Wednesday, November 21, 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440H

Darul Wardah menyertai perarakan Maulidur Rasul di Masjid An-Naim Jalan Kebun anjuran Lajnah Muslimat Masjid An-Naim. Alhamdulillah mendapat naib johan pertandingan perarakan dan sepanduk.

Salam Maulidur Rasul 1440H. Menyantuni Ummah Membawa Rahmat.







Monday, November 12, 2018

LAWATAN DARI PUTRAJAYA

10 Oktober 2018

Menerima lawatan daripada Perkhidmatan Kesihatan Remaja Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18, Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 dan juga Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Putrajaya. Mereka turut melakukan aktiviti gotong royong bersama warga DARWA dan memberi sumbangan berupa makanan mentah. Berkesempatan juga mereka memeriksa kesihatan pelatih dan bayi disini. Alf syukran kami ucapkan atas sumbangan dan kesudian bersama kami disini. Moga ukhuwah berkekalan.










Friday, November 9, 2018

PROGRAM PEMBENTUKAN & PEMANTAPAN KONSEP KENDIRI REMAJA



5-6 November 2018
Darul Wardah menghadiri Program Pembentukan dan Pemantapan Konsep Kendiri Remaja di Hotel De Palma Shah Alam. Program 2 hari 1 malam ini melibatkan 6 buah Rumah Pemulihan Ar-Riqab Negeri Selangor. Program diisi sepenuhnya dengan pelbagai perkongsian dan terapi yang bermanfaat untuk proses pemulihan para pelatih. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar hinga ke akhirnya. Moga pulang dengan semangat baru. InsyaAllah.



Thursday, November 8, 2018

DI BAWAH LANGIT YANG SAMA

3 November 2018


Program Khidmat Masyarakat "Di Bawah Langit Yang Sama" daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama pelatih Darul Wardah. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan atas usaha murni ini.





HARI SUKAN DARWA

Darul Wardah juga tidak ketinggalan menyokong Hari Sukan Negara. Aktiviti Sukaneka diadakan untuk semua pelatih. Tema kreatif perbarisan datang dari idea pelatih sendiri. Badan cergas otak cerdas insyaAllah.









Wednesday, October 31, 2018

KUNJUNGAN MAHABBAH SM SAINS TAPAH




30 Oktober 2018 (Selasa)

Darul Wardah menerima Kunjungan Mahabbah dari Sekolah Menengah Sains Tapah. 34 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring menyertai kunjungan ini. Alhamdulillah Ustazah Hazlina Razak turut hadir memberikan ceramah berkaitan Bahagia Menjadi Gadis.

Tidak ketinggalan pelajar-pelajar dari SM Sains Tapah ini turut mengadakan aktiviti bersama anak-anak pelatih DARWA. Jalinan ukhuwah yang baik ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Mereka turut meninggalkan kata-kata positif yang di letakkan di dalam bingkai gambar sebagai hadiah untuk setiap pelatih DARWA. Aktiviti yang sangat kreatif dan penuh dengan nilai-nilai kemanusian.


Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar SM Sains Tapah dan juga kepada guru-guru mereka atas usaha murni ini. Jutaan terima kasih daripada kami untuk pellbagai jenis sumbangan yang diberikan kepada Darul Wardah. Semoga dirahmati jalinan kerjasama ini. Kami disini mendoakan semoga Sekolah Menengah Sains Tapah terus cemerlang dan dirahmati. Moga terus membentuk generasi gemilang sahsiah dan prestasi. InsyaAllah.










Tuesday, October 30, 2018

KEHADIRAN KIYAI HAJI ZAINAL ARIFIN

27 Oktober 2018

Kehadiran Kiyai Haji Zainal Arifin ke DARWA. Turut hadir YB ADN Sg. Kandis iaitu YB Ustaz Zawawi Ahmad Mughni. Kiyai Hai Zainal Arifin solat maghrib di Darul Wardah seterusnya meyampaikan tausiah kepada anak-anak DARWA. Alhamdulillah.







SUMBANGAN DARIPADA UPSI



Jumaat 26 Oktober 2018

Alhamdulillah, menerima sumbangan daripada pelajar Universiti Pendidikan Idris (UPSI) sebentar tadi. Menerima sumbangan makanan mentah seperti beras, minyak, tepung, gula dan sebagainya. Terima kasih sudi berkongsi rezeki dengan kami. Didoakan kemudahan pengajian untuk kalian. InsyaAllah.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...