Wednesday, September 23, 2015
HUBUNGI KAMI
HARI DAN WAKTU URUSAN
ISNIN HINGGA JUMAAT
8.30 pagi hingga 5.30 petang
Semua urusan hanyalah pada waktu pejabat sahaja. Kerjasama anda amatlah kami hargai.
Semua urusan hanyalah pada waktu pejabat sahaja. Kerjasama anda amatlah kami hargai.
HUBUNGI PEJABAT PENGURUSAN:
PN. NISHA
Pengurus Darul Wardah
018-901 4074
(Untuk proses kemasukan, pendaftaran, dan sumbangan)
(Untuk proses kemasukan, pendaftaran, dan sumbangan)
PN. BAIZURA
Kaunselor Darul Wardah
013-679 2487
(Untuk urusan program, kerja kursus & khidmat pertanyaan darul wardah)
(Untuk urusan program, kerja kursus & khidmat pertanyaan darul wardah)
EMAIL
darulwardah@gmail.com
PERHATIAN:-
Sila hubungi pihak kami dahulu untuk sebarang urusan dan temujanji. Anda dinasihatkan untuk tidak terus ke alamat Darul Wardah bagi mengelakkan sebarang kesulitan semua pihak. Kerjasama anda amat kami hargai.
Terima kasih
Terima kasih
SYARAT KEMASUKAN PELATIH KE DARUL WARDAH
Bagi mereka yang ingin memohon untuk kemasukan atau
mendaftarkan anak jagaan ke Darul Wardah, syarat-syarat dan perkara-perkara
berikut perlu di ambil perhatian:-
1.
|
Kes zina, masalah akhlak dan sosial serta mengandung tanpa nikah sahaja yang akan
berada di Darul Wardah untuk proses pemulihan dan tarbiah.
|
2.
|
Darul Wardah BUKAN tempat untuk
menyelesaikan masalah bagi mereka yang mengandung dan melahirkan anak tanpa
nikah semata-mata.
|
3.
|
Tujuan utama adalah ikhlas bertaubat kerana Allah SWT,
menyesal dan ingin berubah menjadi muslimah yang lebih baik, bersedia untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh, sanggup menerima teguran dan nasihat dan
rela hati untuk berada di Darul Wardah tanpa paksaan daripada sesiapa.
|
4.
|
Tempoh pemulihan adalah selama SATU (1) TAHUN HINGGA DUA (2) TAHUN. (Tiada
sebarang rundingan dan budi bicara untuk tempoh kurang daripada satu (1)
tahun).
|
5.
|
Pelatih, ibu bapa atau waris mesti menghormati dan
mematuhi peraturan dan undang-undang Darul Wardah;
|
6.
|
Ibu bapa dan waris boleh bekerjasama baik dan menyokong
usaha dakwah Islamiyah Darul Wardah untuk mentarbiah pelatih.
|
7.
|
Kami tidak membuat sebarang prosedur pengangkatan bayi di
Darul Wardah. Bayi pelatih adalah hak mutlak pelatih dan ibu
bapa atau waris pelatih. Tiada sebarang dokumen atau akuan pengangkatan yang
perlu ditandatangani pelatih atau ibu bapa dan waris berkaitan dengan bayi
yang bakal dilahirkan ketika pendaftaran masuk. Sekiranya pelatih, ibu bapa
atau waris ingin membuat pengangkatan bayi, prosedur tersebut perlu diuruskan
oleh ibu bapa atau waris pelatih sendiri tanpa penglibatan pihak Darul Wardah
atau pengangkatan boleh dibuat selepas pelatih menamatkan tempoh pemulihan
satu tahun.
|
8.
|
Pelatih mesti di hantar oleh ibu bapa atau waris yang sah
sahaja.
|
9.
|
Pelatih boleh menguruskan diri sendiri dan boleh menerima
arahan dengan baik.
|
10.
|
Pengambilan pelatih adalah terhad mengikut kekosongan
tempat.
|
11.
|
Pihak pengurusan yang akan menentukan sepenuhnya kelayakan
seseorang pelatih untuk berada di Darul Wardah.
|
12.
|
Perlu menyediakan SEMUA dokumen
seperti berikut:
|
o
Laporan
polis atas nama pelatih (18 tahun ke atas) atau atas nama ibu bapa/waris
(bawah 18 tahun) menyatakan “ingin mendaftar masuk ke Darul Wardah
dengan rela hati tanpa paksaan daripada sesiapa”;
o
Keputusan
ujian kehamilan daripada mana-mana klinik kesihatan atau buku kesihatan ibu
mengandung daripada klinik kerajaan (bayi dalam kandungan mesti
berusia kurang daripada enam bulan);
o
Keputusan
“scan ultra sound” bayi;
o
Keputusan
saringan HIV (ujian darah);
o
Satu
(1) salinan kad pengenalan pelatih;
o
Satu
(1) salinan kad pengenalan ibu bapa atau waris;
o
Dua
(2) keping gambar berukuran pasport pelatih; dan
o
Yuran
Pendaftaran dan bulanan
|
|
**Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut
boleh menghubungi pihak pengurusan.
|
|
SENARAI SEMAK BARANG KEPERLUAN
PELATIH KETIKA KEBERADAAN DI DARUL WARDAH
|
|
1.
Bantal
2.
Cadar
3.
Selimut
4.
Baldi
& penyangkut baju
5.
Barang
keperluan mandi dan membasuh pakaian
6.
Baju
muslimah untuk riadah/santai
7.
Tudung
(labuh melebihi paras dada)
8.
Baju
kurung atau jubah untuk menghadiri kelas
9.
Telekung
solat
10.
Al-Quran
Tafsir
11.
Stokin
atau sarung kaki
12.
Kasut
bersarung warna hitam
13.
Jam
loceng
14.
Buku
nota dan alat tulis
15.
Makanan
tambahan untuk keperluan peribadi (cth: biskut/milo/nestum/susu/roti) (makanan
ringan tidak dibenarkan sama sekali)
16.
Dan
barang-barang keperluan lain sepertimana masuk asrama
|
Tuesday, September 22, 2015
RAKAMAN PROGRAM SALAM BAITULLAH RTM
18 September 2015, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengadakan rakaman untuk program Salam Baitullah di Darul
Wardah. Program ini akan disiarkan pada 23 September 2015 (Rabu) antara pukul
6.00 petang hingga 8.00 malam. Tiga orang kru telah berkunjung ke Darul Wardah
untuk rakaman program ini.
*Salah
seorang pelatih ditemuramah
Tujuan mereka
adalah untuk menyelami kehidupan pelatih di Darul Wardah
disamping mengetahui serba sedikit penyebab hingga mereka terjerumus kepada
masalah ini untuk dijadikan pengajaran kepada masyarakat di luar sana. Rakaman di Darul Wardah ini akan diselitkan di dalam slot pengajaran program Salam Baitullah.
Beberapa orang pelatih juga telah ditemuramah untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang aktiviti yang
dilakukan di Darul Wardah.
*Rakaman
di dalam Kelas Terapi Tadabbur
Qurani yang dikendalikan
oleh Ustaz Zawawi.
*Sesi
menemuramah Ustaz Zawawi oleh pengacara dan penerbit program Salam Baitullah
*Aktiviti
tazkirah kultim yang menjadi kebiasaan pelatih di Darul Wardah
Jangan lupa siarannya 23 September 2015 (RABU), jam 6.00 petang di TV RTM. Semoga bermanfaat
buat yang akan menonton..
Monday, September 21, 2015
AYUH BERKEBUN! BERSAMA BERBAKTI KEPADA TANAH...
Aktiviti terkini pelatih Darul Wardah..
berkebun di petang hari.. J
Selain dari
bersenam dan menyihatkan badan, persekitaran Darul Wardah juga makin cantik dan
bersih dari hari ke hari. Bila dilakukan aktiviti ini, ramai rupanya pelatih
yang suka menanam pokok. Tidak sia-sia cik pengurus membeli banyak pokok bunga
untuk mencantikkan Darul Wardah.
*Bertukus-lumus
mereka menanam pokok
Aktiviti menanam
pokok atau berkebun mampu menghilangkan tekanan kepada para pelatih. Suasana
yang terapeutik juga akan wujud dengan adanya persekitaran yang bersih, nyaman
dan menyenangkan. Pasti para pelatih akan bertambah selesa untuk melakukan
aktiviti seharian di sini.
*Makin
berseri-seri Darul Wardah.. melahirkan suasana yang nyaman
*Sesi
belajar menanam pokok.. Tak tahu kan boleh belajar.. J Asal
jangan segan..
*Diharap
aktiviti berkebun ini mampu menjadi antara terapi kepada para pelatih di sini
KELAS NASYID DAN ALAT MUZIK
Bermula bulan ini,
September Darul Wardah telah mengadakan kelas nasyid dan alat muzik yang dilatih
oleh Ustaz Arifuddin untuk pelatih Darul Wardah. Kelas ini diadakan sekali pada
setiap minggu.
Kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat di antara pelatih dan sedikit sebanyak mereka berasa seronok dan relaks apabila menghadiri kelas ini. Mereka tidak
hanya mempelajari ilmu-ilmu agama, tetapi mereka juga didedahkan dengan
kelas-kelas kemahiran seperti kelas nasyid ini.
*Ustaz
Arifuddin memilih peserta yang mampu bermain alat muzik dengan baik.
Di dalam kelas ini,
mereka diajar cara bermain alat muzik dan melagukan lirik dengan baik. Mereka
didedahkan dengan teknik-teknik baru dalam mengendalikan alat muzik yang
disediakan. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai persiapan sekiranya perlu
menyertai pertandingan nasyid atau membuat persembahan kepada tetamu yang
bertandang ke Darul Wardah.
*Para
pelatih turut menunjukkan bakat terpendam masing-masing.
Semoga aktiviti
seperti ini mampu mengisi masa lapang mereka selain dari kelas-kelas yang perlu
dihadiri setiap hari. Kami di Darul Wardah amat menekankan kelas-kelas agama
tetapi dalam masa yang sama kami juga mahu para pelatih didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran lain untuk mengasah potensi diri masing-masing.
Moga bermanfaat
buat semua..
Bersama mengejar
mardhatillah J
‘RUNNING MOM’ DARUL WARDAH 2015 DI TASIK KOTA KEMUNING, SHAH ALAM
Pada 12 Ogos yang
lalu, pihak Darul Wardah telah menganjurkan aktiviti ‘Running Mom’ yang
melibatkan semua penghuni Darul Wardah. Aktiviti ini diadakan di Tasik Kota
Kemuning, Shah Alam.
Para penghuni
dibahagikan kepada 4 kumpulan dan mereka diberikan beberapa tugasan sebelum
aktiviti ini diadakan antaranya melantik ketua, menyiapkan panji kumpulan dan
menyediakan sorakan untuk setiap kumpulan.
Kami tiba ke Tasik
Kota Kemuning pada jam 8.00 pagi. Senaman ringan dikendalikan oleh Cikgu Ifa
dan Cikgu Fatin.
*Taklimat sebelum aktiviti bermula
*Semangat!.. Kami kumpulan Dodol J
*Tok
Gajah pantang menyerah..!
*Agi
Idup Agi Ngelaban J
Running
mom pun kena exercise jugak..
*Setiap
kumpulan mendapat barang amanah.. salah langkah, tumpah la air tu.. J
*Antara check point running mom.. susun puzzle.
*Apasal
la kena selimut pulak.. huhu
*Konklusi
dari setiap kumpulan.. moga bermanfaat untuk running mom sekalian..
*Kita
yang menentukan hala tuju hidup kita, ke arah kebaikan atau sebaliknya...
*Haaaa...
ini last check point, punya la payah nak cari kunci..
Alhamdulillah,
semua kumpulan berjaya mengharungi setiap check point. Walaupun penat, namun
mereka berasa sangat gembira dan mendapat pengajaran dari check point yang di
lalui.
Wallahu’alam.
Moga Allah Redha J
Sunday, September 20, 2015
LAWATAN PENYELIAAN PENSYARAH UKM KE DARUL WARDAH
Kedua-dua orang pelajar praktikal
ini telah menjalani praktikal di Darul Wardah selama 2 bulan.
*Ustaz Zawawi yang hadir bagi meraikan
kehadiran pensyarah dari UKM ke Darul Wardah
*Sesi bersama pelatih Darul Wardah. Banyak ilmu
yang dikongsikan oleh ustazah. J
Terima-kasih
atas kepercayaan dan perkongsian yang diberikan kepada para para pelatih di
sini. Kami amat menghargai keprihatinan
orang ramai kepada pelatih kami di sini.
Kami menerima pelajar praktikal untuk memberi ruang saling
belajar antara masyarakat sebagai salah satu Social Therapy kepada pelatih.
You are not
alone..
Para mahasiswa
yang ingin mengadakan praktikal dan menyelami kehidupan para pelatih di sini
amat dialu-alukan. Pelbagai peluang, pengalaman dan perkara baru insyaAllah
akan diperoleh sepanjang berada di Darul Wardah.
Gunakan segala
ilmu yang ada untuk dimanfaatkan buat
ummah..
Moga Allah Redha
J
Subscribe to:
Posts (Atom)
























