Thursday, June 21, 2018

AKTIVITI DAN SUMBANGAN DI BULAN RAMADHAN



8hb Jun 2018

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan. Tengah hari tadi baru sahaja selesai majlis penyerahan sumbangan dari Credit Guarantee Corporation kepada Darul Wardah. Sumbangan berupa alatan elektrik, makanan mentah, dan juga duit raya kepada pelatih. Syukur alhamdulillah. Akan dimanfaatkan sepenuhnya di sini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak CGC atas segala sumbangan ini. Indahnya berkongsi rezeki di bulan Ramadhan. Moga diberkati semuanya.

9hb Jun 2018 (10.00pg hgga 1.00tgh)

Berlangsungnya Program Onboarding dari warga kerja KWSP. Aktiviti yang diadakan adalah brain gym (muzik terapi) dan lukisan mandala. Team mereka telah menyumbang dalam bentuk keperluan makanan pelatih dan hamper raya untuk baby. Alhamdulilah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak KWSP atas sumbangan yang telah diberikan.

9 Jun 2018 ( 2.30 ptg - 8.00 mlm)

Semalam Darul Wardah turut menghadiri Program Tadarus al- Quran dan Iftar anjuran JAKIM dengan kerjasama MAIS. Alhamdulillah sangat bermanfaat.

9 Jun 2018 ( 2.30 ptg - 8.00 mlm)

Semalam Darul Wardah turut menghadiri Program Tadarus al- Quran dan Iftar anjuran JAKIM dengan kerjasama MAIS. Alhamdulillah sangat bermanfaat.

9hb Jun 2018

Darul Wardah turut menghadiri Majlis Iftar jemputan dari Kembara Srikandi di Ampang diwakili oleh Ustazah Khaulah dan Ustaz Saiful. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hadir.

9hb Jun 2018

Semalam juga telah berlangsung Majlis Iftar Ahli Lembaga Pengarah Darul Wardah bersama pelatih Darul Wardah.Turut hadir untuk mengadakan program adalah Team Aweta yang dihadiri datuk Sharifah Mazlina bersama team mereka. Majlis berlangsung sehingga selesai solat tarawih berjemaah diketuai Ustaz Zawawi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada team AWETA juga kepada Ahli Lembaga Pengarah Darul Wardah atas kesudian hadir berbuka puasa bersama-sama pelatih DARWA. Moga ukhuwah terus terjalin.
















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...