ABIM Charity Kiosk
Objektif
Mendapatkan sumber kewangan untuk rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah membiayai aktivitinya melalui penjualan barangan terpakai.
Bagaimana Anda Berperanan membantu ?
Secara umumnya, setiap orang atau isi rumah mempunyai barang-barang yang tidak diperlukan lagi tetapi masih berkeadaan baik. Namun begitu penyimpanannya memerlukan ruang dan pembuangannya pula adalah suatu pembaziran dan kadangkala melibatkan kos.
Melihat kepada potensi barangan tersebut, usaha-usaha yang tersusun tentunya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
Pentadbiran Darul Wardah telah mengambil inisiatif untuk menyahut cabaran ini bagi menjana pendapatan kepada Darul Wardah dan seterusnya menyokong usaha murni untuk membina dan menggerak Tamadun Khayra Ummah.
Konsep yang dijalankan ini masih baru di kalangan masyarakat muslim kita. Namun sambutan dan penerimaan masyarakat amat baik, malahan mereka memberi sokongan dan membantu ABIM
ACK berfungsi sebagai tempat mengumpul barangan terpakai seperti pakaian, buku dan majalah atau apa sahaja barangan yang masih baik kualitinya. Barangan ini disumbangkan oleh orang ramai.
Di ACK barangan yang diterima akan diproses oleh petugas Sukarelawan. Proses pemeriksaan barangan perlu bagi memastikan barangan yg disumbangkan masih berada dalam keadaan baik.Kemudian kerja-kerja pembersihan,penyususnan dan pengredan barangan dilakukan.
Barangan yang diterima akan di pamer semula di ACK dan dijual dengan harga yang sangat murah antara RM1.00 dan RM10.00, bergantung kepada jenis barangan.
Kaedah Mengutip Barangan
1. Peti sumbangan “DONATION BIN” ABIM ada diletakkan di kawasan yang strategik. Di Shah Alam, ABIM mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak pengurusan masjid, badan-badan kerajaan khususnya Kementerian Perumahan & Alam Sekitar Selangor kerana membenarkan peti sumbangan barangan ABIM ini diletakkan di kawasan mereka.
2. Melalui telefon dari orang ramai yang mendapat maklumat dari risalah yang diedarkan. Petugas ABIM akan datang ambil sendiri barangan yang hendak diberikan oleh orang ramai dari rumah mereka jika barangan itu sangat banyak.
No comments:
Post a Comment