Wednesday, October 13, 2021

PROGRAM ZIARAH DAN SANTUNI DARWA SAMA CAKNA

 10 Oktober 2021 (Ahad)

Kehidupan ini harus diteruskan. Jadilah kita manusia yang cekal menghadapi segala cabaran di alam ini. Tiada tempat yang kita boleh mengadu selain dari Allah Taala. Allah jualah tempat mengadu. Jadikanlah kerinduan dan kenangan masa silam sebagai satu kekuatan untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Janganlah kenangan lampau mengusik jiwa sentiasa menjadikan kita sentiasa pendang kebelakang. Merindui masa-masa lampau yang pasti tak akan kembali.

Ketika orang lain berjalan terlalu jauh ke hadapan, tiba-tiba kita masih berdiri di tempat yang sama dan berpatah balik ke garisan permulaan. Sedangkan garisan kemenangan di hadapan.





PIZZA JEPUN OKONOMIYAKI

 8 Oktober 2021 (Jumaat)

Alhamdulillah kali kedua pihak okonomi memberi sumbangan pizza kepada pelatih kami. Sedap, lazat dan lembut sekali. Pizza ini rasanya seakan-akan takoyaki cuma berbeza bentuk sahaja.

Okonomiyaki merupakan sejenis makanan ringan masyarakat Jepun yang juga dikenali sebagai Japanese Pizza diseluruh dunia. Okonomiyaki sangat terkenal di seluruh Jepun terutamanya dikawasan Kansai dan Hiroshima. Terima kasih Doki-doki Okonomi. Semoga dimurahkan rezeki kalian.




PROGRAM CSR BERSAMA RAMLY FOOD PROCESSING (RAMLY BURGER)

 6 Oktober 2021 (Rabu)

Kecil bagi anda, besar maknanya bagi kami...Dengan lafaz syukur alhamdulillah rezeki pelatih-pelatih darwa tidak pernah putus. Perkataan 'Alhamdulillah' disebut oleh AlQuran sebanyak 38 kali menggambarkan Allah Maha Layak Dipuji kerana zatNya, nikmatNya, rahmatNya dan panduan kehidupan yang diberikanNya. Ungkapan Alhamdulillah maksud puji dan puja kepada Allah Taala.

Ia adalah kata-kata indah hanya dikhususkan kepada Allah, Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki, nikmat dan pujian kepada Allah yang menyediakan segalanya sertakan menciptakan alam ini untuk hambaNya.

Firman Allah, "Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka." (Surah AlAn'am; 1)

Jutaan terima kasih kepada Team Ramly Burger






Tuesday, October 12, 2021

MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN TAHNIK 2021

 3 Oktober 2021 (Ahad)

Anak adalah amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga kurniaan dari Allah kepada hambaNya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Mereka dipinjamkan kepada kita yang mana harus dipelihara, dijaga, dan dididik dengan sebaiknya termasuklah memastikan keselamatannya dunia dan akhirat. Dengan memandangnya sahaja, hati ini merasa tenteram dan gembira. Mata akan turut terasa sejuk ketika berbicara dengan mereka. Mereka adalah bungan kehidupan dunia.

Allah berfirman, maksudnya, "Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik." (QS. Ali Imran:14)

Imam Al-Ghazali ada berpesan, "Anak-anak adalah amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam kebaikan dan terbiasa dengannya."

Sebaiknya, jika dibesarkan dalam suasana yang tidak baik dan dipersiakan seperti haiwan, maka menderitalah dan binasa dia. Dosa juga akan ditimpakan kepada orang yang dipertanggungjawabkan itu"

Didoakan semoga anak-anak yang dilahirkan ini menjadi anak yang soleh dan solehah. Allahhumma aaminn..






Monday, October 11, 2021

PENGHARGAAN SUMBANGAN SYUKUR NIKMAT

 4 Oktober 2021 (Isnin)

Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah tidak ada seorang manusia yang hidup di dunia ini Allah tinggalkan dia tanpa rezeki. Setiap manusia sudah ditetapkan untuknya rezeki sejak dari alam rahim. Jangan kata manusia, bahkan haiwan juga ada bahagian rezekinya.

Setiap manusia yang telah ditetapkan rezeki adalah berbeza mengikut keperluan. Janganlah kita merungut atau angkuh apabila menerima rezeki tersebut. Sebagai manusia, hendaklah kita yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amatlah luas. Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman. Moga Allah merahmati kehidupan kalian dunia akhirat insyaAllah.












PROGRAM CSR BERSAMA TEAM JAMU MUTYARA

 30 September 2021 (Khamis)

"Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain" inilah kata-kata yang diungkap oleh Puan Tya Ariffin dan Tuan Asyraf Khalid selaku founder Jamu Mutyara. Ringkasnya kita melihat ada dalam rezeki kita yang mungkin milik orang lain iaitu dengan diwajibkan membayar zakat kepada asnaf dan sunat sedekah jariah. Seharusnya adalah apabila kita membelanjakan barang atau membayar perkhidmatan yang mana adalah keperluan kepada insan lain. Allah menurunkan rezeki terus kepada hambaNya atau melalui orang lain.

Terima kasih atas kehadiran, kata-kata motivasi dan penyerahan sumbangan kepada pelatih. Semoga Allah murahkan rezeki kalian dan insyaAllah sumbangan itu akan dimanfaatkan sebaiknya.





KELAS PENGUKUHAN ALQURAN

 21 September 2021 (Selasa)

Kelas AlQuran dan tajwid adalah teras yang wajib dipelajari di Darul Wardah bagi pengisian rohanian pelatih. Kelas ini dibimbing oleh 4 orang ustaz  berbeza tahap, iaitu Ustaz Faizi, Ustaz Hakimi, Ustaz Qardhawi dan Ustaz Nasafi. Kelas mengaji ini dijalankan pada setiap hari bagi memperbetulkan bacaan pelatih dengan baik.

AlQuran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak mampu untuk menghasilkan sebuah kitab semisal dengan AlQuran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin. Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan menyamai dengan perkataan Yang Maha Pencipta (Rujuk Tafsir AlMaraghi, 8/4024)

AlQuran kitab yang nyata lagi mudah. Firman Allah Taala yang berrmaksud, " Maka sesungguhnya Kami memudahkan AlQuran dengan bahasamu (wahai Muhammad) moga-moga mereka mengambil pengajaran" (Surah AdDukhan:58)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...