“MUSIBAH... AYAT-AYAT ALLAH”
Alhamdulillah, pada
3 Pktober 2015, Tausiyatul Kubra Darul Wardah buat kali ke-4 telah selesai
berlangsung. Pada kali ini, kami telah menjemput Ustazah Shadiya Abbas yang
merupakan seorang personaliti TV9 dalam program Tanyalah Ustazah. Ustazah
Shadiya juga merupakan anak didik kepada pengasas Darul Wardah iaitu Ustazah
Hazlina.
*”Musibah.. Ayat-Ayat Allah” yang disampaikan oleh Ustazah Shadiya
Ustazah Shadiya
telah mengupas secara detail berkaitan musibah berlandaskan ayat-ayat yang
terkandung di dalam al-Quran. Sesungguhnya terdapat 27 ayat al-Quran yang
menceritakan tentang musibah. Tajuk pada kali ini dilihat amat bertepatan
dengan isu semasa yang berlaku dan juga amat sinonim dengan nasib yang menimpa
para pelatih di Darul Wardah.
Kata Ustazah
Shadiya, “Musibah yang Allah bagi bukan bermaksud Allah benci. Kita dihidupkan
hari ini bukan untuk meneruskan dosa pada hari esok. Tanda Allah sayang dan
prihatin, apabila kita musibah itu mendekatkan kita kepada-Nya”.
Para pelatih juga
tidak ketinggalan untuk bertanya secara langsung kepada Ustazah Shadiya
persoalan-persoalan yang bermain di minda mereka.
Selain dari
Tausiyatul Kubra, pihak Darul Wardah turut menganjurkan majlis tahnik dan bercukur.
Hidangan yang disediakan pada kali ini dimasak sendiri oleh Ustazah Hazlina
bersama warga Darul Wardah.
*Rempah
ratus yang dibawa khas dari Terengganu bak kata ustazah J
*Daging
korban...tunggu
masa untuk masak je.. resepi Ustazah Hazlina sendiri..
Lebih 10 orang bayi
ditahnik pada kali ini melibatkan kesemua anak pelatih Darul Wardah dan
anak-anak pelarian Muslim dari Etnik Ughyur yang mendapat perlindungan
sementara di bawah Darul Wardah. Mereka merupakan migrasi dari wilayah Xin
Jiang demi menyelamatkan iman, nyawa, maruah dan keluarga.
*Ustazah
Hazlina sedang melakukan tahnik dan bercukur kepada salah seorang anak pelatih
Darul Wardah
*Ustazah
Shadiya turut berkongsi kegembiraan bersama warga Darul Wardah
*Ustazah
Shadiya mentahnik salah sorang bayi etnik Ughyur
*Ibu-ibu
etnik Ughyur ini diraikan dalam majlis Tahnik yang diadakan di Darul Wardah.
Mereka pelik melihat betapa wanita Malaysia bebas beraktiviti. Mereka juga
memerlukan bantuan kita.
*Cenderahati
buat tetamu yang hadir.. simple but sweet J
*Ustazah
Hazlina turut menyampaikan tausiyah kepada semua warga Darul Wardah dan Bacaan
doa menutup oleh Ustazah Shadiya
* Para
pelatih Darul Wardah bergambar kenangann bersama Ustazah Shadiya.. siap minta
autograf lagi.. J
*Bergambar
kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir
*Selesai
makan tengahari, solat Zohor berjemaah diimamkan oleh suami Ustazah Shadiya,
Ustaz Khairul Azman.
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir
memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh pihak kami. insyaAllah, moga berjumpa
pula pada program Tausiyatul Kubra yang seterusnya.
Moga Allah rahmati dan redhai kita semua J
No comments:
Post a Comment