Bismillahirahmanirrahim
[dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani],
Adik-adik
yang disayangi,
Kak Mija
mulakan warkah ini dengan lafaz, "assalamu'alaikum". Doa akak agar
kita semua sentiasa dalam kesejahteraan, dilindungi ALLAH taala dari godaan
syaitan durjana dan niat jahat manusia. Ameen.
Adik-adik,
Apa
khabar agaknya IMAN kita hari ini? Sudah kah adik-adik bertanya keadaan IMAN?
Jika sudah, alhamdulillah. Kepada yang belum bertanya khabar, cepat-cepatlah~
angkat tangan kanan, letak di dada, usap perlahan-lahan sambil
berbisik.."apa khabar wahai IMAN? Moga sihat hendaknya". Bisikkan ia
berkali-kali agar IMAN kita tersedar jika ia terlena dalam lena yang panjang.
Ingatlah
adik-adik, IMAN lah yang membentengi diri kita dari perkara-perkara yang
dimurkai ALLAH taala. Jadi, mari sama-sama kita jaga IMAN sebaik-baiknya.
14
Febuari datang lagi. Saban tahun ia ada. Ada yang anggap 14 Febuari itu sama
seperti hari-hari lain; tiada beza. Ada juga yang raikan dan ingati hari ini
sebagai hari berkasih sayang; Hari CINTA; Hari KEKASIH. Lalu, dirancang
temujanji dengan kekasih hati untuk memperingati hari yang datang setahun
sekali ini. Ada yang berjanji untuk keluar makan, mahu pakai baju yg sama
warna, menghadiahkan kekasih hati dengan bunga, coklat, teddybear dan
sebagainya yang dibalut dan direben cantik. [Lawa-lawa dan kiut-kiut semuanya,
kadang-kala akak pun berkenan dengan hadiah-hadiah Valentine's yg dijual di
Shopping Complex]. Indah sungguh dunia orang bercinta. Berwarna warni bak
pelangi.
Cuma
satu yang kakmija musykilkan, jika 14 Febuari adalah hari CINTA; hari KEKASIH.
Jadi, hari-hari lain bukan hari CINTA dan KASIH?Jika 14
Febuari adalah hari CINTA, tapi kenapa adik-adik memilih untuk raikannya hanya
dengan kekasih hati? Kenapa IBU dan AYAH serta KELUARGA tidak ada dalam senarai
untuk raikan hari CINTA? Sudah tidak CINTA dan KASIH kah adik-adik kepada
mereka? Baik,
kita ketepikan dulu soalan-soalan ini. Akak serahkan kepada adik-adik yang
pandai-pandai belaka, untuk dapatkan jawapannya.
Adik-adik
yang dikasihi,
Jika
ditanyakan kepada 10 orang gadis manis di luar sana, apa makna 14 Febuari
kepada mereka? Akak percaya, 6/10 akan menjawabnya dengan; VALENTINE'S DAY;
Hari Kekasih. Hari yang sangat bahagia dalam tahun tersebut. Namun, percayakah
adik-adik, ada juga gadis manis yang akan menjawab~ "inilah hari yang
paling malang dan durjana dalam hidup saya".
Aduuhhh,
bagaimana jadi begitu? Kenapa boleh jadi MALANG? Kenapa hari bahagia ini
dikatakan DURJANA?Bukan
adik saja yang hairan, akak pun turut hairan. Masakan tidak, di kala TV-TV dan
pawagam menayangkan iklan-iklan, filem-filem, drama-drama berunsurkan CINTA
suci dan bahagia sempena 14 Febuari, di kala shopping-shopping complex dihias
indah dengan tema CINTA, diputarkan lagu CINTA, dijual barangan-barangan kiut
bertemakan CINTA, harus bagaimana hari bahagia ini menjadi malang?
Melihat
muka akak yang berkerut, gadis tadi, Aina namanya, memulakan cerita.
~~~~~~
"Sebagaimana
gadis-gadis lain, saya juga ada kekasih. Seronok mendengar cerita kawan-kawan
tentang kekasih masing-masing, segala-galanya indah, kak. Jadi, saya sangat
teringin untuk punya kekasih". Dia berhenti bercerita, tampak segan untuk
meneruskan. KakMija senyum padanya.
"Saya
kenal dia sekejap. Dalam 3 bulan. Semuanya bermula, bila dia datang ke kedai
saya berkerja. Dari situ, dia minta no.telefon saya. Melihat mukanya yang
manis, saya tunaikan hajatnya.. Saat tu, hati saya berbunga-bunga. Bahagia sekali.
Setiap hari dia pasti akan telefon, atau mesej. Tapi, kami tak pernah keluar.
Saya takut.. takut jika kakak saya tanya. Oh ya, saya tinggal dengan kakak di
Bandar L. Mak dan ayah pula di kampung. Lepas SPM saya ikut kakak saya
semata-mata nak cari pengalaman kerja".
Air
matanya mula bergenang. Kakmija panik seketika, lantas mencapai kotak tisu di
hujung meja dan menghulurkan kepadanya.
Dia
menyambung cerita..
"Pada
hari Valentine's, dia ajak saya keluar. Katanya, kalau betul-betul sayangkan
dia, saya kena ikut dia keluar makan. Dan dia, beritahu saya, betapa cemburunya
dia dengan kawan-kawannya, kerana dapat dating dengan kekasih pada malam
Valentine's. Apabila mendengar suaranya yang memujuk hingga hampir merajuk,
saya bersetuju dengan hasratnya. Malam itu, selepas waktu kerja jam10 malam,
saya membonceng motorsikalnya. Kepada kakak, saya bagitahu, yang saya keluar
makan dengan kawan-kawan sekerja".
Dia
mengeluh kecil.. dan ceritanya berhenti. Tangannya meraup muka yang sedikit
pucat. Berkali-kali dia mengeleng. Kakmija biarkan dia melayan rasa di hati.
Hampir 5 minit dia begitu..
"Aina...Aina
ok? Kalau tak nak cerita, tak mengapa. Kita sambung lain kali...", kakmija
kata padanya tapi cepat-cepat dia pintas.
"Kak,
saya nak ceritakan semuanya pada akak. Saya tak nak rasa bersalah ni menghantui
diri saya. Biar lah saya terus terang malam ni". Aina bertegas untuk
menghabiskan sesi kami pada malam ini juga. Aina, tidak lah termasuk dalam
kategori lawa, tapi dia tetap manis. Sopan tingkahnya, dan bukan dalam kategori
gadis 'sosial'. Anak yang taat, tidak pernah berpisah dengan ibu dan ayah, cuma
selepas SPM sahaja dia mengikut kakaknya ke bandar lain.
Sambil
mengusap perutnya yang buncit itu, dia menyambung cerita.
"Malam
itu, kekasih saya, Adi membawa saya ke bandar lain. Katanya, kedai makan kat
situ antara yang best. Saya ikutkan sahaja. Adi juga hadiahkan saya dengan
sebentuk cincin silver punya lambang hati. Cantik....
Kami
berborak, dan mengusik-ngusik. Katanya, dia mahu masuk meminang saya.
oohh...bahagia sekali rasanya. Asyik memadu kasih, kami terleka dengan waktu,
hampir jam 1 pagi kami di sana".
"Lantas,
saya mengajaknya pulang. Pasti kakak saya bimbang akan saya, dan Adi bersetuju.
Di
pertengahan jalan, Adi berhenti di depan sebuah motel. Katanya, dia tidak larat
untuk teruskan perjalanan dan cadangkan untuk kami bermalam di situ. Takut mula
datang, bermacam-macam perkara timbul dalam fikiran. Saya kata, saya mahu ambil
teksi, tapi Adi kata, teksi tiada pada lewat malam. Adi pujuk saya, katanya,
dia akan sewa 2 bilik berasingan. Dengan berat hati, saya bersetuju. Kepada
kakak, saya hantar SMS mengatakan saya tidur di rumah kawan".
"Saya
biarkan Adi, berurusan di kaunter. Malu untuk tunjukkan muka kepada penjaga
kaunter. Adi memberikan kunci bilik kepada saya. Sesampainya di bilik saya, dia
turut masuk ke dalam. Saya terkejut. Dengan muka yang letih, Adi kata yang
semua bilik sudah penuh. Dia menambah, jika saya tak izinkan, dia sanggup tidur
di luar bilik. Kesian dengan keadaannya, saya izinkan dia di dalam. Dia
berjanji tidak akan apa-apakan saya". Air mata yang kering tadi, mula
merembes kembali. Kali ini, lebih laju. Terhenjut-henjut bahunya menahan getar.
"Kak....
saya berdosa. Inilah balasan kerana saya menipu kakak saya.."
"Malam
tu, kami telah berzina kak... saya..saya..saya terpujuk dengan kata-kata manis
Adi, hanya dengan umpan cincin, saya serahkan semuanya".
"Saya
dah lupa Tuhan kak. Padahal saya tahu, zina itu besar dosanya. Dari kecil, mak
ayah saya hantar saya belajar agama". Esaknya makin kuat.. tidak cukup
dengan tisu di tangan, hujung tudungnya turut digunakan untuk mengelap air
mata.
Dalam
sendu, dia meluahkan, "saya berdosa kak... Tuhan masih terima saya ke?
Saya takut sangat-sangat Tuhan azab saya dengan api neraka..".
Kakmija
katakan padanya, "Aina, insyallah... wanita yang berzina, andai dia
betul-betul ikhlas mahu bertaubat, insyallah, ALLAH taala pasti akan terima
taubat hambaNYA dan dia ibarat kain yang putih bersih tanpa noda. Beruntung lah
Aina..beruntunglah... jika awak termasuk dalam golongan orang-orang yang
bertaubat". Kakmija dapat melihat senyuman di bibirnya. Wajahnya tenang.
~~~~~~
Adik-adik
yang disayangi,
Itu
secebis kisah yang ada di sini. Hanya kerana tarikh 14 Febuari, Aina
telah terpedaya dengan godaan syaitan. Pastinya, syaitan berpesta riang pada
tarikh ini, kerana dapat mengajak ramai anak-anak muda mengikuti
bisikan-bisikan jahatnya. Akak percaya, bukan Aina dan Adi sahaja yang telah
tewas, tapi ramai lagi di luar sana.
Malang
bagi Aina, kerana Adi telah menghilangkan diri, sebaik mengetahui Aina
mengandung. Mahu dicari, Aina tidak tahu di mana rumah Adi. Telefonnya juga
telah ditutup. Dalam keterpaksaan, Aina memberitahu kakaknya tentang keadaan
dirinya. Lantas, kepada ibu, kakak adukan masalah besar ini. Hampir pengsan ibu
tua itu..menangis ibu tidak percaya dengan perkhabaran yang baru diterima. Buat
sementara waktu, mereka terpaksa sembunyikan daripada ayah, kerana ayah punya
penyakit jantung. Mereka sepakat untuk memasukkan Aina ke rumah pemulihan, bagi
merahsiakan perut yang mula memboyot.
Itulah
harga yang perlu keluarga ini bayar demi melindungi sebuah maruah. Bukan hanya
maruah Aina, tapi juga maruah dan harga diri ibu dan ayah.
Adik-adik,
Ingatlah
kasih sayang dan jasa yang telah ibu dan ayah curahkan buat diri adik-adik.
Sungguh besar pengorbanan mereka. Membanting tulang siang dan malam demi sesuap
nasi yang mahu dimasukkan ke mulut adik-adik. Kadangkala, kesihatan diri
sendiri pun mereka abaikan, demi menyekolahkan adik-adik. Berbelas-belas dan
berpuluh-puluh tahun mereka menjaga, dan membesarkan dirimu. Jangan dengan
hanya kata-kata manis dan pujuk rayu seorang kekasih, dirimu
terus melupakan dan membelakangi ibu dan ayah. Ingatlah, adik-adikku
sayang, bagi seorang anak, redha ALLAH taala itu terletak pada redha ibu dan
ayahnya.
Adik-adik
yang akak sayang,
Bentengilah
dirimu dengan iman yang teguh, kerana;
"Tidak
akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan
minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman, dan tidak akan mencuri
seorang pencuri jika dia beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Penuhi
solat 5 waktu. Hiasi diri dengan adab sopan yang tinggi. Rajinlah
menuntut ilmu, hadir ke majlis-majlis ilmu. Cari sahabat-sahabat yang solehah
yang menjaga solatnya dan auratnya. Insyallah, walau sekencang manapun dugaan
dan pujuk rayu yang datang menggila, semuanya itu, adik-adik mampu menepisnya.
Kepada Rabbul ‘izzati, mulakan berdoa, agar DIA mengurniakanmu jodoh soleh yang
terbaik buat DIRImu, AGAMAmu, KELUARGAmu, DUNIAmu, dan AKHIRATmu. Ameen~
Moga
kita semua sentiasa dirahmati~
Kakakmu,
yang menyayangimu
KAK
MIJA AZMIZA
14
Febuari 2012
4.00
ptg @ DARWA
*********************************
1 comment:
Tahniah ..bLOG Darwa MAKE OVER lebih ceria dan menarik..
Post a Comment