Tuesday, October 27, 2009

PROGRAM JALINAN KASIH

Sabtu lepas, warga kerja Skali Web Services (SWS) membuat lawatan gotong-royong ke Darwa. Kesemuanya berjumlah lebih kurang 35 orang. Antara aktiviti yang diadakan ialah sesi taklimat, sesi gotong-royong mencantikkan Darwa, sesi kongsi pengalaman dari penghuni, sesi tazkirah dari pengasas Darwa-Ustazah Hazlina, sesi sumbangan dari Skali Web Services dan diakhiri dengan sesi bergambar.

En Faiz (ketua jabatan sumber manusia) dan staff SWS sedang berkerah tenaga menanam pokok daun limau purut.

' Jom farid, kita tanam pokok ni..' agaknya itulah yang diucapkan oleh Tuan Haji Razif kepada Ustaz Farid Wajdi.
Kakak-kakak SWS sedang melayan adik-adik DARWA bermain barang sumbangan mainan dengan asyiknya.
Akhir kalam, pihak DARWA mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja SWS yang bertungkus lumus menjayakan Program Jalinan Kasih. Terima kasih juga kepada sahabat ABIM yang sama-sama turun padang memeriahkan program ini : Tuan Haji Razif (wadah), Ustaz Farid Wajdi (ydp ABIM shah alam),Puan Anum(abim shah alam), Dr Nor(exco kesihatan), Puan Hasanah (abim klang) & Cik Haryati (ketua helwa selangor)



Thursday, October 22, 2009

RAYA @ KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD

13 Oktober 09, Hotel Quality Shah Alam : Darul Wardah telah menerima jemputan jamuan hari raya dari Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan mesra dari warga KDEB. Group konvoi bermula dari rumah pengasas Darul Wardah dan kemudian bertolak mengambil semua warga Darwa.


Kami tiba di lokasi dan disambut mesra oleh En Azlan (exco kebajikan abim selangor) dan warga kerja KDEB. Terima kasih juga kepada isteri Dato' Haji Abd Karim yang telah memberi sumbangan kepada semua warga Darwa.

Sekali lagi, kami warga Darwa mengucpkan ribuan terima kasih dan semoga warga kerja KDEB dilimpahi rahmat Allah swt sentiasa.

Wednesday, October 14, 2009

terperangkap dalam dunianya



Kebelakangan waktu ini, DARWA banyak menerima kes anak-anak gadis yang diainaya.
Bukannya remaja bawah umur.Setengahnya dah mencecah lebih suku abad.

Adakah mereka terlalu naif dan polos? Seringkali menyangka orang-orang yang dekat mereka adalah yang boleh dipercayai.

Modus operandi, ajak makan , minum kemudian masukkan sesuatu , tak sedarkan diri.
Esoknya baru menyedari mereka kehilangan sesuatu yang berharga.!

Nafsu serakah majikan, tidak mengenal mangsa! Awas gadis-gadis diluar sana! jangan terperangkap dalam dunia impian dan angan-angan! berhati- hatilah dalam menilai...

antara dua dilema



Satu persolan yang selalu berlegar...... anak yang lahir tanpa bapa sah, seelok-eloknya di pelihara oleh siapa ?

Sudah menjadi dasar DARWA seorang anak semestinya dijaga oleh ibu!kerapkali kami dipersoalkan, adakah si Ibu mampu memelihara dan menduduk anknya, sementelah dirinya sendiri tidak terurus dan terdidik, kalau terdidik tidaklah ia terhumban dalam kancah yang tidak diingini.

Apakah tiada mungkin ada ruang kedua untuk si ibu bertaubat dan menebus kesilapannya, agar si ank tidak mengikut jejaknya?

Masyarakat mengkritik, malah boleh memalingkan muka melihat mereka! Di mana pendirian kita...?

Friday, October 9, 2009

yang patah,tumbuh...yang hilang,berganti....

sudah menjadi adat..setiap pertemuan akan disusuli dengan perpisahan..perginya seorang penghuni kini telah diganti dengan yang lain.setiap yang pergi akan pergi bersama kisahnya, dan setiap yang datang bakal mencatat satu kisah baru yang akan melengkapkan diari DARUL WARDAH...pada 5 Oktober yang lalu, Darul Wardah telah menerima seorang lagi penghuni baru iaitu F. diharapkan kedatangan beliau ke sini akan membantu beliau dalam menghadapi hidup ini dengan lebih positif dan tabah, InsyaALLAH...

Monday, October 5, 2009

Ujian Berganda Di Aidil Fitri

selepas Hari Raya, banyak dugaan datang melanda terutama kepada alumni Darwa. Si Y yang baru berhenti kerja terpaksa berpindah rumah kerana tuan rumah hendak menggunakan rumah tersebut. Y dan ahli keluarganya seramai 6 orang baru menghuni rumah tersebut 6 bulan ,terpaksa mencari rumah baru.Ujian datang berganda.anak-anaknya ramai yang kena kudis buta.Dulu masa aku kecik memang kerap kena kudis.Maklumlah hidup orang miskin dan susah.masa tu rupa comot dan tangan bernanah.al hamdulillah semua tu dah berlalu.

nasib baik ada sikit sumbangan dari orang ramai masa Ramadan yang lalu. Duit itulah yang pihak Darwa gunakan untuk membayar diposit rumah dan lain-lain urusan. Al hamdulillah, si Y telah mendapat kerja baru.Gaji Rm700.tapi cuma sempat dua hari bekerja kerana kilang ada masalah dan terpaksa berhenti lagi.Dengan usaha gigih tanpa mengenal jemu dan penat, rakan-rakan membantu dan kali ini dapat kerja baru.Harap-harap tak ada masalah lagi.

Selepas melalui semua pengalaman ini, rasanya kerja-kerja untuk membangunkan iman dan takwa insan bukan sekadar dengan aya' lio' semata-mata. Perjuangan ialah pelaksanaan kata-kata. Disamping rangsangan motivasi dan bimbingan agama, sebenarnya ramai saudara-saudara baru yang tidak merasai ukhuwwah imaniyyah itu kerana prejudis bangsa dan budaya yang sudah mengakar sekian lama.

Tuesday, September 15, 2009

Mencari Abdul Rahman Auf Di Akhir Zaman

Beberapa hari yang lalu pihak Darwa telah dihubungi seorang 'Insan Budiman' dari Kuala Selangor.Beliau menyatakan hajat hatinya untuk turut sama menyumbang bagi menggerakkan program tarbiyah dan Dakwah di Darul Wardah. Alhamdulilah.Masih ramai rupanya insan budiman diluar sana yang ingin membantu. Beliau juga turut menceritakan usaha kebajikan yang dibuat itu kepada isterinya dan isterinya juga turut berminat untuk turut menyumbang sama.

Walaupun pihak kami tidak mengenali beliau sekeluarga, namun ikatan ukhuwwah imaniyyah yang terasuh dalam sanubari insan bertakwa dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan amalan.Inilah antara sifat mulia yang wajar disemai dalam jiwa dan sanubari setiap insan muslim yang bertakwa.

sesungguhnya sedekah ialah amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka.Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.

Namun semangatpengorbanan para sahabat Rasulullah SAW wajar dijadikan contoh ikutan. Ketika panggilan jihad berkumandang, para sahabat bersegera menawarkan bantuan dan sumbangan.Ada yang menyumbang sebahagian hartanya dan ada yang menyumbanngkan seluruh hartanya untuk perjuangan.Antar yang banyak menyumbang ialah seorang saudagar yang bernama Abdul Rahman Bin Auf.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).


Keutamaan bersedekah adalah lebih digalakkan pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Apakah keistimewaannya bersedekah pada bulan ini?
Rasulullah s.a.w. ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdal?'' Jawab Baginda: Kamu bersedekah dalam bulan Ramadan. (Riwayat Muslim)

Bulan Ramadan ini banyak keistimewaannya antaranya ialah : Kelebihan orang yang bersedekah dalam bulan Ramadan ini, ia umpama satu Akademi Latihan. Apatah lagi, tujuan yang paling besar daripada ibadah Ramadan ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Maknanya semua orang Islam akan melalui proses latihan ini untuk membina insan bertakwa.Namun tidak semua orang akan berjaya dan lulus dalam ujian ini seperti generasi para sahabat yang terdahulu.

Sunday, September 13, 2009

KDEB - Terima Kasih Daun Keladi



12 September 09-; Pihak Darul Wardah telah menerima kunjung hormat tetamu dari Syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Rombongan seramai 10 orang itu tiba pada pukul 1.00 tengahari.Mereka diketuai oleh En Ramli, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi bersama beberapa orang ahlijawatankuasanya.

Mereka datang bertandang untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, gula, garam,minyak,tepung dan bermacam-macam lagi barangan makanan kering. Para penghuni dan warga Darwa yang telah menunggu ketibaan mereka sejak pukul 11.00 pagi lagi begitu teruja sekali terutama kanak-kanak. Mereka mendapat pakaian dan selipar baru untuk keperluan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Mereka lebih teruja bila mendapat barang mainan seperti patung beruang dan arnab.Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan barangan pilihan mereka.Selepas semua tetamu meninggalkan kediaman kami, salah seorang warga Darwa memaklumkan bahawa suaminya telah seminggu berhenti kerja. Rupa-rupanya dia telah menghantar notis berhenti 24 jam kerana majikannya sentiasa menghalangnya menunaikan solat jumaat.Sekarang dia sedang mencari kerja baru yang lebih sesuai.Sekurang-kurangnya, dia ada masa untuk keluarga dan masa untuk mendalami Islam diwaktu malam.

Kepada semua yang begitu prihatin, terutama En. Raja Hidzir,GMHR di KDEB dan En Ramli,En. Ismail,En Azlan diKDEB yang bersungguh-sungguh menggerakkan usaha membantu ini.Juga beberapa orang pegawai yang kami tidak sempat untuk mengingati nama kalian kerana pertemuan yang begitu singkat.Semoga usaha murni dan amal bakti yang dibuat mendapat reda dan kurnia Allah SWT.Sesungguhnya, bantuan ikhlas kalian dapat memberikan senyuman paling manis buat mereka diAidil fitri.
Harapnya,akan ada ramai lagi hati-hati mulia yang budiman untuk menumpah kasih rahmat Ilahi dibumi Allah yang sementara ini.SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...