Tuesday, April 14, 2009

Darwa Muncul di Bacaria



Pada 4 April yang lalu Darul Wardah buat pertama kalinya muncul di media untuk tujuan informasi awam untuk perhatian masyarakat.Pihak media BACARIA telah menghubungi pihak DARWA untuk mendapatkan informasi dan perkonsian pengalaman untuk tatapan pembaca muda.

Pihak DARWA mengucapkan kepada pihak BACARIA yang sudi memberi ruang dan laluan dan pihak bersedia untuk perkongsian di siri-siri yang akan datang.

Kali masih mengalu-alukan sebarang pandangan, idea dan sumbangan ikhlas untuk kerja amal dan jariah di DARWA.

MOZAM

Sunday, April 12, 2009

Kempen Jualan Amal

Pada 30-31 Mei akan datang JKKK,MPP dan PUSPEM (Persatuan Peniaga Jalan Kebun) akan mengadakan Program Karnival Usahawan Desa ( PROKES ) di Padang Masjid An Naim, Jalan Kebun.

ABIM telah diberi peluang untuk menyertai program tersebut dengan mengadakan pameran atau aktiviti yang bersesuaian pada program tersebut.

Perasmi PROKES ialah YB Tuan Hj Yaakop Sapari, Exco Pemodenan Pertanian dan Keusahawanan Negeri Selangor.

Idea awal untuk program yang sesuai untuk Darul Wardah ialah KEMPEN JUALAN AMAL.
Kami akan membuka hebahan umum untuk sesiapa yang ingin menyumbangkan pakaian lama ,langsir, atau material lain yang masih baik untuk dijual

Setakat ini,sudah ada peniaga yang menawarkan diri untuk membantu 'jualan bundle' selepas program PROKES.

Sekiranya ada yang berminat untuk membantu menguruskan projek ini , kami sangat mengalu-alukan sebagai amal jariah dan saham akhirat

wak Juragan

Friday, April 10, 2009

Jika Allah berkenan, maka jadilah.....

satu perkara yang mengejutkan kami ialah satu peristiwa aneh yang berlaku kepada R.
Menurut pengesahan Doktor pakar, beliau tidak ada harapan untuk pulih kerana kerosakan yang teruk pada saraf dan memorinya.

Dia lebih banyak bergantung kepada orang lain untuk mengurus diri dan kehidupannya.Maha suci Allah yang Maha Agung dan Maha Pengasihani yang telah menjadikan hambanya yang dizalimi dan teraniaya menikmati nikmat hidup ini.


Sejak ketiadaan warden, Si R telah berupaya menyediakan makan minumnya sendiri. Apa yang lebih mengejutkan ialah dia mampu memasak makanan sendiri, bahkan ini diakui oleh penghuni yang lain.


Sejak kedatangan tetamu baru bersama dengan seorang bayi berusia enam bulan benar-benar merangsang motivasinya untuk lebih bertanggungjawab dan ceria. Memori lamanya hidup semula apabila ia menyatakan bahawa sebenarnya anak kecilnya yang pertama telah meninggal ketika berusia dua tahun. Puncanya kerana dipukul dan didera oleh manusia kejam yang berhati binatang.

Banyak lagi keajaiban dan peristiwa yang menarik untuk dikongsikan kepada para pengunjung yang datang bertandang ke blog ini...jumpa lagi di lain siaran..adios..

Darul wardah semakin ceria bersama Warden Baru

Darul Wardah Telah menerima seorang warden baru semalam. Kehadiran aktivis baru ini diharap dapat melicinkan lagi gerak kerja dan aktiviti di sini.

Warden baru yang berasal dari negeri utara ini sedang menunggu keputusan untuk masuk ke IPT pada bulan Jun nanti. Namun begitu, banyak perkara dan urusan yang perlu diuruskan sejak kebelakangan ini kerana kemasukan ramai tetamu baru.

Suasana rumah kembali ceria dengan kehadiran tetamu baru dan banyak berlaku kejutan selepas ini...tunggu....

Siswa UM bantu Darul Wardah


Kuala Lumpur , 7 April 09 – Darul Wardah telah dipilih oleh Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya untuk menerima sumbangan wakaf yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar tahun satu.

Selain dari itu, tujuh pertubuhan amal dan kebajikan juga disekitar Selangor turut menerima pelbagai sumbangan wakaf dari pihak penyumbang.


Yang Dipertua ABIM Selangor yang telah diberi penghormatan oleh pihak penganjur untuk memberikan sedikit ucapan mewakili Badan Kebajikan yang lain.

Pihak Darul Wardah telah menerima dua buah basikal, radio dan CD bacaan ayat suci Al Quran dan peralatan berkebun.


Menurut penasihat program ini, Dr. Asmak Abd Rahman, “program seperti ini diadakan setiap tahun bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang ekonomi wakaf dalam kerja lapangan”.


Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan , Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan.

Thursday, April 9, 2009

Konflik

Bagaimana menangani konflik? dalam latihan banyak didedahkan dengan conflict management, stress management, anger management danl lain-lain lagi.

Konflik akidah ? Bila di ajukan pertanyaan oleh seorang yang beragama Islam sejak 22 tahun yang lalu , " kenapa Tuhan dalam islam terlalu zalim !'

Terpinga-pinga Kak wardah menerima soalan tersebut. Lantas Kak wardah bertanya lebih lanjut.

" saya tertanya-tanya kenapa Allah begitu zalim, mahu menghukum nabi Ibrahim dengan menyuruh menyembelih anaknya ." " Tuhan apa begini yang memerintahkan seorang bapa mengorbankan anaknya! kalau Tuhan itu benar-benar Maha pengasih dan penyayang, kenapa harus si bapa membuat pilihan!"

Ya ! Ini benar-benar soalan yang cukup berat. dan jawpan ini haruslah dijawab dengan penuh hikmah, fakta dan kebijaksanaan.

Kak Wardah ingin mendapatkan pandangan sahabat-sahabat diluar sana. Ayuh bersegeralah mencari pencerahan bagi satu soalan yang gelap begini.

Tuesday, April 7, 2009

Al Wajibat Aksar minal Auqat

Maaf ! itu aje ucapan yang mampu Kak Wardah ucapkan. terima kasih kepada yang memanggil. Bukan tidak mahu menulis! banyak kisah-kisah baru yang nak dikongsikan!

Manusia merancang Allah Taa'la yang menentukan. Indeks kesihatan sejak dua tiga minggu lepas amat merosot. Sama macam indeks cuaca dan iklim politik Malaysia sekarang ! ha ! ha !ha!......

Alhamdulillah , sekarang semakin pulih dan sedang membina kekuatan kembali. Masih banyak agenda-agenda yang perlu di lunaskan. Mengenang kembali pedoman Imam As Syahid Hassan Al Banna " Al Wajibat Aksar minal Auqat ".
Mari bersama kita berjihad......

Tuesday, March 31, 2009

Tahniah Untuk Prof Dr Sidek Baba dan Prof Dr Khalijah Salleh.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin melahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua mantan pimpinan ABIM, Prof Dr Sidek Baba dan Prof Dr Khalijah Salleh, kerana telah menerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Prof Dr Sidek Baba telah menerima anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Manakala Prof Dr Khalijah Salleh telah menerima anugerah Saidatina Khadijah untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam. Dalam majlis yang sama juga, kontinjen ABIM Selangor telah memenangi hadiah sepanduk terbaik di kalangan kontinjen NGO yang turut serta dalam majlis sambutan ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...