Monday, May 7, 2018

MAJLIS PERPISAHAN STAF DAN PELAJAR PRAKTIKAL

4 MEI 2018
JUMAAT

Jumaat yang lepas baru sahaja berlangsung majlis perpisahan untuk staf dan pelajar praktikal Darul Wardah. Turut meraikan Hari Guru dan Hari Ibu. 4 Mei juga merupakan tanggal kelahiran Ustazah Hazlina, Pengerusi Darul Wardah. 

Cik Wasiatul Alaina yang merupakan warden Darul Wardah menamatkan perkhidmatannya disini untuk menyambung pelajarannya di Imdonesia. Begitu juga pelajar praktikal dari USIM yang akan menamatkan latihan praktikalnya pertengahan bulan 5 ini nanti. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada mereka. Semoga berjaya dalam setiap sisi kehidupan dan terus menyumbang untuk masyarakat. 

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada kalian atas khidmat budi yang ditaburkan di sini. Terima kasih kerana sama-sama mengukir kenangan di Darwa. Setiap jasamu pasti dikenang. Semoga ketemu lagi. 



Ustazah Hazlina bersama Wasiatul Alaina

Pengurusan Darwa bersama Wasiatul dan pelajar praktikal USIM





Friday, May 4, 2018

PENYELIAAN PRAKTIKAL DARI PENSYARAH USIM



3 MEI 2018

KHAMIS



Darul Wardah dikunjungi pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia USIM iaitu Dr. Isa untuk membuat seliaan kepada 3 orang pelajar USIM yang menjalani latihan praktikal di Darwa. Pelbagai pengalaman berharga mereka peroleh disini. Kesemua curahan ilmu dan pengalaman yang dipelajari disini moga dijadikan pedoman menempuh alam pekerjaan nanti. Moga turut sama menyumbang untuk ummah. InsyaAllah. 


Dr Isa dan Ustazah Hazlina

Perbincangan antara Ustazah Hazlina, Dr Isa dan pelajar USIM





Wednesday, May 2, 2018

MENYELAMI HATI WANITA - UPSI




29 APRIL 2018

AHAD


Satu lagi program berlangsung Ahad lepas. " Menyelami Hati Wanita" dari pelajar Fakulti Akhlak Islam Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelbagai ilmu dikongsi dan sumbangan berupa makanan juga dibuat. Semoga segala kebaikan yang dicurahkan dimanfaatkan bersama. 


Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris atas kesudian menjalankan program di Darwa. 










Monday, April 30, 2018

PROGRAM SUPER PARENTING




29 APRIL 2018 


AHAD


Darul Wardah berpeluang ke Program Seminar Super Parenting yang ditaja oleh Dai' Adibah.
Program berlangsung di D' Takhta Wedding Avenue I-City Shah Alam bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang melibatkan 10 orang peserta dari Darul Wardah dan diiringan 2 orang kakitangan Darwa iaitu Puan Nisha selaku Pengurus Darul Wardah dan Puan Ruslina selaku Penolong Pengurus Darul Wardah.


Ahli panel pula terdiri daripada Pn. Hajah Siti Nadzrah iaitu Umi Profazz (ibu kepada 5 orang huffaz), Ibu Rose iaitu Family &love Guru, turut menjadi panel Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara dan juga bapa kepada 4 orang anak.


Perkongsian yang diberikan oleh setiap panel amat berguna dalam mendidik anak-anak dari kecil. Ketiga-tiga panel menekankan bahawa 'family bonding' adalah sangat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak. Anak yang kekurangan kasih sayang akan mula mencari kasih sayang diluar yang menyumbang kepada masalah gejala sosial masa kini. 


Didikan agama juga perlu diterapkan sejak dari awal kelahiran agar anak-anak mengenali Tuhan. Anak-anak adalah amanah yang diberikan Allah, maka menjaga dan mendidiknya ke jalan yang benar berada di dalam tanggungjawab ibu bapa yang mencorakkannya. 


Dan yang paling penting perlu diingati, doa ibu tiada hijab, maka sentiasalah berdoa untuk anak-anak anda. InsyaAllah


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dai' Adibah sekeluarga kerana menaja kami dari Darul Wardah. Semoga dimewahkan rezeki dan dipermudahkan urusan semunya. Amin.



Slot bersama Pn. Hajah Siti Nadzrah iaitu Umi Profazz

Slot bersama Ibu Rose


Slot bersama Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor



Bersama Dai' Adibah




Peserta Darul Wardah bersama Pengurus dan Penolong Pengurusa Darul Wardah, Puan Nisha dan Puan Ruslina






Friday, April 27, 2018

REZEKI ANAK-ANAK DARWA



26 APRIL 2018

KHAMIS

Alhamdulillah, pelatih Darwa menerima sumbangan makanan daripada keluarga salah seorang alumni Darwa. Rezeki untuk santapan makan malam mereka harini berupa sambal ayam dan sayur campur. Mereka juga menyumbang makanan kering seperti biskut dan telur.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga penyumbang. Semoga diperluaskan rezeki anda sekeluarga. InsyaAllah






28.4 2018

JUMAAT


Alhamdulillah rezeki tidak putus. Harini Darul Wardah menerima sumbangan lagi daripada Puan Farah dari Alam Impian.. Puan Farah merupakan Ketua Persatuan Perumahan dari Alam Impian. Sumbangan berupa makanan kering seperti biskut roti, minyak masak serta barang keperluan bayi seperti pampers. Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang. Moga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.


#kecilbagiandabesarmaknanyabagikami





Thursday, April 26, 2018

MESYUARAT PENGURUSAN RUMAH PEMULIHAN AL-RIQAB NEGERI SELANGOR

25 APRIL 2018
RABU 9.30 PAGI

Alhamdulillah berpeluang menghadiri Mesyuarat Pengurusan Rumah Pemulihan Al-Riqab Negeri Selangor Bil.1/2018 di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zohdi Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Semoga lebih bersemangat dan bertenaga meneruskan pemulihan jiwa insan-insan. InsyaAllah.






Monday, April 23, 2018

PROGRAM PARENTING DAN TAUSIYATUL KUBRA



SABTU 21 APRIL 2018


Program Parenting dan Tausiyatul Kubra dianjurkan oleh Darul Wardah telah disempurnakan dengan ceramah khas dari Dai' Adibah, juara Dai' Milenia musim pertama.


Ibubapa turut hadir sebagai tanda sokongan dan kesungguhan untuk sama-sama melakukan perubahan. Sentuhan kasih daripada ibu bapa sangat diperlukan dalam membentuk semula sahsiah dan jati diri anak-anak Darwa. Para ibu juga diberi peluang pada hari itu untuk memandikan anak mereka dengan mandi taubat. 


'' Ibu bapa kebanyakannnya memandikan anak hanya ketika mereka kecil, bagaimana dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa? Sudah lama tidak disentuh dengan belaian kasih sayang. Sebab itu mereka mencari kasih sayang di luar. "
- Ustazah Hazlina-
Dipetik dari kata-kata Ustazah Hazlina selaku Pengerusi Darul Wardah semasa melakukan ucapan perasmian. 


Anak-anak pelatih Darwa juga turut membuat persembahan nasyid khas ditujukan untuk ibu bapa mereka. 


Ibu bapa juga dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama anak mereka pada hari tersebut.


Sebagai ucapan penutup, semua jemputan berpeluang mendengar ucapan khas dari Ustaz Zulhusni dari bahagian pemulihan Ar Riqab Mais.

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya. Mudah-mudahan dapat membantu pemulihan mental dan spiritual serta menjentik jiwa anak-anak pelatih juga ibu bapa. InsyaAllah.

Ucapan perasmian daripada Ustazah Hazlina

Bacaan hafazan dari pelatih Darwa

Persembahan nasyid dari pelatih Darwa

Pelatih bersama ibu bapa

Sembahnyang isyak dan maghrib berjemaah bersama Ustaz Saifushafiq Shaifuddin


Ceramah daripada Dai' Adibah


Ucapan penutup daripada Ustaz Zulhusni 





Para pelatih Darwa bersama Dai' Adibah, Ustazah Hazlina dan staf-staf pengurusan Darul Wardah

























Friday, April 20, 2018

SUMBANGAN PENAPIS AIR CUCKOO



19 April 2018


Alhamdulillah Darul Wardah telah menerima penapis air Cuckoo. Sumbangan dari Encik Fendi dan Puan Hasanah dari Alam Impian untuk kegunaan pelatih Darwa. 


Kami sangat berbesar hati dan bersyukur atas sumbangan ini. Akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk kegunaan bersama. 


Didoakan Encik Fendi dan Puan Hasanah sentiasa diperluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas sumbangan ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...