Friday, April 2, 2010

BUDAYA ZINA?????

Permintaan untuk masuk ke DARWA setiap hari makin bertambah! Ngeri rasanya !
bayangkan kalau kehadiran ke masjid, majlis-majlis Taa'lim, kuliah- kuliah , berbondong-bondong anak muda ingin megikutinya,tapi "full", sampai terpaksa ditolak , tentu best kan !

Rasa bimbang dihati, adakah semakin banyak pusat pemulihan, semakin merebak penyakit ZINA bahkan telah menjadi budaya.

Sesetengah orang berkata:

kewujudan rumah perlindungan seolah-olah menyediakan tempat untuk mereka yang berzina melahirkan anak, lepas bersalin nanti diulangi lagi.

Tak kurang juga yang mengatakan , syabas dan tahniah kerana sanggup menerima golongan yang berzina ini, sanggup mentarbiyah dan mendidik mereka pada jalan yang benar! TAUBAT!

Apa pun , pokok pangkalnya bergantung kepada niat yang ikhlas, disamping modul pentarbiyahan yang teratur dan mapan.

Semoga ALLah memberi petunjuk.

1 comment:

Anonymous said...

As-salam...

Saya fikir kita sebagai umat Islam perlu sama-sama membantu anak2 kecil yang tidak berdosa ini. Untuk ibu pula, kita bantu agar tidak terus terjerumus ke lembah dosa. Adakalanya kerana kekurangan pusat perlindungan dan karenah birokrasi menyebabkan mereka sukar mendapatkan bantuan. Atas sebab ini mereka akan pergi kepada saluran/agensi/pusat lain yang kita tidak pasti rawatannya berlandaskan Islam atau sebaliknya. Anaknya kita bantu agar tidak ada pihak lain mengambil kesempatan. Mereka dilahirkan Islam, tetapi disebabkan kelemahan kita, tidak mustahil anak2 yang tidak berdosa ini menjadi 'lain'.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...