Dalam setiap kali sesi lawatan atau kunjungan ziarah yang
diadakan, ramai yang bertanya bagaimana kehidupan para penghuni di Darul
Wardah?
Ada yang bergaduh tak?
Ada yang buat hal tak?
Ada yang memberontak tak?
Ramai yang keluar berubah ke?
Kami hanya mampu tersenyum. J
Bagaimanapun, berubah menjadi lebih baik
adalah harapan setiap insan. Walau sering mengingkari suruhan Allah dan
mendekati larangan-Nya tetapi kita tetap akan ‘berjanji’ pada diri sendiri.
“Nanti aku nak berubah juga”.
Aku akan lebih taat
dalam beribadah, aku akan lebih baik terhadap sesama makhluk Tuhan, aku akan
lebih bersabar, aku akan lebih bersyukur dan banyak lagi. Kadang-kadang janji
tersebut terungkap di dalam hati ketika kita sedang menghitung perkara maksiat
yang telah dilakukan.
Mereka juga manusia
biasa, tetapi yang masuk ke Darul Wardah ini daripada latar belakang yang
berbeza-beza. Ada yang kaya, ada kehidupannya serba kekurangan... ada yang
berpelajaran, ada yang tidak.. ada yang pandai mengaji dan ada yang baru mahu mengenal
alif ba ta. Umur juga berbagai peringkat. Sedangkan kembar pun boleh bergaduh,
inikan pula mereka yang asalnya dari berlainan negeri dan cara hidup. Semua itu
pasti menjadi antara asbab wujudnya sifat nafsi-nafsi ketika mereka baru
menjadi ahli baru Darul Wardah.
Kami di sini cuba
membantu mereka untuk menyesuaikan diri sebaik mungkin. Mereka tetap saudara
Muslim dan tambahan pula mempunyai masalah serta kes yang sama.
“ONE FOR ALL,
ALL FOR ONE”
Ini yang cuba kami
terapkan. Semuanya perlu
mereka lakukan bersama, tiada yang berkecuali. Yang tidak tahu perlu dibantu
oleh mereka yang tahu.
*Makan
dalam talam, hidupkan sunnah Rasulullah
Seperti makan dalam
talam.
Pada awalnya,
pelbagai rungutan yang timbul.
“Tak biasa la makan
dalam talam ni kak.. L”
“Eeee... tak nak la..geli
laa” L
Tapi akhirnya
perkara yang tidak biasa menjadi kebiasaan, perkara yang tidak suka menjadi
kesukaan. Yang penting hubungan mereka semakin erat. Mereka kini tahu setiap
apa yang dilakukan perlu bersama, tiada yang berkecuali sepertimana ketika
makan di dalam pinggan masing-masing dahulu. Yang penting menjimatkan masa, lebih berselera dan enak rupanya. J
Selain itu, kami
perlu memastikan mereka berjaya khatam 30 juzuk al-Quran sebelum menamatkan
tempoh di Darul Wardah. Mereka juga diberi surah-surah pilihan untuk dihafal
dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah,
masing-masing berusaha sebaik mungkin untuk khatam dan menghafal al-Quran. Yang
tahu membaca al-Quran membantu yang baru mengenal alif ba ta untuk membaca
kalam Allah ini. Tiada yang mustahil sekiranya ada keinginan dalam diri
masing-masing.
*Aktiviti
harian.. membaca dan menghayati firman
Allah S.W.T.
Masalah akan tetap
ada dan kita pasti akan rasa terbeban sekiranya sering memikirkannya. Tetapi
tiada yang mustahil bagi Allah sekiranya kita meminta pertolongan daripada-Nya
dengan penuh pengharapan. Kami di Darul Wardah hanya pemudah cara dan asbab
yang di hantar oleh Allah untuk membantu mereka kembali mendekati-Nya, namun
usaha selebihnya untuk mereka lebih mengenal Allah adalah melalui kesungguhan dan
usaha dari diri mereka sendiri.
Jika mahu pasti
mampu..
Jika perlu, mesti
berusaha untuk dirimu..
ANDA ADA
MASALAH????
Mahu menangis?
Kepada Allah
sahaja..
Mahu meluahkan?
Kepada Allah
dahulu..
Mahu minta tolong?
Kepada Allah
selalu..
Jika tidak ada bahu
tempat untuk kita bersandar, jangan putus asa.
Masih ada lantai
untuk kita bersujud pada-Nya. J
Jadikan masalah
sebagai batu loncatan untuk kita makin mara ke hadapan..bukan batu yang
membuatkan kita tersadung rebah kecundang.
Abu Al-Darda'
berkata, "Perbanyakkan doa. Makin banyak mengetuk, kita mungkin dibuka
pintunya".
Buat pembaca
budiman...Doakan moga
hati-hati yang kering mampu disiram dengan cahaya iman, hati-hati yang gelap
pula mampu disuluh dengan nur al-Quran.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment