemput khas dari Pahang, Kak
Zaizi dan Kak Azizah
Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina turut
makan tengahari bersama para pelatih.. Diam ta terkata menikmati hidangan
tengahari yang disediakan J
*Pak Om dan Mak Om juga turut hadir ke
Darul Wardah
Alhamdulillah, selesai menjamu selera dan solat Zuhur
berjemaah, satu program perkongsian diadakan yang disampaikan oleh Tuan Baharom
bin Abu Bakar@Pak Om. Pak Om merupakan bekas pensyarah Jabatan Psikologi
Universiti Malaya (UM) dan sering memberi ceramah motovasi di kaca tv serta
sering memberi perkongsian di dada-dada akhbar. Beliau kini hadir ke Darul
Wardah untuk memberi perkongsian kepada para pelatih di sini.
*Ucapan aluan dari Ustaz Zawawi untuk
mengalu-alukan kehadiran tetamu ke Darul Wardah
*Perkongsian daripada Pak Om umpama pesanan
dan peringatan dari seorang bapa kepada anak-anak
Pak Om yang merupakan seorang kaunselor berdaftar juga
telah mengadakan aktiviti bersama pelatih dengan bertanyakan beberapa perkara
yang perlu dijawab oleh para pelatih. Para pelatih juga berpeluang untuk
bertanya soalan-soalan atau tips-tips yang diperlukan apabila keluar dari Darul
Wardah dan berhadapan dengan masyarakat suatu hari nanti. Pak Om yang
berpengalaman dalam menangani kes-kes berprofil tinggi amat berminat untuk
terus membantu para pelatih di Darul Wardah pada masa akan datang dengan lebih
kerap lagi.
*Cik pengurus Darul Wardah turut membantu
para pelatih memahami kehendak soalan
*Cik penolong pengurus Darul Wardah juga
sibuk melayan soalan-soalan pelatih
*Pak Om dan Mak Om bersama salah seorang
anak pelatih di Darul Wardah
*Pak Om yang sangat suka dengan anak-anak
syurga
*Atuk mithali.. bersama si kembar di Darul
Wardah
*Acah-acah manja J
*Para pelatih bergambar kenangan bersama
Pak Om dan Mak Om..
Alhamdulillah, perkongsian yang padat daripada Pak Om. Banyak
tips-tips kehidupan yang dikongsikan bersama para pelatih kami. Moga ilmu yang
disampaikan bermanfaat buat semua.
InsyaAllah, moga ketemu lagi di lain masa. J
No comments:
Post a Comment