Wednesday, January 31, 2018

SUMBANGAN PERABOT DARI PUTRAJAYA

29 JANUARI 2018

Lebih kurang pukul 3.00 petang Isnin lalu, kami menerima sumbangan perabot daripada Dato Razlan dari Putrajaya. Pelbagai jenis perabot kami terima seperti sofa, meja makan, almari, katil, tilam dan rak buku. Bukan itu sahaja, Dato Razlan juga menyumbang pakaian kepada pihak kami. Kesemua sumbangan ini adalah untuk kegunaan pelatih kami dan juga pihak pengurusan Darul Wardah. Sumbangan seperti ini memberi banyak manfaat kepada pelatih kami. Lebih keselesaan dapat diberikan kepada pelatih. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato Razlan sekeluarga serta staf mereka. Semoga diperluaskan rezeki Dato Razlan sekeluarga dan sumbangan ini menjadi saham akhirat Dato sekeluarga. 

* Kecil maknanya bagi anda, besar maknanya bagi kami. 😊



Barang-barang sedang diturunkan dari lori ke rumah pelatih

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...