Saturday, December 12, 2009
Jubah Azazil
Tengok tak gambar dalam posting ana aseef ! Gambar tu dirakamkan pada jam 3.00 pagi. Lokasinya ditepi kedai di TAR. Ketika ingin pulang dari meninjau lapangan wanita-wanita tunasusila di sekitar chow kit, terserempak dengan wanita ini.
Matanya merah, rambut tidak terurus, pakaiannya usang, kak Wardah berhenti untuk berbual.
Katanya dia berusia sebaya dengan kak Wardah. Dulu pernah berkerja sebagai pengawal keselamatan di sekitar lokasi yang berhampiran. dulu ada suami, sudah berpisah, anak tunggalnya dijaga oleh bekas suami, sudah lapan tahun tak melihatnya.
Dia berpisah dengan suami kerana dia menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya . Suaminya tidak dapat menerima kecurangannya. setelah bertahun menjalinkan hubungan terlarang dan terkutuk, teman lelaki meninggalkannya. Setelah mewah menikmati wang ringgit yang dibelanjakannya untuk hotel, pakaian dan makanan, wang simpannanya turut lebur dan lesap!
Tragis bukan ! kini dia keseorangan, tiada tempat tinggal, tiada anak, tiada suami.Kak wardah menawarkan bantuan, katanya dia tidak perlu.hanya doa yang mampu Kak Wardah titipkan. sinis dia menjawab, urusan itu dia dengan Tuhan, dia tidak perlukan semua itu!
Angkuh ! Dia telah memakai jubah Azazil !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Terharu dengan kerja-kerja dakwah kak Wardah. Pukul 3 pagi..masih lagi berbakti. Saya pula lena diulit mimpi.
sedihnyeee ,huhu. Mintak di jauhi. Doakan yg terbaik utk dia. Amiiin.
Post a Comment