Tuesday, October 27, 2009

PROGRAM JALINAN KASIH

Sabtu lepas, warga kerja Skali Web Services (SWS) membuat lawatan gotong-royong ke Darwa. Kesemuanya berjumlah lebih kurang 35 orang. Antara aktiviti yang diadakan ialah sesi taklimat, sesi gotong-royong mencantikkan Darwa, sesi kongsi pengalaman dari penghuni, sesi tazkirah dari pengasas Darwa-Ustazah Hazlina, sesi sumbangan dari Skali Web Services dan diakhiri dengan sesi bergambar.

En Faiz (ketua jabatan sumber manusia) dan staff SWS sedang berkerah tenaga menanam pokok daun limau purut.

' Jom farid, kita tanam pokok ni..' agaknya itulah yang diucapkan oleh Tuan Haji Razif kepada Ustaz Farid Wajdi.
Kakak-kakak SWS sedang melayan adik-adik DARWA bermain barang sumbangan mainan dengan asyiknya.
Akhir kalam, pihak DARWA mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga kerja SWS yang bertungkus lumus menjayakan Program Jalinan Kasih. Terima kasih juga kepada sahabat ABIM yang sama-sama turun padang memeriahkan program ini : Tuan Haji Razif (wadah), Ustaz Farid Wajdi (ydp ABIM shah alam),Puan Anum(abim shah alam), Dr Nor(exco kesihatan), Puan Hasanah (abim klang) & Cik Haryati (ketua helwa selangor)



1 comment:

WAK JURAGAN said...

syabas dan tahniah kepada semua yang hadir. komitmen anda memang sangat dihargai.

harap ianya menjadi contoh dan ransangan kepada sahabat dan masyarakat yang lain.

ada seorang pengkaji sosial kata " masyarakat malaysia lebih suka hidup nafsi-nafsi" ia ke? anda berhak untuk nafikan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...