Dunia semakin pelik~!
Adik ini dihalau suami kerana mengandung, dan
enggan menggugurkan kandungan seperti yang diminta.
"suami saya halau saya, katanya..dia tak boleh tengok muka saya lagi".
Di akhir perbualan, pesan saya kepadanya;
"dik, doa banyak-banyak ya, bulan ramadhan ni, pintu neraka semua ditutup
dan pintu syurga semua dibuka. Inshallah, ALLAH Taala makbulkan doa
hamba-hambaNYA yang berdoa."
Telinga saya menangkap esakan
halus dihujung sana. Saya terdiam. Berikan sedikit
masa buatnya.
Sambung saya,
"bangun sahur pagi-pagi..ambik peluang buat solat sunat tahajjud, buat
solat sunat hajat, minta aje apa-apa dengan ALLAH taala, minta ALLAH taala
lembutkan hati ibu ayah. Jangan lupa, solat sunat taubat, takut-takut ada
dosa-dosa kita yang menghalang doa dari didengar ALLAH.."~
"Inshallah, boleh?"
Balasnya.."iya..iya.." 2 patah kata
itu kedengaran begitu payah untuk keluar..dia menahan tangis.
No comments:
Post a Comment