Tuesday, January 5, 2016

EKSPEDISI DARUL WARDAH KE SELATAN THAILAND (PART 2)

Setelah selesai lawatan kami ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Darul Aitam Pattani, kami bergerak pula ke Universiti Fatoni. Universiti Fatoni dibina di atas sebuah tanah wakaf dan mendapat bantuan dari Timur Tengah.

Pada awalnya, universiti ini diberi nama Yala Islamic University (YIU) dan kini dikenali sebagai Fatoni University (FTU).


* Team Darul Wardah di hadapan pintu gerbang Universiti Fatoni


Setibanya kami di sana, kami disambut dengan mesra oleh Ustaz Dr Mazlan bin Muhammad yang merupakan Timbalan Rektor Universiti Fatoni di Masjid Haromain. Team kami bertuah kerana berpeluang berjumpa dengan Ustaz Mazlan yang sangat sinonim dengan Universiti Fatoni dan mengetahui banyak kisah di sebalik terbinanya universiti tersebut.



*Sesi taklimat dari Timbalan Rektor Universiti Fatoni, Ustaz Dr. Mazlan bin Muhammad


Menurut Ustaz Mazlan, mahasiswa yang belajar di situ bukan hanya dari Thailand Selatan, ada juga dari Chiang Mai, Thailand Utara, termasuk dari Bangkok dan beberapa negara lain. Persekitaran yang biah solehah sangat bertepatan dengan universiti tersebut sebagai sebuah universiti Islam di Thailand.
Ustaz Mazlan juga menceritakan tentang sejarah universiti tersebut dan sejarah Fatoni sendiri. Mereka juga berusaha untuk mempertahankan bahasa Melayu Fatoni sehingga terbina sebuah fakulti yang mempunyai jurusan khusus mengenai bahasa Fatoni.  



Kemudian, rombongan kami  singgah sebentar ke Masjid Kerisik yang juga terletak  di Fatoni untuk melihat dan menjejaki sejarah masjid ini. Masjid Kerisik dalam bahasa Thailand dikenali Krue Se Mosque atau Pitu Krue-ban Mosque, terletak dalam wilayah Pattani, Thailand. “Kerisik” ialah perkataan Melayu yang beerti pasir di kawasan pantai yang berwarna putih bagaikan mutiara.

Walaupun Masjid Kerisik tidak pernah siap dibina, tetapi masjid ini sentiasa menjadi tumpuan masyarakat untuk beribadat. Peristiwa berdarah berlaku sewaktu masyarakat baru selesai menunaikan solat fardhu dan dengan tiba-tiba dikepung oleh tentera Thailand. Jemaah masjid tidak dibenarkan keluar dalam tempoh masa yang lama sehingga tembakan bermula yang bukan hanya dari tentera malah juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan ke dalam kubah masjid. Sesungguhnya peristiwa tersebut tidak mungkin dapat dilupakan oleh masyarakat Fatoni dan kesan tembakan masih lagi ada di masjid tersebut.



*Di hadapan Masjid Kerisik, Fatoni bersama para pelajar Maahad Ma’arif Fatoni

 
*Masjid Kerisik yang hingga kini masih lagi utuh


*Kesan tembakan di Masjid Kerisik yang masih kelihatan sehingga kini

Bersambung J




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...