Wednesday, April 25, 2012

Liqa' An Nur~ Nantikan kehadirannya..


Kami dalam proses menyiapkan Modul Tafsir Surah An Nur~ insyallah.. Doakan urusan ini dipermudahkan oleh ALLAH taala.

Kenapa Surah ANNUR yang menjadi pilihan? Kerana....


Said ibn Mansur, Ibnu Al Mundzir, dan Al Baihaqi meriwayatkan dari Mujahid berkata: Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَلِّمُوْا رِجَالَكُمْ سُوْرَةَ الْمَائِدَةِ وَعَلِّمُوْا نِسَاءَكُمْ سُوْرَةَ النُّوْرِ
Ajarlah kaum kamu yang lelaki akan surah Al Maidah, dan ajarlah kaum kamu yang perempuan dengan surah An Nur..

Dalam riwayat daripada harith bin Mudhorrob (r.a) katanya:

“Umar Al Khattab (r.a) telah menulis surat memerintahkan supaya mempelajari surah An Nisa’, ‘ Al Ahzab dan An Nur ”

Yakni pada masa itu Umar Al khattab  sebagai khalifah telah  menulis sepucuk surat  dari ibu kota Madinah ke tanah jajahan Kufah, supaya pesuruhjaya  jajahan itu menjadikan perintah itu sebagai undang-undang jajahan.



 Hendaklah tiap-tiap wanita kaum wanita mempelajari surah An Nur, mengingatkan bahawa  di dalam Surah An Nur  itu ada diterangkan hukum-hukum bagaimana seseorang itu memelihara kesucian maruah atau kehormatannya dan bagaimana pula menutupinya  supaya tetap terpelihara dengan baik.

Mijaazmiza; ~Agenda memperkasa institusi keluarga dan wanita muslim~:
LIQA' ANNUR~ insyallah, dibuka umum untuk sisters solehah. Kupasan mengenai Surah Annur oleh Ustazah Hazlina Abdul Razak. Nantikan~ 

Saturday, April 21, 2012

ATT & BMG @ KUALA SELANGOR

Pada 17 April 2012 telah berlangsungnya program AKU TERUNA TERHEBAT [ATT] & BAHAGIA MENJADI GADIS [BMG] bertempat di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor. ATT dan BMG merupakan program khas di bawah DARWA yang berobjektifkan kepada pencegahan zina di kalangan remaja. Tim DARWA yang ke sana adalah Ustazah Hazlina, Cik Azmiza, dan Cik Asmat.

Jika ada yang berminat untuk menjalankan program sebegini di sekolah atau di tempat mereka, boleh berhubung dengan kak Ayad-  019 3636394.









mijaazmiza; "ustazah, terima kasih ajar teknik 'RASA BERTUHAN'. Berdiri bulu roma saya waktu sujud tadi, tak pernah rasa macam ni", kata seorang pelajar kepada kami.
~adik-adik, sungguh tidak cukup sekadar TAHU bahawa Tuhan itu ADA. Kerna ADA-NYA DIA itu perlu di-RASA; di setiap masa, setiap ketika, dalam degup jantung, dalam hela nafas.

Wednesday, March 21, 2012

Bahagia Menjadi Gadis ~ BMG

Alhamdulillah, BMG berjaya dilangsungkan pada 12 Mac yang lepas di Masjid Negeri Shah Alam. Seawal jam 7.30 pagi, kami menerima kehadiran adik-adik remaja perempuan hampir 200 orang yang datang dari seluruh pelosok negeri Selangor. 





Sesi-sesi dalam BMG telah disampaikan oleh Pn.Hidayah Sumairi [Ketua HELWA ABIM Selangor], Pn. Akmariah Abdullah [Mantan Ketua HEWI PKPIM], serta Cik Azmiza Mamat [Pengurus DARWA] dengan dibantu oleh 13 orang fasilitator-fasilitator solehah.



Di akhir program, telah dilancarkan Fanpage BMG~http://www.facebook.com/BahagiaMenjadiGadisBMG sebagai wadah penyambung ukhuwah antara kami.

Sumbangan mereka @ DARWA











Penampilan DARWA di WHI ~ dan catatan perkembangan DARWA di http://darulwardahselangor.blogspot.com/ ~menggerakkan hati-hati mereka untuk datang menyumbang. Sabtu lepas, kami menerima kedatangan insan-insan berhati mulia ini.

Menyumbang buku-buku unt
uk pustaka mini DARWA, dan menyumbang barangan dapur untuk keperluan kami.
Terima kasih buat Puan Marina yg mewakili rakan-rakannya; PTD di JPM. Dan sahabat bertiga; En.Anwar, En.Arif, Ms Lee Bo Kyung; pegawai2 di Media Prima.
Juga tidak dilupakan para dermawan 'senyap'. Senyap-senyap memasukkan sumbangan ke dalam tabung DARWA. Jazakumullahukhair~Hanya ALLAH taala sahaja yang mampu membalasnya.

Doa kami; semoga rezeki kalian semakin melimpah ruah..




Tuesday, March 20, 2012

Statistik~



Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sumber: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI75 6

Siapakah yg harus dipersalahkan??







mijaazmiza: hari ini ke HTAR, menurut Pegawai Agama yg bertugas, 6 kes wanita yg bersalin tanpa nikah direkodkan untuk hari ini sahaja. Jika sehari sudah 6 kes, maka seminggu tidak kah 42 kes? Dan ingat, itu baru sahaja rekod di sebuah hospital.


ohh dunia~mengapa hodoh benar rupa mu??  

Wednesday, February 29, 2012

Mahasiswi Mahallah Khadijah @ DARWA

Seramai 23 orang mahasiswi dari Centre For Foundation Studies-International Islamic University Malaysia [CFS-IIUM] Petaling Jaya telah datang bertandang ke DARWA. Kehadiran mereka dengan diiringi oleh 2 orang ustazah, adalah bertujuan untuk memahami dan berkongsi pengalaman dengan penghuni-penghuni yang mewakili keadaan masyarakat pada hari ini. 

Mereka disambut oleh Pengurus DARWA dengan sedikit ucapan alu-aluan dan seterusnya sama-sama bergotong-royong membersihkan halaman dan menanam sayur. 

Pengerusi DARWA, Ustazah Hazlina telah memberikan taklimat penuh berkenaan DARWA serta kes-kes yang ditangani. Di akhir program, diadakan majlis penyerahan sumbangan dari mereka; wakaf rehal, buku-buku dan majalah islami.















mijaazmiza; moga-moga, pertemuan ini bukan yang terakhir. Semasa bersalaman, ada yang berjanji untuk datang lagi. Mahu memahami kemelut permasalahan umat yang makin parah, kata mereka..

Friday, February 24, 2012

Bahagia Menjadi Gadis [BMG] & Aku Teruna Terhebat [ATT]



[klik pada gambar untuk paparan lebih jelas]

Dalam arus gejala sosial yang menggila~ buang anak di merata-rata, zina tanpa takut dosa. 
Kami bawakan kepada anda, salah satu program pencegahan. 

Kepada ibu bapa, daftar kan anak-anak dengan segera!



DARWA @ Wanita Hari Ini


Rakaman Wanita Hari Ini~ Hilangnya Kawalan Terhadap Anak @ 8 Febuari 2012
Ustazah Hazlina Abdul Razak; Pengerusi Darul Wardah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...