Monday, March 18, 2019

TAUTAN KASIH BERSAMA KOLEJ KOMUNITI


10 Mac 2019

Alhamdulillah telah selesai Majlis Tautan Kasih bersama Darul Wardah. Sebuah Program Khidmat Masyarakat Kolej Komuniti Negeri Selangor bersama Alumni mereka yang diadakan di Darul Wardah.

Sebuah Program yang dirangka oleh Pengarah Kolej Komuniti Klang, Ts. Rahizam bin Karim Pengarah KK Klang bersama warga kerja mereka telah menjalankan kutipan sumbangan yang menyasarkan RM4000. Alhamdulillah, kutipan sumbangan melebihi sasaran dan hasil kutipan telah diterjemahkan kepada pemasangan 4 buah CCTV di Darul Wardah yg dipasang sendiri oleh alumni dan pelajar mereka. Satu usaha unggul yang menggabungkan banyak aspek.

Hasil sumbangan yang dijalankan mereka juga diterjemahkan dalam bentuk makanan keperluan harian, barangan bayi, mesin basuh dan cerek kepada Darul Wardah. Sumbangan yang diterima melibatkan alumni, tenaga pengajar dan pelajar daripada 10 Kolej Komuniti di Selangor.

Majlis Tautan Kasih ini dirasmikan oleh LT. KOL. BERSEKUTU (PA) Abdul Razak bin Sabtu DSM, BKT, PJK iaitu Pengerusi Kolej Komuniti Negeri Selangor. Turut hadir Ustazah Hazlina Razak selaku Pengasas Darul Wardah dan juga YB. Tuan Mohd Zawawi Mughni selaku ADUN Sungai Kandis.

Alhamdulillah, kami sangat bersyukur di atas jalinan kerjasama ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Kolej Komuniti kerana meluangkan masa, tenaga, wang ringgit bagi menjayakan program ini. Jasa tuan puan tidak dapat kami balas dengan wang ringgit, tetapi sentiasa kami mendoakan semoga Allah memberi ganjaran yang besar dan baik kepada kalian.

Sumbangan pemasangan CCTV dan barangan lain akan kami manfaatkan sepenuhnya disini. Sekali lagi jutaan terima kasih dari kami. Moga sentiasa dalam keredhaan Allah. InsyaAllah.


























No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...