SABTU 21 APRIL 2018
Program Parenting dan Tausiyatul Kubra dianjurkan oleh Darul Wardah telah disempurnakan dengan ceramah khas dari Dai' Adibah, juara Dai' Milenia musim pertama.
Ibubapa turut hadir sebagai tanda sokongan dan kesungguhan untuk sama-sama melakukan perubahan. Sentuhan kasih daripada ibu bapa sangat diperlukan dalam membentuk semula sahsiah dan jati diri anak-anak Darwa. Para ibu juga diberi peluang pada hari itu untuk memandikan anak mereka dengan mandi taubat.
'' Ibu bapa kebanyakannnya memandikan anak hanya ketika mereka kecil, bagaimana dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa? Sudah lama tidak disentuh dengan belaian kasih sayang. Sebab itu mereka mencari kasih sayang di luar. "
- Ustazah Hazlina-
Dipetik dari kata-kata Ustazah Hazlina selaku Pengerusi Darul Wardah semasa melakukan ucapan perasmian.
Anak-anak pelatih Darwa juga turut membuat persembahan nasyid khas ditujukan untuk ibu bapa mereka.
Ibu bapa juga dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama anak mereka pada hari tersebut.
Sebagai ucapan penutup, semua jemputan berpeluang mendengar ucapan khas dari Ustaz Zulhusni dari bahagian pemulihan Ar Riqab Mais.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya. Mudah-mudahan dapat membantu pemulihan mental dan spiritual serta menjentik jiwa anak-anak pelatih juga ibu bapa. InsyaAllah.
Ucapan perasmian daripada Ustazah Hazlina |
Bacaan hafazan dari pelatih Darwa |
Persembahan nasyid dari pelatih Darwa |
Pelatih bersama ibu bapa |
Sembahnyang isyak dan maghrib berjemaah bersama Ustaz Saifushafiq Shaifuddin |
Ceramah daripada Dai' Adibah |
Ucapan penutup daripada Ustaz Zulhusni |
Para pelatih Darwa bersama Dai' Adibah, Ustazah Hazlina dan staf-staf pengurusan Darul Wardah |
No comments:
Post a Comment