Friday, August 26, 2011
Tragedi Sedih di Ambang Aidilfitri
Ketika ditanya kenapa tuan rumah minta keluar rumah sedangkan Hari Raya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. beliau memaklumkan bahawa tandas tersumbat dan dia minta tuan rumah untuk selenggarakan tangki tandas. Tetapi ia enggan dan minta dia buat sendiri. Dengan keadaan kewangannya yang sangat terbatas tentunya ia tidak mampu untuk mengupah orang untuk membersihkannya.
Untuk makluman sewa rumahnya dibayar oleh pihak Zakat untuk tempoh 6 bulan.Jika tamat tempoh ia perlu memperbaharuiya. Oleh kerana terlalu sebok bekerja ia terlepas pandang untuk memperbaharuinya dan akhirnya tuan rumah minta duit diposit rumah ditolak sebagai sewa untuk bulan seterusnya dan sewa tersebut akan berakhir pada akhir ogos ini.
Pihak darwa sudah menawarkan untuk membayarkan sewa untuk bulan sembilan untuk memberikan keringanan keluarganya menyambut aidil fitri. Setakat ini belum mendapat apa-apa respon. Tetapi tuan rumah sudah membawa penyewa baru dan dia mendesak supaya si Y berpindah kerumah lain.
Dalam kesibukan urusan akhir Ramadan ini, pihak Darwa memang agak kesuntukan masa untuk membantu. Pengurus telah pun balik bercuti untuk menyambut aidil fitri bersama keluarga yang telah lama tidak bersua. Ramai sukarelawan pula sebok dengan urusan masing-masing. Nampaknya Y terpaksa mengahadapi semua kepayahan ini seorang diri. dengan keadaan terbuang dari keluarga kerana mempertahankan Aqidah Islamnya, tentunya cabaran ini begitu menggugat jiwa. semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah kepada mereka semua.
Anehnya, tuan rumah yang berbangsa MELAYU ini seperti sudah mati rasa dan tidak ada rasa keinsanan untuk membantu sesama insan mustadhafin. Ingatlah, bahawa Allah Maha berkuasa dan Maha Mengaetahui. Doa orang-orang yang dizalimi dan teraniaya itu lebih didengar oleh Allah dan doanya mustajab!
Alhamdulillah dengan sumbangan anda dan insan budiman yang lain dalam tabungan akaun ABIM Selangor ( May Bank )dapat menyelamatkan kehidupan insan marhaen seperti ini. Diluar sana berbagai pihak dari kalangan bukan Islam yang sedia membantu golongan-golongan seperti ini, Janganlah berlaku lagi kejadian seperti yang telah berlaku di DUMC.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Sinar Ramadan DARWA@ABIM Prihatin

25 Ogos 2011, Shah Alam - Pada 19 Ogos 2011, DARWA telah menerima satu laporan mengenai wanita berusia 32 tahun yang mempunyai lima anak, dan anak yang pertamanya akan mengambil peperiksaan PMR pada tahun ini manakala yang paling kecil berumur 2 tahun. Suaminya sudah dua tahun menghilang dan merupakan seorang penagih dadah.
Kesukaran wanita ini telah menarik keprihatinan kami di ABIM Selangor dan seluruh keluarga ABIM negeri untuk membantu dan menggerakkan usaha mendapatkan sumbangan dan bantuan yang sepatutnya di negeri Selangor. Alhamdulillah usaha awal telah diambil pelbagai pihak khususnya pihak ABIM Daerah Shah Alam serta DARWA sendiri.
Sekali kita dipanjatkan kesyukuran (Alhamdulillah) kerana hari ini (sekitar waktu tengahari) pasukan DARWA bersama mantan YDP ABIM Selangor (Ustaz Zawawi) serta sahabat-sahabat dari ABIM Mesir (seramai 3 orang) telah selamat menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi DARWA sendiri, Ustazah Hazlina. Antara maklumat terkini yang diperolehi hasil dari kunjungan tersebut adalah;
a) Menerima bantuan bayaran sewa tertunggak selama 2 bulan,
b) Membuat satu temujanji dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk Puan Katijah
c) Mendapatkan bantuan untuk kes Puan Katijah di Mahkamah Syariah pada 6 Oktober 2011
d) Mereka juga masih perlu untuk menyewa di situ (harga sewaan rumahnya RM500.00 sebulan)
Sebarang bantuan untuk dihulurkan boleh terus ke MAYBANK 562106228176 (atas nama ABIM SELANGOR). Ia merupakan tabung khas DARWA untuk kemudahan penyelarasan bantuan.
Tuesday, May 3, 2011
OSAMA LADEN : LUKA BERPANJANGAN

Berita Imperialis Barat berjaya menghapuskan The most wanted person ,diraikan dengan gegak gempita oleh sekutu-sekutunya. Keraian dan pesta-pestaan dirayakan dan dipotretkan semahu-mahunya.
Amerika sejak ranapnya WTC , membawa bersama lebur dan runtuhnya ego imperialis memperhebatkann buruannya terhadap manusia yang bernama Osama Laden. Keturunan ningrat yang mengorbankan kekayaan dan kehidupan demi perjuangan yang diyakininya.
Kematian memang lumrah . Tiada makhluk yang baqa' melainkan Allah. yang lain semuanya Fana'. Berita kematian Osama sama ada benar atau satu lagi propaganda hanya Allah Yang Maha mengetahui. Dari peristiwa pembunuhannya, kematian anak dan isterinya , pengebumiannya hingga hari ini masih lagi dipenuhi kontroversi dan misteri. Bukan sekali dua propaganda kematiannya dilakukan.
Jika benar beliau telah meninggal, maka sikap yang harus diambil oleh semua umat Islam yang bersaudara sebagaimana yang diajar oleh Islam ialah mendoakan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya. Apapun statusnya disisi Allah jihadis atau sebaliknya biar Ar Rahman yang menentukannya.
Pandangan beliau merupakan terroris, merupakan kempen dan propaganda imperialis dunia. sampai sekarang label itu masih belum dibuktikan secara sah. Malangnya ummat islam sebahagiannya terpesona dengan segala macam gelar yang diberi.
Pengganas yang menduduki Afghanistan dan Pakistan, atas alasan mencari senjata pemusnah itulah pengganas yang sebenarnya. Sampai sekarang senjata pemusnah masih belum ditemui. Yang jelas pengganas yang sebenar ialah zionisl yang merampas dan menjarah Palestin. Mencabuli hak setiap rakyat, wanita dan kanak-kanak Palestin. Melanggari perjanjian demi perjanjian, menginjak-injak piagam PBB dalam hak -hak kemanusiaan CEDAW dan CRC.
Siapakah Penyokong tegar zionis , kalau bukan Amerika. Inilah wajah sebenar polis Dunia yang mengamalkan double standard terutamanya terhadap negara Islam. Sehignga akhirnya sebahgian besar negara Islam mengikut telunjuk dan menjadi budak suruhan ! ooohh.....I see ( OIC ).
Kematian Osama membawa keamanan dan keadilan untuk dunia ? Itulah justifikasi mereka
Maka kita bertanya :
Apakah dengan kewujudan Amerika membawa kemakmuran dan keamanan untuk dunia?
Lihatlah negara di mana Amerika dan sekutunya menepatkan askar-askar mereka, bukan sahaja tanah bumi yang dijarah, malah wanita-wanita tempatan diperkosa dan dijadikan pemuas hawa nafsu. Itukah keamanan yang di bawa?
Alangkah tidak berhemahnya setengah-setengah pemimpin Islam yang mengeluarkan kenyataan muluk bernada mengampu, memuji tindakan membunuh Osama membawa ketenangan dan keamanan untuk dunia.......rupanya mereka turut sama menari irama gendang yang dipalu....
begitulah sikap yang diambil oleh pemimpin yang telah dikuasai 3 A, sebagaimana mafhum Hadis:
dan berikan kurnia agar kami mengikutinya,
Ya Allah Engkau tunjukkanblah kami kebatilan sebagai kebatilan
dan berikan kurnia agar kami dapat menjauhinya !
Sunday, January 16, 2011
Bila wanita Jadi Mangsa !

Assalamualaikum !
lama kak wardah tak menulis? panggilan yang menyedarkan kak wardah!
Ya !sudah lama tidak menulis ! Kisah dan cerita yang datang setiap hari di DARWA , adanya tidak tertanggung untuk dikongsi bersama.
cerita yang datang sarat dengan airmata dan kesedihan. bagaimana mampu diungkapkan dengan tulisan?
Akhir-akhir ini , betapa runtun dan rawannya hati mendengar kisah isteri-isteri malang.
Sepak terajang, maki hamun, cercaan hina santapan setiap hari. juraian airmata minuman yang direguki . parut hitam lebam hiasan diri.
Hairan ! lelaki yang diamanahkan mempersiakan tanggungjawab. kemalasan dan kejahilan menyebabkan rumahtangga berantakan. lingkaran ganas ini, anak-anak menjadi mangsa. Anak tidak mendengar kata, lari dari rumah, yang lelaki bergelumang dengan najis dadah, yang perempuan bermesra dengan zina!
kesimpulan yang kak wardah catatkan, semuanya berlaku apabila IMAN sudah mati dalam dada. HAWA dan NAFSU menjadi raja bertakhta.
Tolonglah ! Kembalikan dirimu dalam IMAN !
Sunday, November 28, 2010
10 wanita didera sehari
diambil dari Berita Harian Online
Oleh Sophia Ahmad
sophia@bharian.com.my
2010/11/28
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendedahkan purata 10 wanita negara ini dilaporkan menjadi mangsa kes keganasan setiap hari, mencakupi keganasan seksual, fizikal dan emosi.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Timbalannya, Senator Heng Sei Kei pada majlis pelancaran Kelab Youth Orbit-Circle of Influence (YO!), di sini semalam.
Shahrizat berkata, apa yang lebih malang ialah pendera atau penjenayah itu lazimnya terdiri daripada individu yang dikenali atau sangat rapat dengan mangsa dan angka yang dilaporkan oleh PDRM itu hanya sebahagian kecil daripada keadaan sebenar yang berlaku.
“Realitinya, saya percaya lebih ramai wanita berdiam diri dan enggan melaporkan atau malu untuk melaporkan keganasan serta penderaan ke atas mereka. Situasi ini semakin membimbangkan kerana ia bukan saja mengancam nyawa dan kesejahteraan mangsa, bahkan boleh menggugat pertumbuhan moral masyarakat khususnya generasi muda negara.
“Keganasan terhadap wanita adalah isu global yang masih menghantui kebanyakan negara termasuk negara maju. ini membuktikan isu ini tiada kaitan dengan faktor kaum, kepercayaan agama, status ekonomi dan sosial.
“Pendek kata keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa saja dan di mana saja,” katanya.
Katanya, semua pihak perlu sedar zaman kian moden tidak menghalang keganasan terhadap wanita terus berlaku sama ada secara terang atau tersembunyi dengan keganasan dalam rumah tangga dan sumbang mahram lazimnya disorokkan daripada pengetahuan umum dan mungkin tidak dilaporkan kerana membabitkan maruah keluarga.
“Konotasi ini menyebabkan keganasan terus berlarutan, mangsa menderita untuk tempoh yang lama dan akhirnya menyebabkan kecederaan fizikal serta gangguan mental dan emosi,” katanya.
Wednesday, November 24, 2010
KERANA CINTA, KELUARGA DISISIHKAN
“Biarlah dia pilih jalan hidup sendiri. Kami dah penat!”, itulah luahan seorang ahli keluarga kepada seorang remaja wanita yang lari mengikut teman lelakinya.
Tiada ibu bapa didunia ini yang mahukan anak-anaknya menjalani kehidupan yang susah. Semua ibubapa mengharapkan anak-anaknya menikmati kehidupan yang bermakna, bahagia dan seiring redhoNya. Lantaran itu, ibubapa akan kerap menasihati, memberi bimbingan supaya anak-anak tidak tersilap pilih jalan.
Namun, semua impian hancur bila anak gadis mula mengenali dunia cinta. Kekadang semua pesanan dan nasihat ibubapa dilupakan begitu sahaja. Kerana mengejar cinta seorang lelaki yang terbukti tidak jujur, keluarga disisihkan, ibubapa diabaikan, perasaan keduanya dilukai. Habis puas dinasihati oleh ibubapa dan ahli keluarga, namun semuanya ibarat mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sudahnya, remaja wanita tersebut mengambil keputusan melarikan diri walau diri telah didera, dilukai oleh lelaki yang kononya cinta sejatinya.
KERANA CINTA ITU, MATA HATI BUTA.

Lantaran kuasa cinta yang tidak berbelah bahagi kepada si lelaki, maruah diri diserahkan tanpa segan silu walau tiada sebarang ikatan yang menghalalkan persetubuhan. Daripada penzinaan tersebut, terhasil seorang janin yang sedang membesar di rahim si remaja wanita tadi. Diri dipukul, dikurung, duit ditipu, tidak sekalipun memberi keinsafan kepada remaja wanita tersebut. Cinta terhadap sang lelaki tetap utuh disanubari. Kerana cinta itu, mata hatinya buta untuk menilai antara kaca dan permata.
Mengikut sebuah laporan, setiap hari dua orang gadis lari ikut kekasih. Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang lima tahun lalu, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih. (ibid.)
Tambahan lagi, remaja wanita Melayu lingkungan 14 hingga 17 tahun merupakan penyumbang terbesar kepada satistik gadis hilang di Malaysia pada tahun 2000 hingga 2006. Gadis hilang demi cinta merupakan faktor utama kehilangan di Negara ini sejak kebelakangan ini. Ini sudah tentu merupakan perangkaan yang merisaukan kerana gadis hilang kerana cinta tersebut mungkin terpedaya dengan tipu muslihat kekasih hati yang ingin menjerat mereka ke lembah pelacuran, jenayah rogol, bersekedudukan dan lain-lain.
KELEMAHAN JATI DIRI SEBAGAI PUNCA UTAMA
Bukan sedikit jumlah remaja wanita yang tertipu dengan pujukan manis sang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dimana silapnya? Walau dibentang puluhan sebab-musabab sekalipun, pokok pangkal kepada gejala ini adalah kelemahan jati diri sebagai Muslimah khususnya.
Jati diri sebagai Muslimah berdiri diatas asas yang rapuh. Iman senipis kulit bawang terus-terusan dibiar sehingga mudah sekali dirobek dengan satu kali sentuhan. Kewajipan dan tuntutan agama diabaikan. Putus asa, kecewa dan tidak yakin menghiasi pembinaan karekter diri. Akibatnya, hidup dipandu dengan emosi dan nafsu yang menghancurkan diri. Maka apabila dihujani dengan pujuk rayu cinta duniawi, diri tersungkur menyembah bumi dan kerana diturutkan kata hati, badan binasa habis dilukai.
Berbahagialah menjadi muslimah sejati. Menutup aurat, tuntutan rukun iman dan Islam dilaksana dengan penuh keikhlasan. Diri dihiasi adab sopan yang tinggi, yakin diri, rajin menuntut ilmu barulah akan terlahir jati diri yang kuat. Walau ditiup angin kencang dugaan dan pujuk rayu, semuanya mampu ditepis dengan keimanan yang tidak berbelah bahagi kepada Rabbul ‘izzati. Hati tetap teguh, “AKU MAHUKAN REDHO ALLAH DALAM KEHIDUPAN SINGKAT INI.” wallahu’alam.
Tuesday, November 9, 2010
JENAYAH ROGOL
· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol. · Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi. · Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram. · Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas. · Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan. · Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri. · Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka. · Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka. · Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman. · Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan. · Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu. · Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya. · Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
· Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya. · Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang. · Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru. · Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan. · Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan. · Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis. |