Monday, September 21, 2015

KELAS NASYID DAN ALAT MUZIK



Bermula bulan ini, September Darul Wardah telah mengadakan kelas nasyid dan alat muzik yang dilatih oleh Ustaz Arifuddin untuk pelatih Darul Wardah. Kelas ini diadakan sekali pada setiap minggu.

Kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat di antara pelatih dan sedikit sebanyak mereka berasa seronok dan relaks apabila menghadiri kelas ini. Mereka tidak hanya mempelajari ilmu-ilmu agama, tetapi mereka juga didedahkan dengan kelas-kelas kemahiran seperti kelas nasyid ini.


*Ustaz Arifuddin memilih peserta yang mampu bermain alat muzik dengan baik.


Di dalam kelas ini, mereka diajar cara bermain alat muzik dan melagukan lirik dengan baik. Mereka didedahkan dengan teknik-teknik baru dalam mengendalikan alat muzik yang disediakan. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai persiapan sekiranya perlu menyertai pertandingan nasyid atau membuat persembahan kepada tetamu yang bertandang ke Darul Wardah.


*Para pelatih turut menunjukkan bakat terpendam masing-masing.


Semoga aktiviti seperti ini mampu mengisi masa lapang mereka selain dari kelas-kelas yang perlu dihadiri setiap hari. Kami di Darul Wardah amat menekankan kelas-kelas agama tetapi dalam masa yang sama kami juga mahu para pelatih didedahkan dengan kemahiran-kemahiran lain untuk mengasah potensi diri masing-masing.

Moga bermanfaat buat semua..

Bersama mengejar mardhatillah J


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...