Monday, September 21, 2015

KELAS NASYID DAN ALAT MUZIK



Bermula bulan ini, September Darul Wardah telah mengadakan kelas nasyid dan alat muzik yang dilatih oleh Ustaz Arifuddin untuk pelatih Darul Wardah. Kelas ini diadakan sekali pada setiap minggu.

Kelas ini diadakan untuk mencungkil bakat di antara pelatih dan sedikit sebanyak mereka berasa seronok dan relaks apabila menghadiri kelas ini. Mereka tidak hanya mempelajari ilmu-ilmu agama, tetapi mereka juga didedahkan dengan kelas-kelas kemahiran seperti kelas nasyid ini.


*Ustaz Arifuddin memilih peserta yang mampu bermain alat muzik dengan baik.


Di dalam kelas ini, mereka diajar cara bermain alat muzik dan melagukan lirik dengan baik. Mereka didedahkan dengan teknik-teknik baru dalam mengendalikan alat muzik yang disediakan. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai persiapan sekiranya perlu menyertai pertandingan nasyid atau membuat persembahan kepada tetamu yang bertandang ke Darul Wardah.


*Para pelatih turut menunjukkan bakat terpendam masing-masing.


Semoga aktiviti seperti ini mampu mengisi masa lapang mereka selain dari kelas-kelas yang perlu dihadiri setiap hari. Kami di Darul Wardah amat menekankan kelas-kelas agama tetapi dalam masa yang sama kami juga mahu para pelatih didedahkan dengan kemahiran-kemahiran lain untuk mengasah potensi diri masing-masing.

Moga bermanfaat buat semua..

Bersama mengejar mardhatillah J


‘RUNNING MOM’ DARUL WARDAH 2015 DI TASIK KOTA KEMUNING, SHAH ALAM



Pada 12 Ogos yang lalu, pihak Darul Wardah telah menganjurkan aktiviti ‘Running Mom’ yang melibatkan semua penghuni Darul Wardah. Aktiviti ini diadakan di Tasik Kota Kemuning, Shah Alam.
Para penghuni dibahagikan kepada 4 kumpulan dan mereka diberikan beberapa tugasan sebelum aktiviti ini diadakan antaranya melantik ketua, menyiapkan panji kumpulan dan menyediakan sorakan untuk setiap kumpulan.

Kami tiba ke Tasik Kota Kemuning pada jam 8.00 pagi. Senaman ringan dikendalikan oleh Cikgu Ifa dan Cikgu Fatin.

                                                       *Taklimat sebelum aktiviti bermula

*Semangat!.. Kami kumpulan Dodol J

*Tok Gajah pantang menyerah..! 

*Agi Idup Agi Ngelaban J

Running mom pun kena exercise jugak..

*Setiap kumpulan mendapat barang amanah.. salah langkah, tumpah la air tu.. J

*Antara check point running mom.. susun puzzle.

*Apasal la kena selimut pulak.. huhu

*Konklusi dari setiap kumpulan.. moga bermanfaat untuk running mom sekalian..

*Kita yang menentukan hala tuju hidup kita, ke arah kebaikan atau sebaliknya...

*Haaaa... ini last check point, punya la payah nak cari kunci..


Alhamdulillah, semua kumpulan berjaya mengharungi setiap check point. Walaupun penat, namun mereka berasa sangat gembira dan mendapat pengajaran dari check point yang di lalui.

Wallahu’alam.

Moga Allah Redha J





Sunday, September 20, 2015

LAWATAN PENYELIAAN PENSYARAH UKM KE DARUL WARDAH


 18 Ogos 2015, Darul Wardah telah dikunjungi oleh Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyelia dua orang pelajar praktikal di tempat kami.


Kedua-dua orang pelajar praktikal ini telah menjalani praktikal di Darul Wardah selama 2 bulan. 


*Ustaz Zawawi yang hadir bagi meraikan kehadiran pensyarah dari UKM ke Darul Wardah

*Sesi bersama pelatih Darul Wardah. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh ustazah. J


Terima-kasih atas kepercayaan dan perkongsian yang diberikan kepada para para pelatih di sini. Kami amat menghargai keprihatinan orang ramai kepada pelatih kami di sini.




Kami menerima pelajar praktikal untuk memberi ruang saling belajar antara masyarakat sebagai salah satu Social Therapy kepada pelatih.

You are not alone..

Para mahasiswa yang ingin mengadakan praktikal dan menyelami kehidupan para pelatih di sini amat dialu-alukan. Pelbagai peluang, pengalaman dan perkara baru insyaAllah akan diperoleh sepanjang berada di Darul Wardah.
Gunakan segala ilmu yang ada untuk  dimanfaatkan buat ummah..

Moga Allah Redha J



ZIARAH TEAM DARUL WARDAH SELANGOR KE DARUL WARDAH JOHOR


Pada bulan Ramadhan yang lalu, Team Darul Wardah HQ melakukan kunjungan ziarah ke Darul Wardah Johor. Kami sempat iftar bersama dan bertukar-tukar pengalaman serta berbual silaturahim.


*Sinergi, DARWA Selangor + DARWA Johor

*Ustazah Hazlina bersama tenaga pengajar DARWA Johor yang juga merupakan sahabat lama yang telah lama tidak bertemu


Team Darul Wardah Selangor juga membawa barang-barang kering hasil sumbangan yang diterima di Darul Wardah Selangor untuk dikongsi bersama Darul Wardah Johor. Diharapkan semoga sumbangan tersebut mampu meringankan sedikit beban Darul Wardah Johor yang masih kekurangan dana dan masih belum menerima sebarang bantuan dari pihak tertentu.

*Penyerahan sumbangan yang diberikan oleh Ustazah Hazlina kepada Darul Wardah Johor



Alhamdulillah, selepas solat Isyak dan solat tarawih berjemaah, kami terus bertolak pulang ke Darul Wardah Selangor. Terima kasih diucapkan kepada team Darul Wardah Johor atas layanan mesra yang telah diberikan. J



Saturday, September 19, 2015

MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DARUL WARDAH 2015




Pada tahun ini, Darul Wardah berkesempatan mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk warga Darul Wardah. Menariknya jamuan hari raya ini diuruskan sepenuhnya oleh pada penghuni dengan bantuan dua orang pelajar praktikal dari UKM.

Mereka amat bertukus-lumus menyediakan segala persiapan demi menjayakan jamuan hari raya ini. Semua guru, warga kerja dan semua pihak yang terlibat secara langsung dijemput ke majlis ini.


*Penghuni Darul Wardah yang dipertanggungjawabkan sebagai unit protokol sangat mesra melayan tetamu yang hadir J

*Ustaz Zulhusni dari bahagian Ar-Riqab, MAIS turut hadir

*Cik Alin bergambar kenangan bersama Cik Ummi (tukang urut khas kami)

*Pn. Atikah, nurse dari Klinik Jalan Kebun turut hadir memeriahkan majlis

*Ustaz Zul dan kak Huda bersama dengan pengurus Darul Wardah, Cik Ashikin


Majlis Jamuan Aidilfitri ini diserikan lagi dengan persembahan khas daripada para penghuni Darul Wardah. Mereka menyanyikan lagu Darul Wardah dan lagu-lagu nostalgia hari raya untuk menghiburkan hadirin yang hadir.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir. insyaAllah, tahun depan kita berhari raya lagi.. J







PROGRAM BERSAMA PARA PELAJAR DARI SMA HIRA’ SHAH ALAM



Pada 29 Julai yang lalu, Darul Wardah telah menerima kunjungan ziarah daripada para pelajar SMA Al-Hira’, Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar hadir bersama 8 orang guru pengiring.

*Taklimat dan penerangan berkaitan Darul Wardah daripada pengurus, Cik Ashikin

*Para pelajar dan mu’allimah dari SMA Al-Hira’

Selain daripada mengadakan kunjungan ziarah, mereka juga menyediakan beberapa aktiviti yang ingin dilakukan bersama para penghuni antaranya sesi ice breaking, permainan indoor dan sesi menanam pokok di dalam pasu.


*Sesi ice breaking para penghuni bersama pelajar

*Akak-akak dan adik-adik yang sporting J

*Sesi berkebun.. jom buat sama-sama J

Selain itu, pihak Darul Wardah juga mengadakan Bahagia Menjadi Gadis (BMG) secara ringkas kepada para pelajar al-Hira’. Pendedahan tentang perkara-perkara yang boleh menjadi penyebab kepada masalah zina, bahaya apabila seseorang mendekati zina dan kesannya turut diceritakan dalam slot ini. Dua orang penghuni juga dijemput untuk memberi perkongsian kepada para pelajar.


*Slot Bahagia Menjadi Gadis (BMG)


*Adik-adik dari SMA Al-Hira’ yang ceria.. J moga Allah sentiasa menjaga kalian. Doakan kami.


Persembahan penutup oleh sebahagian daripada penghuni Darul Wardah. Khas untuk adik-adik...


*Sesi bersalaman sebelum pulang, insyaAllah ada masa bertemu kembali. Kalau tidak di dunia, moga Allah temuakan kita di akhirat sana J











Thursday, September 17, 2015

MAJLIS AQIQAH DAN TAHNIK ANAK-ANAK PENGHUNI DARUL WARDAH


Alhamdulillah, bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, pada 11 Julai yang lalu diadakan satu majlis ringkas tahniq sempena majlis aqiqah salah seorang anak warga Darul Wardah yang baru seminggu dilahirkan. Turut ditahniq ialah 4 orang baby yang lain.


*Ustaz Zawawi antara yang mentahnik baby

Solat Isyak dan Solat Tarawih diimamkan oleh pelajar Tahfiz Al Fateh, Sdr Iman Daniel Khairudin dan Sdr Najmudin Najib.

*Pelajar dari Tahfiz Al-Fateh yang turut serta membantu kelancaran majlis.




TAUSIYATUL KUBRA BERSAMA IMAM MUDA FATTAH


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang lalu, Darul Wardah telah menjemput Imam Muda Fattah untuk mengisi slot Tausiyatul Kubra yang diadakan pada setiap bulan.


Tausiyatul Kubra pada kali ini turut menjemput para pelajar Tahfiz al-Fateh yang seluruh warga Darul Wardah. Pengisian program bermula selepas iftar jama’ie dan solat maghrib berjamaah.





*Pengisian yang padat dan amat bermotivasi kepada seluruh warga Darul Wardah



*Amar makruf Nahi Munkar



Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang sudi hadir bersama-sama kami ke majlis ilmu ini. Moga Allah meredhai kita semua. J

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...