Aktiviti berkebun kini telah menjadi antara perkara
wajib kepada pelatih Darul Wardah. Selain dari menyihatkan badan, berkebun juga
dapat melatih semangat kerjasama antara pelatih dan mengisi masa lapang mereka
daripada memikirkan perkara yang tidak berfaedah.
Setiap Sabtu pagi, pelatih akan bersama-sama
mencantikkan persekitaran Darul Wardah di samping belajar cara-cara berkebun
dengan baik. Kebiasaannya, kerja-kerja yang lebih berat akan dilakukan oleh
pelatih yang tidak mengandung manakala bagi pelatih yang mengandung akan
membantu kerja-kerja ringan yang lain.
*Membersihkan ranting-ranting yang telah
dibuang.. melatih kekuatan stamina.
*Pelatih juga diajar cara menanam sayur
kangkung.. jimat cermat amalam mulia J
*Beramai-ramai membersihkan persekitaran
Darul Wardah
*Cantas dik.. cantas!
*Bekerjasama membina batas sebelum pokok ditanam...
*Pokok mulberi yang ditanam oleh setiap pelatih..
*Bersemangat untuk mencantikkan Darul
Wardah.. selagi ada pasu, kita isi tanah sampai penuh.. J
*Batas untuk menanam sayur-sayuran yang
dibuat sendiri oleh para pelatih
*Belum siap sepenuhnya...
Tunggu hasilnya dalam entri akan datang...
Terima kasih J
#Moga Allah Redha.
No comments:
Post a Comment