Said ibn Mansur, Ibnu Al Mundzir, dan Al Baihaqi meriwayatkan dari
Mujahid berkata: Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
عَلِّمُوْا رِجَالَكُمْ
سُوْرَةَ الْمَائِدَةِ وَعَلِّمُوْا نِسَاءَكُمْ سُوْرَةَ النُّوْرِ
Ajarlah
kaum kamu yang lelaki akan surah Al Maidah, dan ajarlah kaum kamu yang
perempuan dengan surah An Nur..
Dalam
riwayat daripada harith bin Mudhorrob (r.a) katanya:
“Umar
Al Khattab (r.a) telah menulis surat memerintahkan supaya mempelajari surah An
Nisa’, ‘ Al Ahzab dan An Nur ”
Yakni
pada masa itu Umar Al khattab sebagai
khalifah telah menulis sepucuk
surat dari ibu kota Madinah ke tanah
jajahan Kufah, supaya pesuruhjaya
jajahan itu menjadikan perintah itu sebagai undang-undang jajahan.
Hendaklah tiap-tiap wanita kaum wanita
mempelajari surah An Nur, mengingatkan bahawa
di dalam Surah An Nur itu ada
diterangkan hukum-hukum bagaimana seseorang itu memelihara kesucian maruah atau kehormatannya dan
bagaimana pula menutupinya supaya tetap
terpelihara dengan baik.
Mijaazmiza; ~Agenda memperkasa institusi keluarga dan wanita muslim~:
LIQA' ANNUR~ insyallah, dibuka umum untuk sisters solehah. Kupasan mengenai Surah Annur oleh Ustazah Hazlina Abdul Razak. Nantikan~
No comments:
Post a Comment