Pada 25 Oktober
2015 yang lalu, Darul Wardah telah menganjurkan program Tausiyatul Kubra yang
menampilkan Mejar (B) Mohammad Qayyum bin A. Badaruddin sebagai penceramah
jemputan. Beliau merupakan seorang pakar motivasi dan penulis buku terkenal.
Banyak perkongsian dari beliau kepada warga Darul Wardah yang terkesan di hati
kami.
*Kehadiran beliau atas permintaan beliau sendiri yang mahu berkongsi ilmu yang ada bersama para penghuni
Kata beliau, apabila
ditimpa masalah, apakah yang perlu kita lakukan?
1) Beristighfarlah sebanyak mungkin
2) Bagitahu pada Allah, “Aku redha ya Allah”
3) Minta pada Allah supaya diberikan yang terbaik
untuk kita.
Allah amat suka
mendengar seorang hambaNya, apabila Allah uji, Allah mahu menjadikan kita lebih
kuat dan sentiasa bergantung hanya padaNya.
*Warga
Darul Wardah tekun mendengar mutiara ilmu yang disampaikan oleh Mejar
1) Buang semua perkara negatif yang telah dilakukan atau masih ada pada diri.
2) Perlu kita ingat, keluarga kita juga manusia biasa, dan sifat manusia suka pada kebaikan.
Jangan sesekali mendesak keluarga untuk terima kita selepas berlaku perkara tersebut.
3) Istiqamah iaitu berterusan melakukan kebaikan.
4) Mujahadah, perlukan jalan yang sangat sukar dan perlu lakukan sesuatu yang luar biasa.
“Allah suka orang yang
mendambakanNya”
Mejar (B) Qayyum
juga berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menurunkan ego dalam diri
seseorang.
1)
Kita perlu
sentiasa melihat Allah itu besar, dan kena rasa diri kita kecil.
Kita hanya
hamba yang lemah.
2)
Tidak ada
satu pun di dunia ini milik kita, semuanya Allah yang punya.
Semuanya pinjaman
dari Allah semata-mata.
*Antara
buku yang ditulis oleh Mejar (B) Qayyum
|
No comments:
Post a Comment