Apa khabar iman kita pada hari ini?. J
Moga-moga Allah sentiasa melimpahkan rahmat
dan redhaNya kepada kita semua, ameen.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung
blog Darul Wardah ini. Moga kalian semua dapat mendoakan kami warga Darul
Wardah agAar terus diberi kekuatan dariNya. J
InsyaAllah, seperti yang dijanjikan kami akan
terus berkongsi segala aktiviti yang dilakukan bersama penghuni di Darul
Wardah.
Alhamdulillah, pada 15 April yang lalu, Unit
AIDS/STD, Pejabat Kesihatan Daerah Klang yang diketuai oleh Dr. Zul telah
mengunjungi kami di Darul Wardah sekaligus memberikan perkongsian berkaitan HIV
dan AIDS serta melakukan ujian saringan HIV/AIDS kepada para penghuni Darul
Wardah.
Hadir bersama Dr. Zul ialah Encik Fahzan
(inspektor kesihatan), Pn. Idayu dan seorang penghidap HIV. Perkongsian
berkaitan HIV/AIDS disampaikan oleh Dr. Zul sendiri.
*Para
penghuni khusyuk mendengar taklimat HIV/AIDS
*Antara slide yang dibentangkan oleh Dr. Zul
Penyakit
HIV/AIDS hanya dapat dikesan sekurang-kurangnya 6 bulan setelah seseorang
mendapat atau dijangkiti virus tersebut dan memakan masa yang agak lama.
Sekiranya seseorang penghidap HIV/AIDS tidak mendapat rawatan yang selayaknya,
virus tersebut akan menular dengan lebih cepat berbanding dengan penghidap yang
sentiasa mendapatkan rawatan dan mereka boleh bertahan untuk terus hidup dengan
lebih lama seperti orang normal yang lain.
Setelah
Dr. Zul selesai memberi taklimat, Kak Ani (bukan nama sebenar) yang merupakan
seorang penghidap HIV positif telah memberikan perkongsian kepada para penghuni
tentang bagaimana beliau boleh dijangkiti penyakit tersebut. Menurut Kak Ani,
dia menerima jangkitan tersebut daripada suami beliau yang merupakan penghidap
HIV positif. Kini, beliau mendapat rawatan dan nasihat daripada PKD Klang.
Kemudian,
semua penghuni Darul Wardah melakukan pemeriksaan saringan HIV/AIDS dan
alhamdulillah kesemua mereka bebas daripada dijangkiti virus tersebut.
Terima
kasih diucapkan kepada Dr. Zul dan sahabat-sahabat beliau kerana sudi
meluangkan masa di rumah kami. J
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment