Monday, May 25, 2009

Islam masih berevolusi ???


Baru beberapa hari lepas kak Wardah menerima panggilan dari tuan Insiyur R. IR R yang juga merupakan ahli pidato hebat bertanyakan apakah ada kekeosongan tempat di DARWA?

Kesnya seorang lelaki Pakistan yang mengahwini seorang wanita Cina yang telah memeluk agama islam dan mempunyai seorang anak.
Kesan kegawatan ekonomi menyebabkan mereka tidak mampu membayar rumah sewa. Suami sanggup tidur di masjid-masjid dan surau.

Bagaimana dengan anak dan isteri. setelah berminggu mencari pertolongan kesana dan kesini akhirnya hampa.Seelah kehabisan ikhtiar isteri yang asalnya akhirnya isteri berteduh disebuah gereja di Johor baru bersama anaknya.

terkesima! pelbagai perasaan berbaur menjadi satu ! Telahan kak Wardah mungkin kewarganegaraan mereka menyukarkan mereka mendapt pertolongan.

Ah ! Dimanakan letaknya ayat "sesungguhnya orang-orang beriman bersaudara", tidak mengenali warna kulit, ras, dan bangsa. hakikatnya ia masih dalam ruang lingkup geografi dan asabiyyah yang berterusan.....

Jangan Persiakan amanah


DARWA menerima penghuni baru .Seorang wanita , India muslim dalam lingkungan umur akhir 20 an bersama seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Bagaikan mengulangi kes Puan F yang telah berjaya diselesaikan kesnya oleh Darwa.Puan N keluar dari rumah setelah dipukul oleh suaminya .Suaminya seorang India yang baru memeluk agama Islam.

keadaan ekonomi yang tenat ,menyebabkan si suami masih tinggal bersama ibu bapa dan adik beradik yang masih beragama asal anutannya sebelum ini.

Acapkali bila menantu yang tidak seagama tinggal serumah dengan mertua dan ipar duai mengalami ketegangan dan ketidakharmonian dalam keluarga. Mungkin tertekan dengan situasi yang tidak menyenangkan menyebabkab suami melepaskan barannya.

hasilnya lebam teruk jelas kelihatan pada lengan puan N. Penangan sebatan tali pinggang dan wayar extentation.perebutan cucu antara nenek dan ibu akan menjadi duri yang sangat menyakitkan.

Dengan pengisytiharan kabinet mengenai hak penjagaan anak-anak pasangan yang memeluk islam, tentu sekali proses perundangan bukan cara terbaik menangani kemelut ini.

Berpandukan kes Puan F, perundingan adalah cara terbaik untuk mengatasi kebuntuan.
persoalannya dimanakah agensi-agensi yang diamanahkan untuk menangani persoalan seperti ini!

Tolonglah ! jangan persiakan amanah dan tuntutan agama! Cukuplah dengan birokrasi dan kerenah yang memenatkan! Jangan marah apabila ramai yang memeluk islam , ramai juga yang memohon untuk keluar dari islam....!

Friday, May 15, 2009

Gerai Amal ABIM

ABIM Charity Kiosk
Objektif

Mendapatkan sumber kewangan untuk rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah membiayai aktivitinya melalui penjualan barangan terpakai.

Bagaimana Anda Berperanan membantu ?

Secara umumnya, setiap orang atau isi rumah mempunyai barang-barang yang tidak diperlukan lagi tetapi masih berkeadaan baik. Namun begitu penyimpanannya memerlukan ruang dan pembuangannya pula adalah suatu pembaziran dan kadangkala melibatkan kos.

Melihat kepada potensi barangan tersebut, usaha-usaha yang tersusun tentunya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

Pentadbiran Darul Wardah telah mengambil inisiatif untuk menyahut cabaran ini bagi menjana pendapatan kepada Darul Wardah dan seterusnya menyokong usaha murni untuk membina dan menggerak Tamadun Khayra Ummah.


Konsep yang dijalankan ini masih baru di kalangan masyarakat muslim kita. Namun sambutan dan penerimaan masyarakat amat baik, malahan mereka memberi sokongan dan membantu ABIM

ACK berfungsi sebagai tempat mengumpul barangan terpakai seperti pakaian, buku dan majalah atau apa sahaja barangan yang masih baik kualitinya. Barangan ini disumbangkan oleh orang ramai.

Di ACK barangan yang diterima akan diproses oleh petugas Sukarelawan. Proses pemeriksaan barangan perlu bagi memastikan barangan yg disumbangkan masih berada dalam keadaan baik.Kemudian kerja-kerja pembersihan,penyususnan dan pengredan barangan dilakukan.

Barangan yang diterima akan di pamer semula di ACK dan dijual dengan harga yang sangat murah antara RM1.00 dan RM10.00, bergantung kepada jenis barangan.

Kaedah Mengutip Barangan

1. Peti sumbangan “DONATION BIN” ABIM ada diletakkan di kawasan yang strategik. Di Shah Alam, ABIM mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak pengurusan masjid, badan-badan kerajaan khususnya Kementerian Perumahan & Alam Sekitar Selangor kerana membenarkan peti sumbangan barangan ABIM ini diletakkan di kawasan mereka.

2. Melalui telefon dari orang ramai yang mendapat maklumat dari risalah yang diedarkan. Petugas ABIM akan datang ambil sendiri barangan yang hendak diberikan oleh orang ramai dari rumah mereka jika barangan itu sangat banyak.

Monday, May 11, 2009

Gadis Seperti Bunga




Usai sessi kuanseling kelompok dengan adik-adik yang terlanjur, Kak wardah catatkan beberapa faktor yang berkaitan dengan masalah zina:

1.Semua adik-adik tu tahu bahawa Zina tu satu DOSA BESAR !
2.Semuanya tahu apa hukuman Zina dalam Islam
Sebat Seratus kali !
3.faktor-faktor zina:

i. tengok gambar / video lucah. Semuanya melalui hand phone yang canggih tu.
ii. kawan-kawan sebaya kenalkan dengan benda-benda tak elok tu !
iii.Mak bapak bersikap terbuka, boleh pergi rumah boyfriend asal bagi tau mak.
iv. Ada juga mak bapak yang terlalu garang.
v. Naif sangat, tak pernah ada kawan lelaki, bila orang lelaki cakap sayang, terus ikut.

vi. Ini yang paling banyak, bukan slah ibu mengandung, bukan salah bapak mendidik, dunia akhir zaman, media makin canggih, memang anak -anak muda dah tak boleh tahan nafsu, Iman senipis kulit bawang, Godaan datang dari segenap penjuru!

Tunggu Sesi kaunseling lain, macam mana nak cari formula supaya adik-adik ni kembali ke pangkal jalan. !

Hilang Kelazatan



Bila sakit baru terasa lazatnya sihat, bila susah baru terasa lazatnya senang, bila sibuk baru terasa lazatnya lapang. begitulah manusia , kadang-kadang kurang menyedari apa yang ada didepan mata, bila tiada baru terasa.


Puan L mengalami simptom hilang kelazatan iman. baginya dunia bagaikan sudah tidak bererti.Allah murka padanya. Pintu taubat sudah tertutup baginya. sakit yang ditanggung sebagai laknat Allah untuknya.

Allah Yang bersifat ghafur dan rahim sudah tidak ada dalam dadanya. Minda puan L semuanya bersifat Su' Zon terhadap Allah. sakit fizikal nampak pada zahir. sakit iman perlukan rawatan yang betul-betul rapi.

marilah sama-sama berdoa agar Allah mencamppakkan kembali Nur dalam jiwanya.

AMIN!

Sunday, May 10, 2009

Darwa dan Tetamu Baru

salam muhibbah dan keimanan,


sejak kebelakangan ini pihak kami menerima ramai penghuni baru. Kebanyakannya melibatkan kes salahlaku seks remaja bawah umur. Ada juga yang masih dibangku sekolah lagi.

kebanyakan kes perzinaan begini, penzina lelaki tidak dikenakan apa-apa tindakan atau hukuman kerana kes tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana sebab-sebab tertentu.

Si perempuan yang mengandungkan anak akan menghadapi bebanan dan tekanan emosi dan spiritual kerana berbagai faktor luaran dan dalaman.

mereka harus sedar bahawa perbuatan ini adalah suatu kesalahan dan jenayah. Tujuan hukuman adalah sebagai pendinding dan pagar manusia dari melakukan kemungkaran.

Zina bukanlah satu aktiviti milik individu dan boleh dilakukan atas dasar reda dan suka sama suka.

Ingatlah bahawa hidup kita ini milik Allah. Hidup akhir kita nanti juga akan bertemu dengan Allah.Taubatlah.

Wak Juragan

Blog ini Dibangunkan Untuk Anda

Salam buat semua pengunjung blog,

1. Terima kasih kerana anda sudi melawati blog ini dan ramai yang telah menggunakan blog ini untuk mendapatkan informasi dan perkembangan terkini aktiviti kami.

2. Kami berharap pihak-phak yang tidak bertanggungjawab cuba 'mensabotaj' blog ini kerana ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

3. Kami berharap agar blog ini dapat hidup lebih lama dan terima kasih atas sokongan anda semua.

Syukran.

Admin

Tuesday, April 28, 2009

Laman Dapur dan Terapi Bunga




PIHAK DARUL WARDAH MEMERLUKAN SUMBANGAN POKOK BUNGA, HERBA DAN SAYUR-SAYURAN

tujuan : Membina lanskap di Darul Wardah untuk Terapi Minda, Rohani dan Emosi
Kaedah : Seorang sepasu bunga Ros/ pokok herba

Kerja menanam akan dilakukan secara gotong royong / penghuni DW.

PERHATIAN ; Sumbangan baja, peralatan berkebun juga dialu-alukan.


HARAP MAKLUM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...