“RAIKAN CINTA IBU”
Kuliah Dhuha
Muslimat untuk kali ini menampilkan Puan Hajjah Azlina bt Abdul Aziz yang
merupakan ibu kepada Allahyarham Ammar, Syahid yang tertangguh bersama dengan
Ustazah Hazlina bt Abd Razak yang merupakan pengerusi Darul Wardah.
Kuliah Dhuha
Muslimat yang bertemakan “Raikan Cinta Ibu” ini diadakan di Masjid An-Naim
Jalan Kebun dan Darul Wardah antara yang terlibat demi menjayakan program ini.
Selain daripada
Kuliah Dhuha, program pada kali ini juga disertakan dengan solat-solat sunat,
penyampaian sumbangan dan sambutan Hari Ibu.
*Pendaftaran
peserta
*Pengisian
daripada Ustazah Hazlina sebelum mengerjakan solat-solat sunat
*Hadirin
mengerjakan solat-solat sunat berjemaah yang diimamkan oleh Ustazah Hazlina
*Bicara
Wanita Ummatik yang disampaikan oleh Pn. Hjh. Azlina Abdul Aziz
Puan Hajjah Azlina
merupakan ibu kepada Ahmad Ammar, yang dilaporkan meninggal dunia pada November
2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di
Istanbul, Turki.
Jenazah Ahmad Ammar
dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada
masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu,
pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di
beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.
Ahmad Ammar juga
pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya
akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau
digelar sebagai “Syahid yang tertangguh”
oleh para sahabatnya.
Allahyarham Ahmad
Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah
perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima
Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar
telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang
Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk
masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham
disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar
ke kubur.
Puan Hajjah Azlina
memberi perkongsian tentang cara dia mendidik Ahmad Ammar sehingga dia menjadi
pemuda yang disegani dan disayangi oleh orang lain. Ahmad Ammar amat dikenali
kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita
tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati
sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan
agama Islam.
Kematian Ahmad
Ammar amat memberi kesan yang amat mendalam kepada seluruh ahli keluarga
khususnya dan kepada seluruh anak muda yang menjadikan Ahmad Ammar sebagai
teladan kepada mereka.
*Hadirin
yang fokus mendengar perkongsian daripada Pn Hjh. Azlina dan ada di antara
mereka yang menitiskan air mata.
Selepas selesai
slot Bicara Wanita Ummatik, turut diadakan adalah sesi memberi sumbangan kepada
penerima yang berkelayakan dan perlu dibantu di sekitar Jalan Kebun. Sumbangan
disampaikan oleh Ustaz Zawawi bin Hj Mughni yang merupakan Imam 2 Masjid
An-Naim Jalan Kebun dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Darul Wardah.
*Sesi
penerimaan sumbangan yang disampaikan oleh Ustaz Zawawi
No comments:
Post a Comment