Monday, September 28, 2015

EIDUL ADHA 2015 DI DARUL WARDAH




Assalamualaikum wbt

Kami kembali semula bertugas setelah bercuti Hari Raya Eidul Adha. Alhamdulillah thumma alhamdulillah... J

Eidul Adha pada tahun ini jatuh pada tanggal 24 September bertepatan dengan 10 Dzulhijjah 1436 H. Semoga Eidu Adha ini mampu menjadi penghubung dan mempereratkan tali silaturahim antara sesama muslim yang menjunjung tinggi nila-nilai persaudaraan.

Pada tahun ini, pelatih Darul Wardah merayakan Eidul Adha beramai-ramai di Darul Wardah. Solat sunat hari raya dan khutbah raya disampaikan sendiri oleh Ustazah Hazlina dan khutbah yang disampaikan bertajuk Erti Pengorbanan.

Sesungguhnya, sebagai seorang yang beragama Islam, sepatutnya kita mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s yang sanggup mengorbankan apa sahaja kerana Allah s.w.t. Belajarlah dari Nabi Ibrahim yang rela mengorbankan anaknya dan jadilah seperti Ismail yang ikhlas menerima kehendak Allah. Pengorbanan dan keikhlasan adalah simbolik dari Eidul Adha.


*Khutbah raya yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina

*Pelatih Darul Wardah khusyuk mendengar kutbah raya dari Ustazah Hazlina

*Bergambar kenangan di pagi raya


Selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya, pelatih berkesempatan untuk bersama-sama meraikan Aidil Adha di Surau al Fateh. Di sana, 5 ekor lembu dikorbankan untuk Eidul Adha pada hari ini. 


*Antara lembu yang telah selamat dikorbankan

*Orang ramai yang turut membantu melakukan ibadah korban 

*Ustazah Hazlina juga turun padang memasak daging korban



*Pembahagian daging korban... 

Ya Allah, jadikanlah setiap helaan nafas kami sebagai bukti cinta kepadaMu dan pengorbanan kami sebagai bukti kami mendekatiMu.

“Belajarlah dari masa lalu dan hiduplah untuk masa depan, jika masa lalu penuh dengan kesalahan maka perbaikilah dengan memaafkan sebelum ada yang meminta."

Selamat hari raya Eidul Adha..




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...