Saturday, August 22, 2009

tetamu Ramadhan



tirai ranadhan di darwa disambut dengan juraian dan esakan airmata seorang ibu !
Ibu mana yang tak merasa pilu, hatinya bagai dipulas, jiwanya bagai dirobek, jantungnya bagai direntap, darahnya seakan terhenti, nafasnya terasa kejap bila mendengar musibah apa yang menimpa anak gadisnya!

Baru kehilangan suami tiga bulan yang lepas. berita kehamilan anak gadisnya benar-benar meruntun jiwa seorang ibu tua.

"Bukan saya tidak memberi tuntunan agama padanya, sejak kecil sudah dititipkan dengan dosa dan pahala.Tangan ini yang mengajarnya menulis, lidah ini yang mengajarnya mengenal huruf-huruf Allah. Kenapa dia sanggup melakukan perbuatan sehina ini?"

seumur hidup saya mendoakan kesejahteraan dan keamanan untuk anak-anak. Hati saya sangat terluka! namun saya tetap mengampunkan dosa-dosa dan kesalahan yang dia telah lakukan! sangat perit untuk saya hadapi ujian Allah ini....."

sabarlah wahai IBU ! ujian yang Allah turunkan seperti ujian para rasul dan nabi-nabi!
Lihatlah mereka, anak-anak,isteri-isteri mereka sendiri tidak beriman dan menentang perjuangan mereka...

Moga IBU diluar sana, Allah mengangkat Maqam bersama syhada' dan solihin1!

AMIN YA RABB!

Friday, August 21, 2009

TETAMU DARI BUKIT




16 Ogos 09 - Pihak DARWA telah menerima kunjungan tetamu dari Kumpulan Marhaban Kampung Bukit kapar. Rombongan seramai 40 orang itu telah diberikan taklimat oleh Kak Wardah. Rombongan 'Cik Kiah' ni sebenarnya dalam perjalanan ke Nilai3 untuk membantu para usahawan disana. Mereka sempat menitipkan sedikit sumbangan untuk DARWA dan mainan kereta untuk 'si Boboi'.

MUHASABAH RAMADAN

assalamualaikum wrt wbt

Ana mendoakan semua sahabat perjuangan dan aktivis dakwah berada dalam sikon sihat wal afiat dan sejahtera. Di dalam suasana bencana wabak penyakit bergentayangan sekarang ini eloklah kalau kita meningkatkan amalan spiritual memohon perlindungan dari yang Maha Esa lebih dari biasa.

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ana dan Keluarga mengucapkan Ramadan Kareem dan bersama-samalah kita membangunkan bulan puasa ini dengan amalan-amalan ibadah dan sedekah jariah.

Sebagai aktivis dan penggerak dakwah dibumi 1Malaysia ini marilah kita bermuhasabah untuk diri kita agar "Dakwah diutamakan, Jamaah didahulukan" .

1. Berapa banyak masa,harta, tenaga yang kita telah peruntukkan untuk membantu menggerakkan kerja-kerja dakwah seperti membantu saudara-saudara baru yang bergelut untuk mempertahankan iman mereka dari gangguan dan tekanan pihak-pihak yang berkenaan? tidak hairanlah semasa konvensyen Dakwah Non Muslim semalam ( ramai ahli ABIM yang tidak dapat hadir ) ada peserta muallaf yang mengadu hanya melihat 30% sahaja kebaikan Islam di dalam kehidupan bersama orang Melayu di Malaysia.

2. Berapa banyak minda kita diperuntukkan untuk memikirkan masalah umat Islam di persekitaran lingkungan kita? atau kita banyak menghabiskan masa kita untuk memikirkan tentang diri sendiri sahaja. Mungkin ada hanya sebok hendak menukar langsir baru ketika ada saudara yang susah berlangsirkan kain guni dan kain perca.Mungkin ada yang memikirkan untuk menukar sport rim kereta baru ketika ada saudara yang susah tidak mampu membeli segenggam beras untuk keluarga.

3. Sebagai qiadah dakwah yang telah diberi amanah, setiap hari mesti ada sesuatu kerja dakwah dan memikir tentang permasalahan dakwah dan gerakan dakwah. Syaitan dan iblis sentiasa melakukan kerja anti dakwah dan kerja kotor nya untuk menghalang mujahid dakwah dari bergerak dan berfikir tentang dakwah. Kita kena kuat dan tegar merungkai belenggu syaitan dan godaan iblis dari menunaikan amanah dakwah. apakah kita sudah ada jawapan yang kita akan berikan kepada Allah diakhirat nanti? Entah-entah soalan malaikat dikubur pun kita tak terjawab.

4. Justeru, ketika semua syaitan dan Iblis ditambat, marilah kita bangkit dan bergerak kehadapan untuk memimpin dan membangun umat yang memerlukan. Sesungguhnya andalah yang terbaik dan terhebat untuk melaksanakan kerja dan misi ini kerana anda sangat istimewa di Allah ketika anda berusama meningkatkan Takwa.

Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi...

5. Ampun maaf sebanyak-banyaknya atas kelemahan dan keterlanjuran diri.

RAMADAN KAREEM.
ALLAHU AKRAM

TAKBIR !


Wak Juragan

Thursday, August 13, 2009

RAMADAN BIG SALE



Assalamualaikum para pengunjung blog semua,

Pihak Darwa mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan Bulan ramadan Al Mubarak. Semoga ketibaan bulan puasa kali ini akan menambahkan lagi semangat dan semarak amalan ibadah kita dan amal jariah sedekah kita.

Pihak Darwa memerlukan sumbangan wakaf kenderaan @ Dana Wakaf Kenderaan untuk kegunaan pengurusan dan Penghuni. Kebanyakan kes memerlukan pergerakan ke lokasi yang jauh dan memerlukan kenderaan untuk membantu kelancaran pengurusan kes.

Kepada yang berhajat dan bermurah hati untuk membantu dakwah bil hal di Darwa , sila hubungi pihak ABIM Selangor / Pengurusan Darwa segera.


FASTABIQUL KHAYRAT.

" kalau bukan aku siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi"

Admin

Thursday, August 6, 2009

Kabare ?

Kabare ? Apa khabar dalam bahasa Melayu.

Minggu ini tiba-tiba menerima perkhabaran dari Ex darul Wardah.
Kak R yang dirawat di rumah sakit, khabarnya telah tiga bulan keluar
hospital.bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk menstabilkan diri.
Sedih rasanya, bila diberitahu , Hospital menghantar ke pangkuan saudaranya.
saudaranya yang telah merosakkan masa lampau dan masa depannya.

mujurlah tiga hari lepas beliau berjaya dikeluarkan dari "rumah kegelapan " itu.
Moga Ramadhan yang bakal muncul nanti akan mempertemukan semula anaknya yang masih dalam titipan DARWA.

Ya Rabb! jadikan Ramadhan ini, bulan yang memberi nikmat dan anugerah yang besar
kepada mereka berdua!

Thursday, July 23, 2009

Apalah nasib badan !



penghuni mutakhir DARWA datang berteduh dengan seorang anak lelaki yang berusia satu tahun setengah. Dengan perut memboyot, kandungannya mencecah usia enam bulan.

orangnya sangat cergas, berpendidikan dan peramah. ketika ditanya , tentang masa lalunya, jawapannya begitu jujur dan polos.

Diceraikan suami pertama, ketika kandungannya berusia 3 bulan. Sah cerainya, namun tempoh edah sehingga melahirkan anak. Katanya, suaminya ramai teman wanita ,keliling pinggang. Pun begitu dia tidak marah.Dia rela dimadukan. akhirnya suami lari dengan wanita lain.

Janin dalam kandungan sekarang , hasil hubungan dengan suami kedua. bagai mengulangi cerita pertama, dia juga dijatuhi talak setelah mengandung empat bulan. sekarang sedang menunggu edah.


Suaminya yang kedua, warga Indonesia. masih menuntut di sebuah universiti Global yang terkenal dimalaysia, dalam bidang ilmu Wahyu.Katanya, suaminya sebenarnya telah berzina dengan perempuan yang telah menjodohkan mereka berdua. Pun dia rela dimadu. Akhirnya dia juga diceraikan!

Tiada tempat untuk mengadu, menumpang teduh dan berlindung. Beliau pasrah ! nasibnya membawa dia ke DARWA!

Adakah dia terlalu naif, polos , atau ada yang tersirat disebalik ini semua?

Monday, July 13, 2009

Bukan salah ibu mengandung

Tepat jam 9.00 malam , kak wardah berada di sebuah restoran depanMasjid An Naim.Ditemani suami , bertemu dengan bapa dan pakcik EE.
EE telah lari dari rumah lebih kurang lapan hari. Dia dihantar ke DARWA oleh insan-insan yang masih prihatin. mendengar cerita EE, satu pun tiada yang baik tentang keluarganya.

Begitulah biasanya remaja, mereka dengan mudah menyalahkan orang lain, especially parent.Berada selama lima hari di DARWA, ceritanya asyik bertukar-tukar. Biasalah nak coverline!
Akhirnya beliau mengaku , beliau terlanjur sejak dari form 3 lagi dan bla....bla...bla, seperti yang kita maklumi terjebak dengan pelbagai masalah sosial lain.

peluang bertemu dengan bapanya, kak Wardah hanya mendengar setiap butiran yang keluar dari mulut bapanya.
Ya ! ibu bapa mana yang tak sayangkan anak!bagai menatang minyak yang penuh!Anak-anak sekarang lebih advance!Cerita anak beranak ni berlapis-lapis, Tak dapat dileraikan dalam masa sehari.
Apa pun kak Wardah cuba jalankan tanggungjawab sebaik mungkin dengan mengembalikan anak ke pangkuan keluarga. Adakah EE akan lari lagi......?

Kejutan ditengah Malam

Dah lama Wak tak ke Hospital tengah-tengah malam buta kerana menghanatar orang sakit.Dulu masa isteri Wak nak bersalin dua kali Wak kena kejut awal-awal pagi kerana isteri wak nak bersalin.

Malam tadi Wak dapat signal, seorang penghuni Darwa mengadu sakit perut.Walaupun Wak baru terlelap sekejap selepas selesaikan satu kes yang lain tapi kerana tanggungjawab wak bangun juga.

Semasa wak ambil penghuni tu di Darwa, semua kawan-kawan turut menghantar dimuka pintu memberikan semangat. Maklumlah baru pertama kali nak bersalin.Suami tak ada pulak tu.Kesian pun ada kerana ketika ini semua rakan-rakannya masih bersukaria dibangku sekolah.Sendiri mau ingatlah...

Pukul 2.00 pagi wak terpaksa tinggalkan dia diHospital kerana banyak lagi prosedur yang dia kena lalui dan wak doakan semoga dia tabah menempuh pengalaman baru diwad bersalin.Wak percaya keluarganya akan mengambil berat dan membantunya selepas ini.wak dengar keluarganya tengah kecoh kerana siibu merahsiakan kejadian ini dari keluarga dan sekarang tembelang sudah pecah.Wak tak mau campur.banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.

Kepada semua Wak nak kongsikan perasaan ini kerana wak tau semakin hari semakin ramai yang nak masuk mendaftar di Darwa kerana perut yang semakin membusung!

kepada adik-adik diluar sana.....Kembalilah kepada kehidupan yang berpaksikan iman dan takwa kepada Allah.Bertaubat adalah sebaik-baik jalan kepangkuan kebenaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...