20 Julai 2021 (Selasa)
Alhamdulillah syukur, kami dari warga Darul Wardah diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Haji bersama-sama dala suasana yang meriah dan sederhana.
Dalam ibadah korban, banyak hikmah yang tersembunyi disebalik syariat yang diwarisi daripada sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang sedang menghadapi pandemik yang masih belum berpenghujung ini. Antaranya mengajar kita untuk saling bantu-membantu serta hidup secara bermuafakat yang akhirnya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dalam masyarakat sejagat.
Namun, alhamdulillah pada masa yang sama Darwa telah menerima sumbangan seekor lembu dan dua ekor kambing untuk mengimarahkan suasana hari raya korban. Hikmah korban yang utama ialah sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail. Kesemua pelatih dapat merasai suasana hari raya korban dengan rewang bersama-sama, masak bersama dan makan bersama.
Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan!
No comments:
Post a Comment