Tuesday, March 31, 2009

Tahniah Untuk Prof Dr Sidek Baba dan Prof Dr Khalijah Salleh.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin melahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada dua mantan pimpinan ABIM, Prof Dr Sidek Baba dan Prof Dr Khalijah Salleh, kerana telah menerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini. Prof Dr Sidek Baba telah menerima anugerah Perdana Maulidur Rasul 2009 peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Manakala Prof Dr Khalijah Salleh telah menerima anugerah Saidatina Khadijah untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam. Dalam majlis yang sama juga, kontinjen ABIM Selangor telah memenangi hadiah sepanduk terbaik di kalangan kontinjen NGO yang turut serta dalam majlis sambutan ini

Friday, March 27, 2009

BUKU EDISI TERKINI ( KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN )

"Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam"
Visi dan Strategik Kebangkitan Ummah Bagi Generasi Islam Abad Ke - 21
Oleh : DR. MAJID IRSAN KAYLANI





Dimuliakan kepada semua yang mengunjungi Blog Darul Wardah ini,
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku tersebut atau ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi kami di talian (03-55118994) iaitu Sekretariat ABIM Negeri Selangor dan boleh juga menghubungi Ustaz Muszaki (019-2661772), serta boleh datang terus ke pejabat kami yamg beralamat Anjung Berkat, N0. 02-02-06, Wisma Mais, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


















Thursday, March 26, 2009

Kempen Sukarelawan Darul Wardah

Askm semua pengunjung dan tetamu Darul Wardah,

Pihak pentadbiran DW sedang menggerakkan Kempen Sukarelawan untuk membantu beberapa aktiviti di DW.

Antara skop kerja untuk sukarelawan yang diperlukan ialah ;

1. Kaunselor wanita yang terlatih
2. Individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas psikologi /kaunseling
3. Pembimbing Kelas Al Quran dan Fardu Ain
4. Pembimbing Kelas Kemahiran seperti Memasak, menjahit, kerja-kerja kraftangan dan sebagainya.
5. Pemandu untuk logistik - membawa penghuni DW ke destinasi tertentu

Pengurus

Thursday, March 12, 2009

lawatan-lawatan ke Darul Wardah

Dakwah melalui ICT. Dakwah dalam era Globalisasi. Blog merupakan antara medium dakwah yang paling berkesan hari ini.

Dalam tempoh blog darul wardah di bangunkan, orang ramai mendapat manafaat yang banyak.
Dalam sebulan ini sahaja yang ingin berkunjung ke Darul Wardah, boleh tahanlah bilangannya.
Hari ini lawatan dari Dato' Menteri Sabah dan ahli rombongan datang melawat. Katanya, PA beliau dapat maklumat Darul Wardah dari internet.

Minggu lepas , Hari Jumaat sekumpulan pelajar dari UPM buat kajian sebelah pagi. Petangnya Pelajar UKM pula yang datang.

Betullah kata Saidina Ali : " didiklah anak-anak kamu dengan satu zaman yang bukan dari zaman kamu ".

Agaknya abad yang mendatang, bagaimana bentuk keadah dakwah ?

Kepala Misteri Yang Menjadi Saksi Sejarah Kezaliman

Cuba anda teka, apakah objek yang sedang anda lihat sekarang? Ya..benar...Objek yang sedang anda lihat ini ialah kepala seorang mangsa dera yang berusia 10 tahun. Ia baru menjejakkan kaki kesekolah pertama kalinya pada tahun ini. Hatinya begitu gembira tapi bercampur duka.

Beliau telah melalui sejarah hidup yang cukup trajis dan sangat menyentuh emosi. Kepalanya cedera teruk kerana diketuk dan dipukul oleh tangan-tangan yang terkutuk.

Banyak lagi episod duka yang masih tersimpan dalam diari hidup adik ini. Mereka memang tidak berdaya untuk menempuh cabaran lingkungan yang begitu buas dan rakus dengan insan marhaen.

"Ketika aku menghulur tangan untuk meminta pertolongan dan belas kasihan dari umat ternyata nasibku agak baik kerana masih ada insan yang berhati manusia".

"Apabila sku duduk sendirian memikirkan masa depan yang tidak pasti dan kelam, hatiku meronta-ronta dan menangis mencari keadilan untuk kehidupan yang lebih bermakna".

Al Hamdulillah. Tuhan ...Ampunkanlah aku dan ibuku...

Adik L

Marilah kita hulurkan tangan, ringankan beban.

Berziarah Menambat Ukhuwwah

Para tetamu sedang diberi taklimat tentang DW dan isu-isu yang sedang ditangani hari ini oleh salah seorang pengurus DW.

Shah Alam - 12 Mac 2009 - Darul wardah telah menerima tetamu jauh dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Lawatan yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah YB. DATO’ HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HJ. MOHD. DUN tiba pada pukul 10.00 pagi.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan setiausaha akhbar beliau dan pemandu. Mereka tiba di DW dengan dua buah kereta rasmi ( Volvo - Kalau di Selangor Camry ).

Tujuan kunjungan mereka adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pihak DW kerana mereka juga mempunyai tujuan yang sama untuk dilaksanakan di Sabah.

Pihak DW amat terharu dengan kepercayaan masyarakat kepada usaha yang dilakukan ini mendapat sokongan dan dokongan dari masyarakat walaupun kadang ada yang sinis dan juling dengan usaha yang amat kecil ini.

WJ

Tuesday, March 10, 2009

sudah selesaikah kes Mawar ?

ada yang menelefon kak Wardah, bertanyakan pasal kes Mawar. Setelah bermabit dibalai dan berulang alik untuk memberi keterangan, nampaknya dari segi perundangan masih belum selesai.

Yang menjadi kelegaan setelah berjaya mendapatkan IPO, nampaknya Mawar tidak lagi sentiasa diawasi, dan diugut.Syukur Alhamdulillah. Harap keadaan aman ini bertahan lama.

kita tutup dulu kes mawar. kes mawar bukan kes pertama yang diterima di rumah ini. Entah kenapa cerita mawar yang didahulukan. Ada kes lain yang lebih tragis untuk renungan kita bersama!

Mohon maaf dari kak Wardah.Seandainya dalam mencatat kisah mawar ada yang terkurang, dan terkasar bahasa!

Thursday, March 5, 2009

INFAQ SAYA


Sumbangan anda adalah nadi kepada gerakan ini dan anda adalah sebahagian daripada hamba Allah yang mempunyai keprihatin yang tinggi terhadap nasid umat. Mudah-mudahan Allah SWT mamberikan ganjaran sebaliknya untuk anda sekeluarga di dunia dan akhirat.
Jazakallahhu kharan kathira.
Sekretariat ABIM Selangor,
No 2-2-06 Wisma Mais, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 019-2213473 / 03-55118994

Lawatan Menteri Sabah

Lawatan Sambil Belajar YB Dato' Hajah Azizah Datuk Hj Mohd,
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah
ke Darul Wardah
pada ;

12 Mac 2009 ( Khamis ) jam 9.00 pagi.

Kepada pimpinan ABIM yang berkelapangan dijemput hadir meraikan tetamu yang datang berkunjung ke DW. Kalau boleh datang pada 7 dan 8 Mac untuk persiapan dan hiasan DW untuk menceriakan suasana DW.

Sila hubungi pengurus DW Ustazah Hani ( 017 229 8358 ) atau Kak Wardah ( 019 277 4175 )untuk mendapatkan jenis bantuan yang diperlukan.

Wednesday, March 4, 2009

apa jadi dengan lelaki itu....

kes mawar ni sebenarnya berat. Keganasan dan ............ berlaku sejak dia dari form 3 lagi. Dulu masa form five dia pernah buat report, tapi senyap aje. maklumlah masa tu tak ada orang nak back up dia. Alih-alih dia pula yang dicari kat sekolah, dengan cikgu-cikgunya sekali dikepung lelaki tersebut dengan geng-geng dia.

mawar lepas buat report tu, Kak wardah nampak stress habis. Bercakap sorang diri malam-malam. ketakutan jelas terbayang pada raut wajahnya. Dalam tempoh tiga hari, hampir 7 kali sessi kaunseling dilakukan.
Selepas melakukan solat-solat sunat, nampaknya Mawar agak tenang. Dia mula tersenyum dan ketawa. agaknya sudah berapa lama dia tidak menikmati rasa senyum dan ketawa itu ?

hari ketiga , sarjan yang mengendalikan kes menelefon. Lelaki tersebut telah ditangkap.Bagaimana pun kes ini boleh diikat jamin. Sarjan menyuruh kami kesana sekali lagi....
berulang lagi ke ng S. Ada orang datang jamin dia tak? kalau ada dia akan dibebaskan.Mendengar khabar ini , keriangan yang baru berputik pada wajah mawar, kelihatan semakin pudar...

nikmat berukhuwwah

Siapa yang nak mengantar Mawar ke Ng S ? Minyak, tol, tenaga, sukarelawan, lawywer...? Setelah berbincang Juragan bersetuju untuk memikul amanah tersebut. jam 9.00 pagi, mawar ditemani sama kak hani bertolak ke lokasi S1. sampai disana rupanya mereka tersilap. Sepatutnya balai polis S2. jam 2 petang baru mereka sampai. setelah keterangan diambil, mereka bergegas ke mahkamah untuk ambil IPO. sayang sekali , pegawai bertugas memaklumkan IPO tidak dapat diperolehi memandangkan kesuntukan masa. kena datang lagi sekali.

hari berikutnya Abng mawwel bersetuju ke Ng S. Alhamdulillah perintah IPO berjaya diperolehi.

Namun jam 6.00 petang baru mereka tiba kembali ke darul wardah. Perjalanan yang panjang dan memenatkan.

Kak Wardah raa sungguh terharu, kerana sahabat-sahabat dalam perjuagan, benar -benar telah mengorbankan diri, dalam melakukan kerja-kerja dakwah.Tidaklah rasa keseorangan dalam menegakkan perjuangan. bagi penderma-penderma, especially kak light yang banyak membantu memberi semangat dan dana, trimas SIS !kalau nak disebutkan nama memang ramai...dalam lain posting. Benarlah Firman Allah ; ' dan sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara:

Bermabit di balai polis

majikan Mawar menelefon Kak Wardah. kak Wardah memberitahu akan membuat laporan polis. Just for covering report. majikan Mawar yang beragama Buddha bersetuju untuk turut sama membantu mawar. Jam 5.45 petang kami berjumpa di balai polis.Ini ada tips bagi mereka yang ingin buat laporan Polis:
1. setiap laporan tidak boleh ditolak oleh polis .... sebab ada polis yang tak nak ambil report.
2. Kalau kes under akta keganasan rumahtangga 1994, cakap dengan pegawai polis kaunter depan tu, saya mahukan pegawai penyiasat wanita. Itu memang hak kita. kalau kat front counter, nanti tak ke mana reportnya.
3, kalau kes under OSCC 1997 ( jenayah seksual, rogol, penderaan wanita) , pergi kat Hospital unit kecemasan, buat MC, report polis kat situ juga, refer kaunselor kat situ juga dan last JKM,

Dari maghrib sampai ke Isyak, lama betul proses keterangan berlaku. hampir lewat malam baru siap. tapi IPO ( interim protection Order ) tak dapat. kena ambil dibalai polis dimana kes berlaku. Ya Allah jauh tu, kes Mawar nampaknya kena seberang negerilah.

sambung balik cerita

salam !

maaf , terhenti agak lama.Kak Wardah beruzlah di sebuah hutan selama beberapa hari. program TOT untuk perunding-perunding pembagunan Modal Insan untuk kerajaan Negeri. Handphone pula kehabisan bateri.Terputus sekejap dengan dunia luar.Pandang kanan, pandang kiri..Eh ! nampaknya Wak juragan pun ada. Bolehlah pinjam telefon dia sekejap.banyak perkara yang berlaku rupanya.

Kita digalak infak di jalan Allah


Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah s.w.t., Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafaat.

Dan orangorang kafir. Itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

SYEIKH Sya’rawi berkata: “Dengan pengorbanan manusia sama ada jiwa raga atau harta benda seperti ayat-ayat terdahulu maka amat munasabah dibincangkan di sini berkenaan nafkah khususnya pada zaman dahulu orang yang berperang akan menyediakan peralatan perang sama ada kudanya, lembing, pedang dan alat-alat panah. Semuanya itu memerlukan kepada nafkah”.

Allah membicarakan hal ini kerana untuk mengekalkan keimanan yang digambarkan pada manhaj langit yang dibawa oleh rasul-rasul supaya manhaj ini sentiasa kekal di bumi sehingga manusia kembali padanya.

Sayyid Qutub berkata: “Oleh sebab itulah selepas pembicaraan mengenai perselisihan dan peperangan itu ayat yang berikut diiringi seruan, “Wahai orang-orang yang beriman!” Ia mengajak mereka mengeluarkan infak di jalan Allah daripada sebahagian rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Infak itu gambaran jihad dan nadi jihad”.

Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman.

Sayyid Qutub berkata: Itulah seruan dengan menyebut sifat yang sangat disukai oleh orang-orang yang beriman, iaitu sifat beriman yang menghubungkan mereka dengan Allah yang menyeru mereka dan yang dipercayai oleh mereka.

Itulah seruan kepada infak di jalan Allah dengan menghulurkan sebahagian dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepada mereka, kerana Allahlah yang memberi dan Dialah juga yang menyeru supaya membelanjakan apa yang telah diberikanNya (ke jalan Allah).

Firman Allah, Belanjakanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu.

Al-Baghawi menaqalkan pendapat As-Suddi dengan berkata: “Dikehendaki dengannya zakat yang difardukan. Pendapat yang lain pula dengan maksud sedekah sunat dan nafkah pada kebaikan”.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah seruan merebut suatu peluang yang andainya terluput daripada mereka ia tidak akan kembali lagi”.

Firman Allah: Sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafaat.

Menurut Hamka: “Sekalipun engkau bersahabat karib dengan seorang yang hebat dalam agama, ia tidak akan membantumu atau mensyafaatkanmu di waktu itu supaya Allah meringankan azab terhadap kesalahanmu. Yang hanya dapat melindungimu di akhirat kelak ialah keinsafan sekarang. Harta benda yang telah dikurniakan Allah s.w.t. kepada kita bukanlah milik kita sepenuhnya walaupun setelah kita mengakui keimanan terhadap Allah”.

Orang yang beriman pasti mengakui keimanannya dan sekiranya dia bakhil tanda imannya telah tercalar.

Watak manusia ada dua: Sesetengah orang menamakannya dengan kata rayuan, ajakan halus yang dinamakan sebagai galakan. Maka pada ayat 245 kepada orang yang halus begini Tuhan berkata lain.

Tuhan bertanya: Siapakah gerangan yang sudi membuat pinjaman dengan Tuhan dengan satu pinjaman yang baik? Agar kelak dibayar dengan ganjaran yang berlipat kali ganda? Dan dengan halus pula Tuhan mengakui bahawa Dia kadang-kadang memberi dengan anugerah dengan lebar dan kadang-kadang dengan berbatas-batas. Namun semuanya akan kembali kepada Tuhan jua.

Namun di ayat yang tengah ini kita membicarakan Tuhan bukan bersabda ‘meminjam’. Sebab ada orang yang banyak mendengar kata demikian. Ayat ini memperingatkan bahawa rezeki yang kamu pakai dan makan itu daripada Tuhan asalnya: Razaqnakum. Kami kurniakan kepada kamu. Ayat ini bukan ancaman lagi melainkan sesudah ancaman. Tidak dipujuk rayu tetapi sebagai ancaman. Kalau kamu mengakui beriman, padahal kamu bakhil dan yang akan kamu keluarkan itu bukan milik kamu melainkan anugerah Allah. Maka berwaspadalah kamu di hadapan Allah kelak.

Sayyid Qutub berkata: “Itulah peluang dan kesempatan yang tiada lagi selepasnya – jika mereka kehilangannya – sebarang jual beli yang memberi keuntungan dan sebarang persahabatan atau pertolongan yang dapat menghindarkan mereka dari akibat kegagalan dan kecuaian itu”.

Ayat yang berikut memberi isyarat kepada mauduk infak yang kerananya Allah menyeru mereka supaya membelanjakan harta mereka, iaitu mauduk infak kerana jihad di jalan Allah untuk menolak kekafiran dan menolak kezaliman yang wujud di dalam kekafiran itu.

Firman Allah: Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.

Sayyid Qutub berkata: Mereka telah menzalimi kebenaran kerana itulah mereka mengingkarinya. Mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan meletakkan diri mereka di jalan kebinasaan. Mereka menzalimi orang ramai dengan perbuatan mereka menghalang mereka dari mendapat hidayat dan menindas mereka supaya meninggalkan keimanan. Melakukan pengeliruan dan pemalsuan terhadap mereka dan menafikan mereka dari kebajikan iman yang tiada tolok bandingnya, iaitu kebajikan mendapat kedamaian, rahmat, ketenteraman, kebaikan dan keyakinan.

Orang inilah musuh manusia yang paling jahat dan paling zalim. Oleh itu, kewajipan manusia ialah memburu mereka sehingga mereka menjadi lemah daripada melakukan kezaliman itu.

Al-Maghari berkata: “Iaitu mereka yang meninggalkan zakat merupakan yang menzalimi mereka sendiri. Ini kerana mereka meletakkan harta pada bukan tempatnya dan membelanjakannya bukan kerana Allah. Dengan sebab itulah Allah menamakan mereka sebagai kafir untuk memberi ancaman dan peringatan”.

Al-Nasafi berkata: “Mereka menjadi zalim kerana meninggalkan apa yang patut didahulukan bagi hajat-hajat mereka atau orang kafir pada hari ini merekalah yang zalim. Tiada jual beli padanya, rakan taulan dan pemberi syafaat sama ada orang Mekah atau orang Basrah”.

Iktibar Ayat:

* Seruan dengan orang yang beriman sebagai satu kemuliaan untuk melaksanakan arahan Allah s.w.t.

* Hari akhirat adalah hari di mana segala harta benda dan rakan-rakan taulan tidak boleh menyelamatkannya kecuali iman dan amal solehnya.

* Kezaliman adalah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya apatah lagi membabitkan permasalahan akidah.

* DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI ialah pensyarah Fakulti Undang-undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM) Nilai.

Monday, March 2, 2009

MARI BERWAKAF SEMENTARA

Dalam satu bengkel yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) Dr. Barjoyai Bardai telah mengemukakan satu cadangan berkenaan dengan wakaf sementara. Walaupun dalam mazhab Shafie hanya ada wakaf kekal tetapi mazhab lain tidak menghalang.

contoh wakaf sementara seperti wakaf kereta untuk kegunaan kerja kebajikan dan khirat untuk tempoh tertentu. Barang yang diwakafkan akan dipulangkan semula kepada pemberi wakaf sekiranya ia memerlukan semula barang tersebut.

sehubungan dengan itu, Pihak DARUL WARDAH mengalu-alukan kepada pembaca semua untuk mengambil peluang ini untuk melakukan amal kebajikan di Darul Wardah ini.

Alhamdulillah, baru-baru ini ada seorang sahabat ABIM yang Shah Alam yang menyatakan keinginannya untuk membuat wakaf kereta sementara menunggu anaknya yang masih belajar di luar negara tamat setahun dua lagi. PIhak Darul wardah sangat berbesar hati dengan hajat sahabat ABIM tersebut kerana pihak DW memang sangat memerlukan kenderaan.

Beberapa kes terbaru yang ditangani memerlukan pergerakan logistik yang agak jauh dan kerap. Justeru komitmen sabahat ABIM- WADAH yang lain untuk membantu menjayakan program dakwah bil hal yang semakin mendapat perhatian umat.

Wak Juragan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...