Wednesday, August 11, 2021

SALAM MAAL HIJRAH 1443H

10 Ogos 2021 (Selasa)

Alhamdulillah sempena 1 Muharram sambutan Maal Hijrah, pengurusan Darwa telah membuat pertandingan diantara pelatih seperti Daie Darwa dan Nasyid. Semua berjalan lancar dengan kehadiran YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni Adun Sg Kandis dan Ustazah Hazlina dengan ucapan dan tazkirah ringkas.

Salam Maal Hijrah buat seluruh umat Islam. Semoga kesungguhan dan ketakwaan kita dalam menghayati dan menteladani hikmah disebalik peristiwa Hijrah akan menjadikan umat Islam lebih cemerlang dan diberkati Allah Taala dunia akhirat. Marilah kita sentiasa berdoa agar tanah air kita berada dibawah lindungan rahmat Allah Taala.

Sesungguhnya orang yang beriman dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, ayat 218)




















PENGAMBILAN VAKSIN OLEH WARGA DARWA

3 Ogos 2021 (Selasa)

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab kami untuk mendapatkan vaksin kepada semua pelatih Darwa. Terima kasih diucapkan kepada YB Ustaz Zawawi Mughni, Ustazah Hazlina dan kakitangan Darul Wardah yang membantu memudahkan segala urusan sepanjang pengambilan vaksin di De Palma Hotel Shah Alam. 

Semoga Allah lindungi kita semua. Aaminn ya Mujib!













SALAM EID AL-ADHA (1442 H) 2021

20 Julai 2021 (Selasa)

Alhamdulillah syukur, kami dari warga Darul Wardah diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Haji bersama-sama dala suasana yang meriah dan sederhana. 

Dalam ibadah korban, banyak hikmah yang tersembunyi disebalik syariat yang diwarisi daripada sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang sedang menghadapi pandemik yang masih belum berpenghujung ini. Antaranya mengajar kita untuk saling bantu-membantu serta hidup secara bermuafakat yang akhirnya dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dalam masyarakat sejagat.

Namun, alhamdulillah pada masa yang sama Darwa telah menerima sumbangan seekor lembu dan dua ekor kambing untuk mengimarahkan suasana hari raya korban. Hikmah korban yang utama ialah sebagai tanda umat Islam memperingati peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi Ibrahim serta anaknya Nabi Ismail. Kesemua pelatih dapat merasai suasana hari raya korban dengan rewang bersama-sama, masak bersama dan makan bersama.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan!

















PERSIAPAN SEHARI SEBELUM RAYA AIDILADHA 2021

19 Julai (Isnin)

Staf dan para pelatih bertungkus-lumus menyiapkan persediaan untuk sambutan hari raya aidil ada pada 20 Julai 2021. Majlis kecil-kecilan ini diadakan untuk menghidupkan suasana rewang sebelum menjelang hari raya.

Semangat kerjaasama yang dititikberatkan dalam kalangan pelatih untuk mereka belajar erti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan memupuk sifat kerajinan dalam diri masing-masing. Suasana yang sangat meriah dan masing-masing melakukan tugasan dengan baik.

Menu hidangan hari raya dimasak sendiri oleh pelatih seperti lodeh, rendang ayam, kari ayam kampung, kuah kacang dan lain-lain. Alhamdulillah semuanya sedap belaka!






















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...