21 September 2021 (Selasa)
Kelas AlQuran dan tajwid adalah teras yang wajib dipelajari di Darul Wardah bagi pengisian rohanian pelatih. Kelas ini dibimbing oleh 4 orang ustaz berbeza tahap, iaitu Ustaz Faizi, Ustaz Hakimi, Ustaz Qardhawi dan Ustaz Nasafi. Kelas mengaji ini dijalankan pada setiap hari bagi memperbetulkan bacaan pelatih dengan baik.
AlQuran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak mampu untuk menghasilkan sebuah kitab semisal dengan AlQuran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin. Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan menyamai dengan perkataan Yang Maha Pencipta (Rujuk Tafsir AlMaraghi, 8/4024)
AlQuran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah Taala yang berrmaksud, " Maka sesungguhnya Kami memudahkan AlQuran dengan bahasamu (wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran" (Surah AdDukhan:58)
No comments:
Post a Comment