22 Oktober 2019
Hari Sukan DARWA
Alhamdulillah. Syukur Acara Sukan DARWA yang dirangka telah berjalan dengan lancar. Pelbagai acara diadakan seperti perbarisan rumah sukan, lari berpasangan, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu, belon kasih sayang, cari gula dalam tepung dan pelbagai lagi acara lain yang melibatkan semua pelatih dan staf.
Persediaan untuk perhiasan rumah sukan masing-masing dilakukan secara bekerjasama antara staf dan pelatih, dimana ia dapat membentuk satu idea yang kreatif dan sekaligus menghasilkan hubungan yang baik.
Acara sukan ini bukan sahaja dapat menyihat dan menyegarkan badan bahkan juga merupakan salah satu terapi pemulihan pelatih yang melibatkan perkembangan psikomotor,emosi,sahsiah dan juga fizikal mereka.
Syukur alhamdulillah, warga DARWA merafakkan setingi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana melimpahkan kepada kami nikmat kesihatan yang tidak berbelah bahagi. Moga dijauhkan dari golongan yang kufur nikmat.
Mohon didoakan kelangsungan kesejahteraan dan kebaikan kami disini. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment