Monday, August 16, 2010
Imarah Ramadhan
Alhamdulillah, sinar Ramadhan datang dengan seribu keberkatan. Ironisnya Darul Wardah juga semakin melimpah dengan pendatang-pendatang baru. semakin "makmur dan meriah " sehinggakan DARWA membuka sebuah lagi rumah.
Apabila datang bulan Ramadhan , maka dibukakan pintu-pintu syurga, dan ditutupkan pintu -pintu neraka, dan syaitan-syaitan diikat. Namun Syaitan-syaitam dalam diri manusia yang namanya NAFSU itu sungguh sukar dan liat untuk ditundukkan.
Seawal sahur ramadhan pertama, panggilan kemasukan bertalu-talu. Dari kisah anak dara dilarikan orang berkahwin di Sempadan, isteri berbangsa asing yang diceraikan suami secara tiba-tiba sementelah 30 tahun memeluk Islam dan bersama. Kisah penipuan dan kecurangan seorang suami, yang juga akhirnya tertipu, kerana wanita yang mahu diangkat sebagai isteri itu tak lebih hanya mahu menjadikannya penyendal untuk bayi yang entah kepunyaan lelaki mana!
belum lagi kisah dunia akhir zaman, gadis-gadis kehilangan dara dan harga diri pada arjuna yang melarikan diri. Yang terkini sehingga dicatat baru berusia 15 tahun, bakal menghadapi ujian besar persekolahan, akhirnya mengandung luar nikah akibat zina dengan jejaka 17 tahun!
MasyaAllah! kerosakan dan kebinasaan apa lagi yang harus dicatat !
Ku rindukan kedamaian Ramadhan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam,
Saya ingin bertanya tentang penghuni DARWA yang hamil luar nikah, selepas melahirkan di manakah bayi tersebut ditempatkan? Sekiranya ada yang ingin mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat bagaimanakah prosedurnya? siapakah yang perlu dihubungi? mohon jawapan segera.terima kasih.
kebanyakan bayi itu dijaga oleh penghuni terbabit. kami di DARWA tidak menyediakan khidmat anak angkat
Post a Comment