Dah lama Wak tak ke Hospital tengah-tengah malam buta kerana menghanatar orang sakit.Dulu masa isteri Wak nak bersalin dua kali Wak kena kejut awal-awal pagi kerana isteri wak nak bersalin.
Malam tadi Wak dapat signal, seorang penghuni Darwa mengadu sakit perut.Walaupun Wak baru terlelap sekejap selepas selesaikan satu kes yang lain tapi kerana tanggungjawab wak bangun juga.
Semasa wak ambil penghuni tu di Darwa, semua kawan-kawan turut menghantar dimuka pintu memberikan semangat. Maklumlah baru pertama kali nak bersalin.Suami tak ada pulak tu.Kesian pun ada kerana ketika ini semua rakan-rakannya masih bersukaria dibangku sekolah.Sendiri mau ingatlah...
Pukul 2.00 pagi wak terpaksa tinggalkan dia diHospital kerana banyak lagi prosedur yang dia kena lalui dan wak doakan semoga dia tabah menempuh pengalaman baru diwad bersalin.Wak percaya keluarganya akan mengambil berat dan membantunya selepas ini.wak dengar keluarganya tengah kecoh kerana siibu merahsiakan kejadian ini dari keluarga dan sekarang tembelang sudah pecah.Wak tak mau campur.banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.
Kepada semua Wak nak kongsikan perasaan ini kerana wak tau semakin hari semakin ramai yang nak masuk mendaftar di Darwa kerana perut yang semakin membusung!
kepada adik-adik diluar sana.....Kembalilah kepada kehidupan yang berpaksikan iman dan takwa kepada Allah.Bertaubat adalah sebaik-baik jalan kepangkuan kebenaran.
5 comments:
Semoga dipertinkatkan iman dan kesabaran !
Wak! Terimakasih kerana banyak membantu!sokongan amat diperlukan ketika jasad makin terasa lemah.
lagi haru..esoknya pula si ibu belum disahkan nak terberanak...hahahaha...nasib baik ada makcik depan rumah yg sudi ambilkan si ibu di hospital...
selamat da...Alhamdulillah...moga si ibu xkembali ke jln yg lame...
Bila nak turun kat DARWA! U're welcome
Post a Comment