Saturday, February 18, 2012

Zina & Keburukannya







Keburukan akibat perbuatan zina

Pada ayat 32 surah Al Isra’, telah disebutkan keburukan berzina:

Dan janganlah kamu dekati perzinaan, sesungguhnya ia adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.

Yakni, Allah menegah manusia jangan membuat zina. Iaitu melakukan perhubungan jenis antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah. Mendekati perbuatan zina itu sahaja sudah dilarang. Yang dimaksudkan dengan mendekati ialah persediaan-persedian dan aktiviti yang boleh menjerumuskan ke arah zina, seperti bersunyi-sunyian, berpelukan, pergaulan bebas, menonton gambar-gambar dan filem-filem porno dan lucah dan bermacam-macam hal lain lagi.

Di antara keburukan perzinaan ialah:

1.    Terjadi percampuran benih atau keturunan yang samar-samar. Kerana itu antara maqasid Syariah Had zina ialah untuk menjaga keturunan dan maruah. (Hifzul nasal wal muruah). Maka hal ini bererti membuang-buang keturunan dan mendatangkan kerosakkan terhadap alam kemanusiaan.

2.    Akan membukakan pintu masyarakat menjadi kecoh, kacau bilau dan tidak senonoh. Dan itulah sebabnya sering berlaku pembunuhan dan tragedi yang menyedihkan disebabkan oleh perzinaan.

3.    Cercaan, hinaan masyarakat terhadap penzina.walaupun penzina telah bertaubat terutamanya kepada kaum perempuan. Tidak aman hidupnya, hatinya tidak merasa tenang dan sentisa dipandang serong oleh masyarakat.


Hukuman akhirat akibat perbuatan zina

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud katanya saya bertanya: “Ya Rasulullah! Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah? Jawab Baginda: Engkau adakan sekutu bagi Allah, sedangkan dia yang menjadikan engkau. Kata saya: kemudian apa pula? Jawab Baginda: Engkau bunuh anakmu  kerana engkau takut dia nanti ikut makan bersama-samamu. Kata saya: kemudian apa lagi? Jawab baginda: Engkau berzina dengan perempuan jiranmu.

Lalu Allah turunkan firman Nya ayat 68 surah Al Furqan untuk membenarkan sabda Nabi SAW:
u
Hamba-hamba Allah yang baik-baik itu  ialah mereka yang tidak menyembah Tuhan yang lain  bersama Allah, dan tidak membunuh  diri orang yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali  dengan jalan yang hak, dan tidak berzina. Maka barangsiapa melakukan yang demikian itu nescaya akan mendapat hukuman.

Dan adalah diriwayatkan daripada Huzaifah bahawa nabi SAW telah bersabda, maksudnya:

Hai manusia! takutilah olehmu akan zina. Sesungguhnya ia mengandungi 6 macam keburukan. Tiga berlaku di dunia dan yang tiga lagi berlaku di akhirat. Adapun keburukannya yang di dunia itu ialah: perzinaan menghilangkan keelokan, mewarisi kepapaan dan mengurangkan umur. Adapun keburukannya di akhirat ialah mendapat kemurkaan Allah SWT, dijalankan hisab yang buruk dan disiksa dengan api neraka.

3 comments:

Don't Be Sad said...

salam..tempoh hari saya mengikuti rncangan wanita hari ini di tv3 dan sempat mengikuti salah satu kisah penghuni di darul wardah...di sini sy ingin bertanya, bagaimana sekiranya saya ingin bekerja di darul wardah ini?kerana saya bakal menghabiskan pelajaran saya dlm ijazah kerja sosial dan kalau boleh saya nak menimba pengalaman bekerja di institusi2 sebegini..mohon dibalas..

azmiza said...

salam~ boleh email resume ke azmiza_nam@yahoo.com
dan cc kan kepada; lina4570@yahoo.com

Don't Be Sad said...

terima kasih byk2..sy akan emelkan resume sy pd emel yg diberikan..:)
barakallah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...