Tuesday, September 15, 2009

Mencari Abdul Rahman Auf Di Akhir Zaman

Beberapa hari yang lalu pihak Darwa telah dihubungi seorang 'Insan Budiman' dari Kuala Selangor.Beliau menyatakan hajat hatinya untuk turut sama menyumbang bagi menggerakkan program tarbiyah dan Dakwah di Darul Wardah. Alhamdulilah.Masih ramai rupanya insan budiman diluar sana yang ingin membantu. Beliau juga turut menceritakan usaha kebajikan yang dibuat itu kepada isterinya dan isterinya juga turut berminat untuk turut menyumbang sama.

Walaupun pihak kami tidak mengenali beliau sekeluarga, namun ikatan ukhuwwah imaniyyah yang terasuh dalam sanubari insan bertakwa dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan amalan.Inilah antara sifat mulia yang wajar disemai dalam jiwa dan sanubari setiap insan muslim yang bertakwa.

sesungguhnya sedekah ialah amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka.Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.

Namun semangatpengorbanan para sahabat Rasulullah SAW wajar dijadikan contoh ikutan. Ketika panggilan jihad berkumandang, para sahabat bersegera menawarkan bantuan dan sumbangan.Ada yang menyumbang sebahagian hartanya dan ada yang menyumbanngkan seluruh hartanya untuk perjuangan.Antar yang banyak menyumbang ialah seorang saudagar yang bernama Abdul Rahman Bin Auf.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).


Keutamaan bersedekah adalah lebih digalakkan pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Apakah keistimewaannya bersedekah pada bulan ini?
Rasulullah s.a.w. ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdal?'' Jawab Baginda: Kamu bersedekah dalam bulan Ramadan. (Riwayat Muslim)

Bulan Ramadan ini banyak keistimewaannya antaranya ialah : Kelebihan orang yang bersedekah dalam bulan Ramadan ini, ia umpama satu Akademi Latihan. Apatah lagi, tujuan yang paling besar daripada ibadah Ramadan ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Maknanya semua orang Islam akan melalui proses latihan ini untuk membina insan bertakwa.Namun tidak semua orang akan berjaya dan lulus dalam ujian ini seperti generasi para sahabat yang terdahulu.

Sunday, September 13, 2009

KDEB - Terima Kasih Daun Keladi



12 September 09-; Pihak Darul Wardah telah menerima kunjung hormat tetamu dari Syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Rombongan seramai 10 orang itu tiba pada pukul 1.00 tengahari.Mereka diketuai oleh En Ramli, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi bersama beberapa orang ahlijawatankuasanya.

Mereka datang bertandang untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, gula, garam,minyak,tepung dan bermacam-macam lagi barangan makanan kering. Para penghuni dan warga Darwa yang telah menunggu ketibaan mereka sejak pukul 11.00 pagi lagi begitu teruja sekali terutama kanak-kanak. Mereka mendapat pakaian dan selipar baru untuk keperluan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Mereka lebih teruja bila mendapat barang mainan seperti patung beruang dan arnab.Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan barangan pilihan mereka.Selepas semua tetamu meninggalkan kediaman kami, salah seorang warga Darwa memaklumkan bahawa suaminya telah seminggu berhenti kerja. Rupa-rupanya dia telah menghantar notis berhenti 24 jam kerana majikannya sentiasa menghalangnya menunaikan solat jumaat.Sekarang dia sedang mencari kerja baru yang lebih sesuai.Sekurang-kurangnya, dia ada masa untuk keluarga dan masa untuk mendalami Islam diwaktu malam.

Kepada semua yang begitu prihatin, terutama En. Raja Hidzir,GMHR di KDEB dan En Ramli,En. Ismail,En Azlan diKDEB yang bersungguh-sungguh menggerakkan usaha membantu ini.Juga beberapa orang pegawai yang kami tidak sempat untuk mengingati nama kalian kerana pertemuan yang begitu singkat.Semoga usaha murni dan amal bakti yang dibuat mendapat reda dan kurnia Allah SWT.Sesungguhnya, bantuan ikhlas kalian dapat memberikan senyuman paling manis buat mereka diAidil fitri.
Harapnya,akan ada ramai lagi hati-hati mulia yang budiman untuk menumpah kasih rahmat Ilahi dibumi Allah yang sementara ini.SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Tuesday, September 8, 2009

Tiga Bayi di Bulan Ramadan

Dalam bulan ramadan ini, tiga orang penghuni Darwa telah selamat melahirkan anak masing-masing di Hospital. Dua kes melibatkan pembedahan. Al hamdulillah semuanya selamat.Mereka semua telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing untuk meneruskan kehidupan yang baru.

Pihak Darwa mendoakan agar mereka semua akan terus memilih jalan yang benar dan sentiasa berwaspada dengan sebarang godaan iblis. Dua dari penghuni tersebut insya Allah akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi. Semoga ikatan yang terjalin akan terus terikat kemas dan bersamalah mencari redha Allah.

Berjariah Menambat Ukhuwwah

Sepanjang bulan ramadan ini, pihak Darwa telah menggerakkan kempen infak. Beberapa aktiviti dan pertemuan telah diaturkan bersama masyarakat. antara aktiviti yang dijalankan ialah Ehya' al Nahar.Kandungan programnya ialah solat duha dan solat tasbih.Kemudian sedikit tazkirah disampaikan oleh Ustazah Hazlina. Akhir sekali tabung akan diedarkan.Al hamdulillah selepas satu pusingan, tabung sudah muda berisi.

Beberapa pihak yang bekerjasama menganjurkan program ini mengucapkan berbanyak terima kasih di atas usaha yang telah dijalankan.kalau ada yang berminat untuk menjadi rakan kongsi penganjuran program ehya el nahar ini boleh berhubung dengan pihak kami.Sekian.

Friday, September 4, 2009

Rezeki Bulan Ramadhan

Alhamdulillah!
Dua hari lepas DARWA menerima sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor.
Terima kasih kepada semua pembayar-pembayar zakat diluar sana.
Semoga Allah melimpahkan rezeki yang mencurah-curah.

Sedikit sebanyak melicinkan gerak kerja dakwah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...