Tuesday, September 8, 2009

Tiga Bayi di Bulan Ramadan

Dalam bulan ramadan ini, tiga orang penghuni Darwa telah selamat melahirkan anak masing-masing di Hospital. Dua kes melibatkan pembedahan. Al hamdulillah semuanya selamat.Mereka semua telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing untuk meneruskan kehidupan yang baru.

Pihak Darwa mendoakan agar mereka semua akan terus memilih jalan yang benar dan sentiasa berwaspada dengan sebarang godaan iblis. Dua dari penghuni tersebut insya Allah akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi. Semoga ikatan yang terjalin akan terus terikat kemas dan bersamalah mencari redha Allah.

2 comments:

** kami ** said...

Alhamdulillah... rezeki ALLAH pembuka jalan kebaikan. saya doakan diorang akan jadi ibu-ibu yang dapat membimbing & mendidik baby2 itu menjadi insan yang sempurna.

WAK JURAGAN said...

ingat tu...Syaitan Was Going around us! Dibulan Ramadan ni syaitan semua dibelenggu.Apalah lemah sangat manusia, dengan syaitan yang sudah terikat pun tak mampu nak melawan!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...